Tapi Anak Saya Perempuan Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia Perlu Refer Pakar Bedah


Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘.
Mungkin ada yang masih menyangka Hernia hanya terjadi kepada lelaki sahaja, namun sebenarnya boleh juga terjadi kepada wanita ataupun bayi perempuan. Jenis Inguinal hernia berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita.
Puan Zana antara ibu yang pernah merasai pengalaman menjaga anak Hernia dan terjadi kepada bayi perempuanya yang ketika itu baru berusia 28 hari. Ikuti perkongsian ibu ini.
“Dah 11 hari Hana selesai operation dekat Hospital Kanak-Kanak KL. InsyaAllah kali ni mommy nak cerita tentang operation tu.”

Niat mommy share untuk kenangan Hana bila dia dah besar nanti & untuk bagi info dekat parents di luar sana tentang masalah kesihatan yang pernah Hana hadapai ni.
Sebab mommy percaya ramai yang tak pernah tau tentang ni & mommy sendiri baru tau semuanya bila anak sendiri yang kena.
HANA DISAHKAN ADA HERNIA
Hari ke 28 lepas lahir, baru Hana boleh keluar dari NICU Putrajaya disebabkan lahir pra-matang.
Sebelum keluar NICU, doctor bagi surat untuk refer ke Pakar Bedah. Dah tentu-tentu mommy terkejut bila nampak perkataan HERNIA dekat surat tu (orang kita biasanya sebut hernia ni angin pasang).
Dua kali mommy cakap dekat doctor “anak saya tu perempuan doctor”.. dua kali jugak la doctor jawab, “yer saya tau Hana tu perempuan” Mommy cakap, “Tapi hernia tu kan untuk orang lelaki jer”
Then doctor explain…..
Untuk baby girl, hernia biasanya akan jadi dekat baby girl yang lahir pra-matang.
Kalau baby girl yang lahir cukup bulan, insyaAllah potensi kena hernia hampir tiada.
Baby lelaki lebih mudah terkena hernia dibandingkan dengan baby girl dengan perbandingan 50:1.
Hernia ni ada banyak jenis..Antara hernia yang paling banyak baby kena adalah “Umbilical Hernia”..
Hernia jenis ni yang menyebabkan pusat baby naik ke atas @ tersembul.
Hernia jenis ni biasanya boleh elok sendiri bila baby semakin membesar yang mana pusat akan turun dan jadi normal macam biasa bila baby dah mula meniarap.
Macam kes Hana adalah “Inguinal Hernia” yang mana memang penyelesaiannya hanyalah melalui pembedahan yang dipanggil “Bilateral Herniotomy”
(Boleh refer gambar bawah yang mommy share dalam post ni untuk tengok jenis-jenis hernia di kalangan baby girl)

Lepas doctor explain, barulah mommy faham dan boleh terima walaupun hati mommy terlalu risau.
Sebab kes Hana ni dirujuk kepada pakar bedah.. Dah tentu-tentu la kita risau lebih bila dengar perkataan bedah tu kan?
HERNIA & BABY PRAMATANG
Kes Hana dirujuk ke Pakar Bedah Kanak-Kanak HKL..Bila dekat sana, doctor terangkan macam mana hernia ni sebenarnya boleh berlaku dekat baby girl yg lahir pra-matang.
Hernia ni terjadi sebab ada kawasan dinding perut yang tidak menutup secara sempurna semasa baby dalam kandungan lagi.
Kiranya macam ni, ada dinding perut yang belum tertutup rapat lagi masa Hana dalam kandungan mommy tapi tiba-tiba Hana dah nak lahir time tu.
Jadi dinding perut yang tak tertutup rapat tu (macam ada lubang) membolehkan sebahagian usus termasuk dekat celahan lubang yang tak tertutup tu.
Contoh gambaran usus yang termasuk melalui lubang dinding perut yang tak tertutup rapat.. Jadi operation ni adalah untuk menutup lubang yg tak tertutup rapat tu.. Bila usus termasuk dekat lubang tu, ianya akan membentuk benjolan di bahagian atas sedikit daripada “private area” baby girl.
Keadaan dinding perut yang tak tertutup rapat sehingga boleh menyebabkan usus boleh termasuk ke situ dan turun ke ke bawah sehingga boleh menyebabkan benjolan di kawasan atas sedikit drpd private area baby girl.. (Boleh refer gambar untuk fahamkan part dinding perut tak tertutup yang membolehkan usus termasuk dekat situ)
Sejak keluar NICU sampai tarikh operation, dah 5 kali Hana kena hernia tu.
Hana akan kena bila dia batuk terlalu kuat atau menangis yang terlalu kuat.
Kiranya bila ada pressure @ tekanan yang terlalu kuat tu akan membuatkan usus termasuk ke lubang yang tak tertutup tu.

