Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun


BernamaPemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Temerloh yang masih dilanda banjir yang belum surut sepenuhnya. (Gambar Bernama)KUANTAN: Ibarat lautan ‘teh tarik’ itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas.
Banjir besar yang melanda negeri itu sejak minggu lepas telah menenggelamkan sebahagian besar penempatan penduduk dengan air naik melepasi paras bumbung bangunan.
Tinjauan Bernama bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini mendapati landskap di beberapa pekan utama di negeri itu berubah seperti air sungai yang keruh berwarna lumpur.
Juruterbang JBPM Penguasa Kanan Bomba 1 Sofian Ahmed @ Ibrahim berkata situasi itu menjadi cabaran buat pasukannya untuk membantu dan mengesan mangsa dari udara yang terjejas akibat banjir.
“Misi kali ini kami perlu peka dan fokus keadaan sekeliling kerana mangsa selalunya akan mencari tempat yang tinggi dan selamat seperti berpaut pada pokok dan tiang agar tidak dihanyutkan.
“Jika pasukan udara mengesan mangsa, kami akan memaklumkan kepada pusat kawalan agar pasukan di lapangan dapat mengambil mereka menggunakan bot,” katanya.
Terdahulu, Sofian mengemudi helikopter AgustaWestland AW139 dengan dibantu juruterbang kedua, Penguasa Bomba Faridullahamin Mohd Amin bersama tiga kru penerbangan dan wartawan Bernama membuat tinjauan udara di beberapa daerah di Pahang antaranya Temerloh, Lipis, Rompin dan Maran sejak petang kelmarin (Khamis).
Menurut Soffian, selain memantau keadaan semasa, JBPM juga melaksanakan beberapa misi penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang terperangkap ke hospital selepas jalan utama dinaiki air banjir.
“Sekurang-kurangnya lima penerbangan ihsan dilakukan setiap hari bergantung kepada keadaan cuaca,” tambahnya.
Sementara itu, wartawan Bernama yang mengikuti tinjauan udara itu turut merasai kepayahan dan kesungguhan anggota penyelamat berkenaan dalam memastikan keselamatan mangsa banjir sentiasa diutamakan.
Mereka sanggup bersengkang mata siang dan malam, meninggalkan keluarga malah tiada sedikit pun keluh-kesah yang terpacul daripada mulut mereka demi menabur bakti kepada masyarakat setempat.
Setakat malam tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan penurunan kepada 26,075 orang berbanding 27,090 orang petang semalam yang ditempatkan di 284 pusat pemindahan di sembilan daerah, dengan Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas banjir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/banjir-beberapa-daerah-di-pahang-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Keadaan banjir di Pahang Johor dan Kelantan beransur pulih pagi ini dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan Bagaimanapun portal infobanjir water gov my memaklumkan paras ai...
Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 384 hits
nbsp KUALA LUPUR Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Terengganu Kelantan dan Perak dilaporkan menurun Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat juml
Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 497 hits
KUANTAN Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 10 739 Di 201 Pusat Pemindahan Sementara

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 10 739 Di 201 Pusat Pemindahan Sementara

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 483 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat dengan 10 739 mangsa ditempatkan di 201 Pusat Pemindahan Sementara di sembilan daerah dengan Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebaj...
Beberapa Daerah Terlibat Banjir Di Pahang Ibarat Lautan Teh Tarik Sejak Ahad Lepas

Beberapa Daerah Terlibat Banjir Di Pahang Ibarat Lautan Teh Tarik Sejak Ahad Lepas

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 363 hits
nbsp KUANTAN nbsp Ibarat lautan teh tarik itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas Banjir besar yang melanda negeri itu sejak minggu lepas telah menenggelamkan sebahagian besar penempatan ...
Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 350 hits
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241 000 bagi membantu 26 591 mangsa banjir di Pahang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani co
Pahang Belanja Rm1 Juta Sehari Untuk Mangsa Banjir

Pahang Belanja Rm1 Juta Sehari Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 420 hits
JERANTUT Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM1 juta sehari bagi membantu mangsa banjir negeri ini melebihi peruntukan yang disediakan bagi menghadapi musim tengkujuh 2020 2021 Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin I...
Staf Pejabat Hutan Jerantut Mangsa Pertama Banjir Pahang

Staf Pejabat Hutan Jerantut Mangsa Pertama Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 538 hits
STAF PEJABAT HUTAN JERANTUT MANGSA PERTAMA BANJIR PAHANG JERANTUT Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut menjadi korban pertama banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu Mangsa Zulkarnain Hitam 58 ditemui lemas selepas dihanyutkan a...
Agong Dan Permaisuri Luangkan Masa Untuk Menyantuni Mangsa Banjir Di Daerah Pekan

Agong Dan Permaisuri Luangkan Masa Untuk Menyantuni Mangsa Banjir Di Daerah Pekan

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 286 hits
PEKAN Keceriaan jelas terpancar di raut wajah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Kampung Serambi Pekan hari ini sejurus menerima keberangkatan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future