Manisnya Dia Iras Muka Mama La Mira Filzah Dan Suami Kongsi Foto Anak Di Instagram
Pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar akhirnya memded4hkan wajah putera sulungnya Wan Khair Amir kepada umum selepas tujuh bulan dilahirkan.
Mira dan suami sama-sama berkongsi foto bayi comel mereka di Instagram masing-masing. Alahai, comel sangat!
Wan Emir memuat naik gambar keluarganya yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.
Tidak hanya satu, pasangan itu memuat naik dua lagi gambar anak mereka untuk tatapan peminat.
Wan Emir menerusi hantaran di Instagram turut berdoa agar putera sulung mereka itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa.
View this post on Instagram A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan juga meluahkan rasa sayangnya terhadap anak mereka.
Terdahulu, Mira pernah mengumumkan akan mended4hkan wajah anaknya bila-bila masa sahaja.
Mira Filzah pel1k orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak”.
“Bagaimanapun Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar”
“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.
Untuk rekod, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/ofx4kH2
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/10/manisnya-dia-iras-muka-mama-la-mira.html