Marah Geram Jangan Tinggal Kesan Dihati Anak Mereka Pun Ada Perasaan


Pasti semua ibu bapa alami situasi anak menangis hingga buat diri rasa nak marah. Tapi andainya kita faham, sebenarnya anak menangis kerana mereka bergelut dengan emosi baru yang mengunjungi jiwa mereka yang baru setahun, 2 ,3, 4 ,5,6 tahun itu.
Bergelut untuk memahami emosi yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Ini yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira yang banyak menulis tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan anak di facebooknya dan telegram t.me/catatanparentingsyakira
Jika anak kecil menangis atau merengek, usah cepat melatah, apatah lagi memarahi, menengking mereka.
Mereka masih terlalu muda untuk bijak mengawal emosi mereka. Budak setahun lebih, takkanlah kita expect mereka dah pandai kawal emosi.
Kita tak boleh expect mereka dah tahu apa itu serabut, sedih, marah, geram, cemburu di usia mereka yang 3,4 tahun itu.
Kita yang dah tua ni pun, kalau emo, masam je muka, tertinggi je suara, merajuk juga, kadangkala macam budak kecil juga reaksinya. Masih lagi struggle untuk kawal emosi sendiri. Kan?
Daripada kita merasa geram atau marah pada anak ketika mereka merengek dan menangis, pandanglah mereka dengan belas kasihan dengan kasih sayang. Peluklah mereka.
“Anak-anak yang membesar dengan ibu bapa yang panas baran, sering dimarah dan dipukul, ditampar, dirotan, dan dicederakan akan menjadi seseorang yang tiada rasa hormat pada sesiapapun, termasuk Allah”- Dr Mohd Izhar Ariff.

Nah, bila baca, jadi terfikir, aku kena jadi ibu yang pandai kawal marah dan ada self control yang baik.
Bila ada situasi yang memang buat jadi stres, rasa nak marah walaupun cuba rasional dan jelaskan pada anak, setelah banyak baca dan try, saya buat macam ni.
1️⃣DIAM DAN BUAT DEEP BREATHING. Tak payah dah nak pujuk kalau sebelum tu, dah tak makan pujukan. Lagi trigger kita punya kemarahan bila lihat dia tak nak dengar.
Tarik nafas 5 saat, tahan nafas 5 saat , lepas nafas dengan perlahan. Deep breathing ini memang banyak bantu saya. Cuba asingkan emosi anak dari emosi kita. Lapangkan dada kita dahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
2️⃣TENGOK ANAK DENGAN PANDANGAN KOSONG, anak nangis ke, anak merengek tak henti. Tengok macam takde perasaan. Hahaha. Kosong.. Kosong..Banyak kali buat macam ni, untuk saya, ianya menjadi.
Kosong bermaksud buat self talk, anak bukan sengaja nak menangis, nak keruhkan keadaan, mesti ada sebab.
Bukan sengaja nak buat kita marah, ada benda dia nak beritahu ni.

3️⃣KALAU TAK BOLEH KAWAL MARAH, kalau dekat dengan anak, silalah menjauh sebentar. Saya memang lari jauh sikit. Adam kat ruang tamu menangis, saya ke dapur. Tenangkan hati. Pergilah rasionalkan diri dan iman kat dapur tu ha.
Memang kuatlah Adam nangis. Tapi itu lebih baik daripada kita terbuat atau terpukul sebab kita dah stress tengok dia nangis walaupun kita dah pujuk.
Biar anak luahkan perasaan dulu.
Lepas kita dah reda sikit gelora dalam hati, dah cool sikit, pergi balik kat anak, kalau nangis lagi, just be there, menemani mereka meluahkan perasaan, percayalah, perbuatan tu sangat bermakna bagi mereka.
Bila dah slow sikit nangis, cuba alihkan perhatian dia dengan cerita ke, toys ke.
Bila dah tenang , peluk dan kiss anak dengan penuh kasih sayang sambil cakap dalam hati, ” Terima kasih Ya Allah, kau izinkan aku jaga emosi aku dengan baik.”
Seterusnya, dah berhenti anak nangis acknowledge kekecewaan ,kemarahan dan kesedihan anak.
” Adam sedih sebab ni ye, Adam kecewa pastu rasa marah ye. Takpe takpe, ummi ada. Ummi tak bagi Adam buat benda ni sebab….”.
Ambil peluang untuk bagitahu sebab kenapa kita tak izinkan. Moga dia memahami tindakan kita.
Yusuf pun saya buat step begini.

4️⃣ Kalau dah tak boleh kawal marah dah ni, kalau suami ada ketika itu, minta suami pula handle. Begitu juga kalau suami dah nampak macam dah tak boleh kawal marah dia, kita ambil alih. Saling memahami gitu.
Kadangkala, memang kita tak boleh nak kawal suasana tu, tapi kita boleh kawal macam mana kita respon.
Fahamilah emosi muda mereka. Fahamilah keterbatasan mereka dalam mengungkap kemahuan mereka. Hadapilah dengan ilmu dan iman. Bukan dengan nafsu dan kemarahan.
Sumber: Wan Nur Syakira

Anak-anak Mama dah start merangkak laju?
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
 
The post Marah & Geram, Jangan Tinggal ‘Kesan’ Dihati Anak. Mereka Pun Ada Perasaan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-geram-jangan-tinggal-kesan-dihati-anak-mereka-pun-ada-perasaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Ke 4 Ni Memang Berdikari Semua Benda Dia Buat Sendiri Mama Ayah Jangan Abaikan Mereka

Anak Ke 4 Ni Memang Berdikari Semua Benda Dia Buat Sendiri Mama Ayah Jangan Abaikan Mereka

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 382 hits
Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu Namun bagaimana pula fakta anak no 4 Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui Jom bongkar Fakta anak no 4 Mengikut pakar psikologi keduduka...
Marah Anak Jangan Berlebih Emosi Anak Terkesan Pakar Otak Kongsikan Caranya

Marah Anak Jangan Berlebih Emosi Anak Terkesan Pakar Otak Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 288 hits
Kita akui sebagai ibu bapa ada waktunya kesabaran kita terduga Ada waktunya kita tidak mampu menahan sabar untuk memarahi anak anak Jangan biarkan emosi sebegini terus menjerat diri kita Kegagalan kita mengawal kemarahan ini akan memburukka...
Ada Perbezaan Marah Marah Marah Jangan Sampai Anak Hilang Yakin Diri Berubah Jadi Degil

Ada Perbezaan Marah Marah Marah Jangan Sampai Anak Hilang Yakin Diri Berubah Jadi Degil

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 328 hits
Dalam mendidik anak anak pelbagai cara ibu bapa gunakan Itu semua adalah untuk kebaikan anak anak dan juga bekalan apabila mereka dewasa kelak Ada yang memilih untuk menjadi garang supaya anak anak boleh berdikari dan ada juga yang sebalikn...
Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 396 hits
Menjadi kebiasaan bila si kecil dah habis menyusu dia akan tinggalkan sahaja botolnya si ibulah yang terpaksa mengutip botol susu dan letak pada tempat yang selamat Namun mungkin ramai yang terlupa untuk menutup botol susu anak dengan penut...
Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 379 hits
Membesarkan seorang anak bukan sesuatu tugas yang mudah dalam situasi hari ini Dengan pelbagai cabaran dan tekanan pastinya ia memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek Ingat anak zaman sekarang tak sama seperti zaman kanak kanak kita dulu du...
Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 397 hits
BUAI ANAK DIRUMAH SAJA JANGAN DI KERETACredit photo Assalamualaikum Just a very quick post for today Mamy nak pesan sikit kat moms and dads out there yang berhajat nak guna pakai this hacks yang mana mak terlebih kreatif memasanga endoi ata...
Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 457 hits
Anak kecil yang baru berusia dua tahun sememangnya kurang mengerti apa yang berada disekelilingnya Mereka hanya berada di dalam dunia mereka sendiri Bermain bersama rakan dan meneroka seberapa banyak perkara yang ada dipersekitaran mereka I...
Anak Siapa Ni Budak Dengan Kesan Parut Di Dahi Ditemui Terbaring Di Kawasan Loji

Anak Siapa Ni Budak Dengan Kesan Parut Di Dahi Ditemui Terbaring Di Kawasan Loji

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 351 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lingkungan 2 hingga 3 tahun ditemui di kawasan loji Taman Juara Jaya Kajang Selangor semalam Menurut sumber kanak kanak itu ditemui lengkap berpakaian t shirt merah dan berseluar putih tanpa selipar dalam ...
Jangan Berkira Dengan Isteri Mereka Lubuk Rezeki Kita Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman

Jangan Berkira Dengan Isteri Mereka Lubuk Rezeki Kita Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 372 hits
Isteri adalah lubuk rezeki kita Jangan sekali kali berkira kerana merekalah rezeki seorang suami makin berkat dan melimpah ruah Inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor influencer Dr Say menerusi instagram miliknya Sebelum ini beliau pernah...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation