Mandi Air Suam Baca Bismillah Syifa Boleh Kurangkan Rasa Sakit Kontraksi


Ramai tak tahu yang ketika contraction, ibu boleh cuba relaks kan otot yang tegang dengan mandi air suam.
Masa anda mandi, anda boleh cuba teknik deep breathing agar lebih tenang dan selesa. Mulakan dengan membasuh dari bahagian bawah naik ke atas dan baca bismillah syifa’ berulang-ulang kali.

Antara kebaikan Bismillah Syifa’ ialah mengurangkan sakit bisa tulang dan sendi.
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الشافي
بسم الله الكافي
بسم الله المعافي
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kalau dah relaks tu jangan pulak mandi lama sangat dalam toilet tu lebih dari 30minit. Risau Kaklong kalau korang terbersalin sorang sorang dalam toilet.
Cuba lah, InshaAllah semoga beroleh manfaat.

Mengapa ibu hamil akan merasai sakit bersalin? Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.

Tips Lain atasi kesakitan semasa bersalin 1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Mandi Air Suam & Baca Bismillah Syifa’, Boleh Kurangkan Rasa Sakit Kontraksi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mandi-air-suam-baca-bismillah-syifa-boleh-kurangkan-rasa-sakit-kontraksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semalam Mereka Boleh Caci Keji Tanpa Rasa Bersalah Dan Hari Ini Mereka Boleh Menagih Ehsan Simpati

Semalam Mereka Boleh Caci Keji Tanpa Rasa Bersalah Dan Hari Ini Mereka Boleh Menagih Ehsan Simpati

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 213 hits
TIDAK WUJUD ISTILAH HABLU MINAN NAS DI DALAM POLITIK ISLAM YANG DIJADIKAN KELDAI TUNGGANGAN OLEH PAS Cara PAS berpolitik sangat jahat dan keji sbb nya PAS mempergunakan agama mempergunakan Islam utk kepentingan politik mereka Mereka telah d...
Kecemasan Anak Sakit Boleh Terus Gadai Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas

Kecemasan Anak Sakit Boleh Terus Gadai Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 179 hits
Menyimpan emas sudah diketahui sebagai salah satu cara simpanan yang paling berbaloi Namun ada diantara kita yang lebih gemar menyimpan wang berbanding emas Tidak terkecuali yang lebih gemar membuka akaun simpanan emas Ikutlah selera masing...
Tak Banyak Boleh Buat Remuk Hati Bila Anak Dalam Kesakitan Dr Sheikh Muszaphar Sedih Tengok Anak Sakit

Tak Banyak Boleh Buat Remuk Hati Bila Anak Dalam Kesakitan Dr Sheikh Muszaphar Sedih Tengok Anak Sakit

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 144 hits
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak yang sedang sakit lebih lebih lagi anak yang masih kecil Begitulah luahan angkasawan pertama negara Doktor Sheikh Muszaphar apabila anak lelaki kembarnya mengalami demam panas Tambahnya lagi tak ban...
Anak Alami Speech Delay Tak Boleh Sebut Perkataan Bermakna Tasha Manshahar Kurangkan Gajet Lebih Banyak Komunikasi

Anak Alami Speech Delay Tak Boleh Sebut Perkataan Bermakna Tasha Manshahar Kurangkan Gajet Lebih Banyak Komunikasi

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 196 hits
BERKONGSI perkembangan anak penyanyi Tasha Manshahar berkata putera sulungnya Muammar Rafiqi pernah mengalami masalah percakapan speech delay ketika diusia setahun enam bulan Mengakui bimbang dengan perkara itu Tasha atau Nur Nadia Natasha ...
Larangan Laki Laki Mandi Dengan Air Panas

Larangan Laki Laki Mandi Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 203 hits
Sekarang ini Banyak Sekali Pemandian2 Air Panas Sehingga Banyak Sekali Para Wisatawan Beramai2 untuk berendam Mandi Air Panas Tapi siapa Sangka Ternyata mandi atau Berendam Air Panas Ternyata Hanya Cocok Untuk Para Wanita Tetapi Untuk Laki2...
Perbezaan Air Minuman Dan Air Mineral Boleh Tengok Warna Penutup Botol

Perbezaan Air Minuman Dan Air Mineral Boleh Tengok Warna Penutup Botol

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 285 hits
June 15 2022 Orang kata hanya penggemar air putih sahaja yang akan tahu beza rasa air pada setiap jenis botol mineral Tapi tahukah anda setiap botol mineral ada dilabelkan sebagai air mineral semula jadi air minuman air osmosis berbalik dan...
Dia Boleh Bawa Semua Watak Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan Iu

Dia Boleh Bawa Semua Watak Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan Iu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 176 hits
Bintangi filem Broker bersama Kang Dong won berkongsi pendapatnya tentang lakonan IU ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Kang Dong won telah melakukan temu bual bersama bagi mengulas mengenai filemnya yang baru ditayangkan Broker Semasa temu bu...
Pakar Pesan Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut

Pakar Pesan Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 206 hits
Saat anak mula pandai berjalan kebanyakan ibu bapa rasa teruja Ini menandakan anak kita dah semakin besar Cuma bila anak mula dapat kaki terus terfikir untuk belikan kasut Namun menurut pakar membiarkan anak anak berjalan tanpa memakai kasu...
Tak Boleh Ke Kawan Nak Datang Teman Farisha Iris Kata Tak Bercinta Dengan Niezam Zaidi Lah

Tak Boleh Ke Kawan Nak Datang Teman Farisha Iris Kata Tak Bercinta Dengan Niezam Zaidi Lah

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 234 hits
Penyanyi Farisha Iris menjelaskan kehadirannya menemani pelakon Niezam Zaidi ketika majlis pratonton filem Romp4k adalah sebagai teman baik Menurut Farisha dia selesa berkawan rapat dengan Niezam dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut