Manjakan Deria Rasa Dengan Set Minum Petang Dolly Yumcha
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang kita nak nikmati minum petang waktu berehat setelah penat seharian bekerja atau melakukan aktiviti harian. Ini masa untuk manjakan diri dengan sesuatu yang jarang kita dapat menggabungkan secawan teh panas dan pencuci mulut Dim Sum
Ini yang Maha cuba ceritakan di sini dimana Dolly Dim Sum menyediakan set minum petang yang juga dikenali sebagai Dolly YumCha. Minum petang dalam bahasa China dipanggil YumCha sebab itu set ini diberikan nama sedemikian. Uniknya set minum petang ini didatangkan dalam sangkar rekaan exclusive berwana keemasan. Terdapat tujuh jenis kuih muih dan dim sum yang membuat korang rasa ia sangat comel
Sekali tengok rasa macam sayang nak makan sebab seni pastri yang menarik dan sangat sesuai untuk diabadikan dalam potret korang. Macam Maha buat bergambar dulu sebelum makan comel gilerr. Paling atas sekali adalah tiga ekor Baby Owl iaitu pastri bentuk burung atas sarang yang dibakar keperangan dengan inti didalamnya bijan hitam manis. Sekali ngap jer habis seekor burung ni hehehe
Baby Owl
Ditingkat dua sangkar pula ada Egg Tart yang dibakar sempurna dan rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak. Di sebelahnya pula ada Red Velvet dengan keju krim dan pengisian karamel. Kalau korang tengok dalam promo mereka letak Macaroon itu adalah juadah bermusim. Ini pun kalau masuk dalam mulut rasa nikmat sangat walaupun saiz kecil comel molek
Egg Tart dan Red Velvet
Bahagian paling bawah sangkar pula ada Hedgehog yang macam rupa landak tu. Sangat cute macam rupa sebenar tapi ia adalah roti lembut warna perang keemasan dan berintikan kastard di dalamnya. Manakala yang dalam cawan tu pula ada Mango, iaitu puri mangga bersama dengan buah laici dan strawberry didalamnya dapat dirasa bila digigit. Hedgehog dan Mango
Selain daripada dalam sangkar ada juga beberapa juadah tambahan yang datang bersama set ini iaitu Siew Mai iaitu dumpling yang di atasnya dengan salmon roe. Juga Almond iaitu dumpling Udang Harimau segar disalut dengan serpihan Badam. Tak lengkap set minum petang ini kalau tiada miunuman satu set teh premium Oolong iaitu teh aromatik tanpa gula dan panas. Teh ini korang boleh minta mereka tambah kalau tak cukup. Almond
Siew Mai
Oolong Tea
Dolly YumCha ini sesuai untuk dinikmati 2 ke 3 orang sebab tu korang nampak kuantiti semua makanan tu ada 3 ketul. Harga untuk satu set ini hanya RM125++ dan hanya boleh didapati di tiga cawangan Dolly Dim Sum iaitu Pavilion, Sunway Putra dan Sunway Pyramid dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Set ini korang bukan sahaja boleh enjoy makan tapi juga enjoy untuk bergambar sebab comel sangat geram rasanya. Mungkin ramai yang akan jatuh cinta lepas ni kan hehehe.
Info lanjut promosi dan menu baru layari :Facebook : https://www.facebook.com/dollydimsumInstagram : https://www.instagram.com/dollydimsum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/09/manjakan-deria-dengan-set-minum-petang-dolly-yumcha-dolly-dim-sum.html