Marah Marah Anak Tak Duduk Diam Bercuti Tu Perlu Tapi Biarlah Anak Anak Seronok


Bila masuk sahaja cuti sekolah, mulalah mak ayah merancang macam-macam agenda untuk bawa anak bercuti. Sebenarnya nak bercuti tak salah namun biar bonding dengan anak sampai pada mereka dari sudut positif.
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Bercuti tak perlu marah-marah anak dan membiarkan emosi anak terabai. Biarpun momen penuh indah itu dapat memberi sesuatu kepada anak. Barulah betul.

Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak. Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.

Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga. Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.

Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.

Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.

Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.

■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
dan banyak lagi.
Sama-sama belajar
*Jangan salah faham. Bukan tak boleh bercuti. Cuma bercuti tu, biarlah semua gembira. Barulah ada “bonding”.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Marah-Marah Anak Tak Duduk Diam” Bercuti Tu Perlu, Tapi Biarlah Anak-Anak Seronok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-marah-anak-tak-duduk-diam-bercuti-tu-perlu-tapi-biarlah-anak-anak-seronok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Marah Pun Tak Jadi Diam Diam Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah

Nak Marah Pun Tak Jadi Diam Diam Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 202 hits
Dalam fasa anak membesar pelbagai momen indah pasti akan dilalui Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak anak dah bawa haluan masing masing Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak anak tanpa...
Anak Tak Suka Duduk Diam Bagi Melompat Atas Trampoline Bagus Untuk Fokus

Anak Tak Suka Duduk Diam Bagi Melompat Atas Trampoline Bagus Untuk Fokus

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 246 hits
Ibu ayah jika anak usia 2 tahun ke atas suka explore melompat tu bagus Cuma anda perlu tahu cara yang betul untuk rangsang perkembangan anak tanpa mengehadkannya Tak semestinya anak tak duduk diam itu hiperaktif ya Sebab itu menurut Terapis...
Tak Ada Drama Anak Seronok Bangun Pagi Nak Ke Sekolah Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar

Tak Ada Drama Anak Seronok Bangun Pagi Nak Ke Sekolah Ini Cara Dr Sheikh Muszaphar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 197 hits
Menjaga mood anak di waktu pagi ketika bangun tidur memang mencabar Pantang bertegas anak mula tarik muka dan merajuk Payah namun bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar beliau punya caranya yang tersendiri bagi menjaga mood ceria anak di waktu pagi...
Anak Buat Pregn4ncy Surprise Dekat Ayah Tapi Reaksinya Buat Ramai Turut Seb4k

Anak Buat Pregn4ncy Surprise Dekat Ayah Tapi Reaksinya Buat Ramai Turut Seb4k

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 167 hits
Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri malah perasaan keterujaan menanti kehadiran anak sulung tidak dapat digambarkan dengan kata kata Bahkan perasaan yang sama juga turut dirasai oleh insan yang bergelar seorang datuk da...
Selalu Buat Kita Marah Anak Kedua Bukan Degil Potensi Dia Luar Biasa

Selalu Buat Kita Marah Anak Kedua Bukan Degil Potensi Dia Luar Biasa

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 133 hits
Biasalah anak kedua ni banyak perangai yang akan buat kita naik angin Sebenarnya anak kedua ni ada satu karakter yang sangat kuat dan mereka juga tekad berusaha bila menginginkan sesuatu Tidak dinafikan dengan personaliti mereka itu kadang ...
Aina Banyak Diam Ni Baru Dia Ceria Kelahiran Anak Ke 2 Mencabar Hafiz Mahamad

Aina Banyak Diam Ni Baru Dia Ceria Kelahiran Anak Ke 2 Mencabar Hafiz Mahamad

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 158 hits
Pada 26 Julai lalu usahawan yang juga influencer Hafiz Mahamad mengucapkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya Kehadiran Rayqal Arees melengkapkan hidup Hafiz dan isteri Syafiqah Aina kerana dah dapat sepasang cahaya mata Menerusi perk...
Tak Payah Marah Sudut Mainan Buat Mak Ayah Tenang Anak Pula Makin Cintakan Masjid

Tak Payah Marah Sudut Mainan Buat Mak Ayah Tenang Anak Pula Makin Cintakan Masjid

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 150 hits
Tidak dinafikan bila melahirkan anak masa dan peluang untuk kita ke masjid semakin terbatas Bimbang anak kecil menangis di masjid begitu juga mengganggu ahli masjid lain Namun hati melonjak lonjak dan terlalu rindukan suasana di masjid Idea...
Tapi Anak Saya Perempuan Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia Perlu Refer Pakar Bedah

Tapi Anak Saya Perempuan Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia Perlu Refer Pakar Bedah

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 131 hits
Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu satu ruang badan membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis yang juga akan me...
Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd namun sudah ada cakap cakap mengenai siapa bakal m...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti