Pahang Belanja Rm1 Juta Sehari Untuk Mangsa Banjir



JERANTUT: Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM1 juta sehari bagi membantu mangsa banjir negeri ini, melebihi peruntukan yang disediakan bagi menghadapi musim tengkujuh 2020/2021.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata peruntukan sedia ada ialah sebanyak RM4 juta, namun ia perlu ditambah berikutan banjir kali ini yang berlarutan dan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
Setakat hari ini, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM8 juta dengan peruntukan tambahan diluluskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri semalam, bagi membolehkan mangsa banjir menerima bantuan sewajarnya, kata beliau.
“Antara faktor yang menyebabkan jumlah peruntukan ini perlu ditambah ialah trend banjir kali ini berbeza, kerana ada kawasan yang tidak pernah banjir turut dilanda musibah selain bencana seperti tanah dan jambatan runtuh menyebabkan ramai terputus hubungan.
Jumlah hujan sejak Ahad lalu juga difahamkan adalah bersamaan dengan tempoh setahun, menyebabkan sungai tidak dapat menampung kuantiti air lalu melimpah menjadikan banjir kali ini lebih teruk,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan di Kuala Tahan melalui Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini Sabtu.
Turut menyertai misi bantuan itu ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang Mohd Zahar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah.
Sallehuddin juga berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pembangunan atau pembalakan sebagai punca banjir, tidak sepenuhnya tepat kerana terdapat daerah yang tidak mempunyai projek pembangunan buat masa ini, seperti Rompin juga dilanda banjir.
Menurut Sallehuddin kerajaan negeri cuba sedaya upaya untuk memastikan mangsa banjir menerima bantuan secepat mungkin, namun di beberapa lokasi, berlaku kelewatan kerana faktor air naik terlalu cepat dan jumlah mangsa terlalu ramai.
“Kita sudah menggunakan tenaga dan aset yang ada, tetapi untuk kali ini kita bukan hanya berdepan mangsa banjir,
tetapi mereka yang terkandas di negeri ini semasa dalam perjalanan pulang ke tempat masing-masing juga ramai, selain perlu menguruskan kira-kira 1,000 pelancong,” katanya.
Selain itu, Sallehuddin menasihatkan penduduk untuk akur arahan berpindah dan kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga keadaan benar-benar selamat, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila mereka berkeras mahu pulang lebih awal.
Beliau memaklumkan kerajaan negeri telah melancarkan Tabung Khas Bencana Banjir Negeri Pahang dan mereka yang berhasrat membantu boleh menderma ke akaun bank Perbendaharaan Negeri Pahang di 06010002165711 Bank Muamalat.
– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2021/01/pahang-belanja-rm1-juta-sehari-untuk-mangsa-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 317 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM11 juta untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau ber...
Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 470 hits
KUANTAN Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 374 hits
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Temerloh yang masih dilanda banjir yang belum surut sepenuhnya KUANTAN Ibarat lautan teh tarik itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas Ban...
Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 366 hits
nbsp KUALA LUPUR Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Terengganu Kelantan dan Perak dilaporkan menurun Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat juml
Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 505 hits
BH ONLINE Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM Foto Istana Negara KUANTAN Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 376 hits
Peserta misi bantuan banjir ke Pahang bergambar sebelum berlepas pada pagi ini CYBERJAYA 8211 Lembaga Zakat Kedah melalui Projek Asnaf Care menyampaikan bantuan bernilai RM241 000 bagi membantu mangsa banjir di Pahang M
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 10 739 Di 201 Pusat Pemindahan Sementara

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 10 739 Di 201 Pusat Pemindahan Sementara

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 466 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat dengan 10 739 mangsa ditempatkan di 201 Pusat Pemindahan Sementara di sembilan daerah dengan Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebaj...
Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Kini Terus Meningkat Kepada 18 400 Orang Petang Ini

Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Kini Terus Meningkat Kepada 18 400 Orang Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 458 hits
KUANTAN Bilangan mangsa banjir di Pahang terus melonjak kepada lebih 18 400 orang setakat pukul 5 00 petang tadi berbanding 15 000 orang semalam Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan jumlah tersebut membabitkan lebih 4 900 keluarg...
Ebit Lew Redah Air Agih Ribuan Telekung Amp T Shirt Buat Mangsa Banjir Di Pahang

Ebit Lew Redah Air Agih Ribuan Telekung Amp T Shirt Buat Mangsa Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 444 hits
Banjir yang melanda negeri Pahang ketika ini sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku Beberapa pusat pemindahan sementara telah dibuka dengan ribuan penduduk menjadi mangsa Sehubungan dengan itu pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tela...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025