 
Cuma untuk kes Hana, setiap kali kena, benjolan tu akan hilang sendiri lepas 5minit macam tu.
Kiranya usus tu boleh naik semula ke atas dan tak tersangkut lama dekat lubang tu.
So situasi Hana kena tu selamat sikit..Situasi yang tak selamat adalah bila benjolan tu tak surut-surut, kulit di kawasan tu jadi terlalu merah, baby muntah non stop dan demam terlalu panas.
Kalau kes macamni terjadi, itu bermakna usus tu dah tersangkut@terperangkap dekat lubang tu. Kalau situasi usus terperangkap ni, boleh membahayakan nyawa.
Untuk elak benda ni berlaku, memang kena cepat-cepat buat pembedahan.
Jadi operation ni adalah untuk menutup dinding perut yang tak tertutup rapat tu.
HARI PEMBEDAHAN TIBA
Sehari sebelum pembedahan, dah kena warded sebab pakar bedah nak tengok keadaan baby dan pakar bius nak terangkan tentang kesan bius tu semua.
Hana dijadualkan akan dibedah pada pukul 9pagi & kena berpuasa beberapa jam sebelum tu.
Since Hana masih breastfeeding, last makan adalah pukul 12 malam dan last susu pada pukul 4pagi.
Kalau baby yang minum susu formula waktu last menyusu lebih awal (pukul 12mlm atau 2pagi klau tak silap mommy).

Hana bangun pukul 6pagi dah menangis-nangis mintak susu. Nak tunggu sebelum operate tu memang meragam teruk sebab dia dah nak minum susu sangat-sangat.
Masuk jer bilik OT tu mommy dah rasa sebak sangat-sangat..Sampai waktu nak ditidurkan dan dibius pun masih dengar dia menangis kuat.
Mommy peluk dia erat-erat dekat badan mommy sambil pakar bius cuba tidurkan dia.
Tak lama lepas tu makin slow bunyi dia menangis sampailah terus senyap sepi dan dia lemah longlai diam tak bergerak..
Allah, masa ni mommy rasa macam disiatsiat jer seluruh jiwa raga ni.
Tengok anak depan mata diam kaku tak bergerak & tak berbunyi apa. Bila doctor suruh cium Hana sebelum mula operation, habis laju turun air mata ni.
Mommy panggil nama Hana dan cium Hana tanpa ada apa-apa respond daripada Hana, Allah sedihnya.
Bila doctor suruh mommy tunggu luar bilik OT, mommy menangis lagi teruk sebab takut sangat-sangat.
Lepas 1jam 20minit, doctor call semula untuk suruh teman Hana.Masa ni Hana belum sedar cuma doctor bagitau operation berjalan lancar.

Syukur Alhamdulillah..
Doktor buat operation di kiri & kanan bawah perut (bawah daripada pusat & atas sedikit daripada bahagian private area baby girl @ lebih kurang macam tempat operation untuk bersalin) disebabkan struktur dalaman perempuan yang mempunyai tiub fallopio di sebelah kiri dan kanan.
Jadi luka tu ada di sebelah kiri dan kanan (kalau luka operation bersalin bersambung tapi yang ni tak bersambung terus)
*Sorry tak dapat nak letak gambar luka operation Hana dekat post umum ni.. Takut dah besar Hana malu pulak nampak gambar luka dia tu.. Maybe korang boleh google.
Seharian Hana mamai sebab kesan ubat bius dan ubat tahan sakit masa operation tu.
Doctor bekalkan jugak ubat tahan sakit untuk mommy bagi dekat Hana setiap 6jam.
Lepas 24 jam, Nampak Hana mula aktif macam biasa.Masih ada selera makan, boleh berjalan mcm biasa dan masih ceria bermain.

Lepas 3 hari, buka tampalan pada luka jahitan tu. Masa ni mommy sedih sangat-sangat.
Tengok luka tu, auto ngilu dan sakit tempat jahit mommy bersalinkan Hana.
Sedih mengenangkan Hana lalui semua tu. Untuk penjagaan just kena pastikan luka tu sentiasa kering.
Masih boleh mandi & buat aktiviti macam biasa. Apapun, mommy bersyukur sangat sebab ramai yang doakan dan ambil berat tentang Hana.
Mommy yakin Hana akan cepat sembuh berkat doa drpd semua dan dengan izin Allah pastinya.
Sorry sebab post ni terlalu panjang.. Mommy dah cuba pendekkan tapi masih panjang rasanya.
Moga perkongsian mommy ni bermanfaat untuk yang membacanya.Doakan juga Hana akan membesar dengan sihat dan baik lepas ni ye.
Kredit: Zana Adieyza
 
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post “Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tapi-anak-saya-perempuan-doktor-sahkan-baby-hana-ada-hernia-perlu-refer-pakar-bedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Buat Pregn4ncy Surprise Dekat Ayah Tapi Reaksinya Buat Ramai Turut Seb4k

Anak Buat Pregn4ncy Surprise Dekat Ayah Tapi Reaksinya Buat Ramai Turut Seb4k

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 145 hits
Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri malah perasaan keterujaan menanti kehadiran anak sulung tidak dapat digambarkan dengan kata kata Bahkan perasaan yang sama juga turut dirasai oleh insan yang bergelar seorang datuk da...
Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 263 hits
Bila kita tengok anak orang dua tahun lebih dah petah bercakap kita sebagai ibu bapa dah mula risau Tambah pula jika saudara mara yang anaknya setahun lebih dah boleh buat ayat tiga empat perkataan walaupun pelat Tapi bila pandang anak send...
Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 164 hits
HUSAM MUSADiberitakan Kerajaan Kelantan membawa rombongan besar melawat Mesir Lenakah MB Kelantan tidur di Mesir ketika dua anak syarikat kerajaan negeri berdepan masalah kewangan sepeninggalan beliau Air Kelantan Sdn Bhd dikatakan mempunya...
Makanan Proses Buat Anak Tak Suka Nasi Doktor Pesan Elak Makanan Berperisa

Makanan Proses Buat Anak Tak Suka Nasi Doktor Pesan Elak Makanan Berperisa

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 142 hits
Masalah kanak kanak susah makan nasi adalah perkara normal yang sering berlaku hari ini Ramai ibu bapa risau apabila si kecil semakin pandai menolak hidangan nasi Sehari dua mungkin boleh tahan lagi dengan perangai anak yang tidak mahu maka...
Bimbinglah Anak Perempuan Mahalkan Harga Diri Pesanan Deep Bapa Ini Memang Betul

Bimbinglah Anak Perempuan Mahalkan Harga Diri Pesanan Deep Bapa Ini Memang Betul

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 160 hits
Bukan mudah bila ada anak perempuan Banyak perkara yang kita fikirkan Paling merisaukan apabila mereka sudah menginjak ke usia remaja Pada waktu itu adalah menjadi kebiasaan anak anak akan mempunyai rasa untuk mencuba banyak perkara baru Ar...
Paling Geng Dengan Ayah Tapi Lebih Banyak Diam Layanlah Anak Lelaki Bak Hero

Paling Geng Dengan Ayah Tapi Lebih Banyak Diam Layanlah Anak Lelaki Bak Hero

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 243 hits
Berbanding anak perempuan yang gemar dimanja oleh ayah lain pula kisahnya dengan anak lelaki Anak lelaki yang bersifat lebih cool mahu dilayan lebih mesra oleh ayah Malah anak lelaki paling mahukan aktiviti yang fizikal sama seperti ayahnya...
Beza Sangat Perkembangan Anak Yang Buat Aktiviti Dengan Anak Yang Tak Buat Ibu Kongsi Aktiviti Untuk Baby

Beza Sangat Perkembangan Anak Yang Buat Aktiviti Dengan Anak Yang Tak Buat Ibu Kongsi Aktiviti Untuk Baby

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 163 hits
Tahun pertama adalah sangat penting bagi perkembangan fizikal mental emosi sosial dan intelektual seseorang anak Percaya tak bayi yang terdedah pada persekitaran penuh rangsangan minda tentulah akan menjadi anak yang pintar Ibu bapa perlu m...
Terlalu Menggemaskan Potret Cantik Baby Guzel Anak Ali Syakieb Pakai Seragam Sma

Terlalu Menggemaskan Potret Cantik Baby Guzel Anak Ali Syakieb Pakai Seragam Sma

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 188 hits
Belum lama ini publik dibuat gemas dengan foto foto anak Ali Syakieb dan Margin Winaya Pada foto yang dibagikan di akun instagram Margin Baby Guzel sangat cantik dan lucu mengenakan seragam SMA Sontak saja unggahan itu dibanjiri komentar da...
Foto Asmirandah Berbaju Kembar Sama Suami Dan Anak Ekspresi Baby Chloe Curi Perhatian

Foto Asmirandah Berbaju Kembar Sama Suami Dan Anak Ekspresi Baby Chloe Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 289 hits
Asmirandah tampil menggunakan baju kembaran dengan suami dan anak cantiknya Baby Chloe Dari foto foto itu ekspresi Baby Chloe sukses mencuri perhatian Ia tertawa lepas terlihat amat lucu dan menggemaskan Yuk intip beberapa fotonya berikut i...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior