Mana Pergi Derma Rm10 Juta Soal Waris Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


Zeanaaima Mohd YusofAnak Zamzuri Zakaria, Mohammad Aidil Aqmal hanya berusia 10 tahun ketika terkorban dalam tragedi kebakaran pada September 2017 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.PETALING JAYA: “Satu sen sumbangan berjuta-juta ringgit pun kami tak dapat, permohonan maaf jauh sekali,” itu dakwaan Zamzuri Zakaria, waris mangsa kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, Kuala Lumpur, setelah empat tahun tragedi itu berlalu.
Beliau berkata, keadaan itu memaksa ibu bapa 31 pelajar yang terkorban dan cedera dalam kebakaran itu mengambil tindakan saman terhadap pengetua tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood dan isterinya, serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kes itu sedang berjalan di mahkamah sekarang, katanya kepada FMT.
Mohammad Aidil Aqmal hanya berusia 10 tahun apabila rentung dalam kebakaran pusat tahfiz itu pada Sept 2017. Kehilangan itu masih diratapi ayahnya, Zamzuri, yang mendakwa pihak berkenaan gagal mempamerkan sebarang simpati terhadap beliau sekeluarga. “Dari hari anak saya meninggal sampai ke hari ini, langsung tak pernah datang jenguk. Nak minta maaf macam mana? Jumpa kami pun tidak pernah. Tapi dia (Zahid) beri kenyataan pada media semua baik-baik,” dakwanya.
Beliau mahukan penjelasan berhubung peranan pengurusan sekolah dan MAIWP bersabit sumbangan orang awam – dikatakan berjumlah antara RM8 juta hingga RM10 juta – yang dikumpul untuk waris mangsa.
“Mereka tidak telus,” dakwa beliau.
FMT sudah menghubungi peguam pengetua terbabit dan dimaklumkan anak guamnya akan memberikan respons kemudian.
Perbicaraan saman sivil itu tergendala beberapa kali akibat wabak Covid-19. Tarikh baharu perbicaraan kini ditetapkan pada 5 hingga 12 Jan dan 21 hingga 22 Feb depan.
Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke atas seorang remaja selepas didapati membakar pusat tahfiz berkenaan.
‘Bukan anak kau yang mati’
Mengimbau detik hitam September 2017 itu, Zamzuri berkata, dia melalui jalan ke pusat tahfiz itu kerana mahu membeli makanan untuk isterinya bersahur di Pasar Keramat.
Dia kemudiannya ternampak asap hitam dari arah pusat tahfiz tersebut lalu bergegas ke sana tetapi gagal menyelamatkan anaknya.
“Saya sudah ada dekat tingkat atas (bangunan tahfiz). Waktu itu saya turun naik bangunan itu sebanyak tiga kali. Saya panggil nama anak saya. (Tapi) waktu itu hanya bunyi api meletup-letup sahaja.
“Ada orang naik atas, pegang saya suruh turun. Saya marah. Saya kata ‘bukan anak kau yang mati, anak aku yang mati. Anak aku yang kat dalam,” katanya.
Akhirnya Zamzuri terpaksa menerima hakikat. “Saya telefon isteri saya, beritahu anak kami sudah tiada. Waktu tu azan subuh. Saya duduk tepi dinding. Tak ada apa yang boleh saya buat,” katanya.
Hari ini Zamzuri dan isteri hanya mengenang keceriaan anak kesayangan untuk mengubat kesedihan.
“Petang sebelum dia meninggal, saya bagi dia makan kuih sagu merah. Saya dan isteri ada datang jumpa dia.
“Masa (kami) nak balik, dia peluk saya betul-betul. Dia letak kepala dia betul-betul di dada saya. Masa tu saya tak rasa apa-apa. Lepas itu dia peluk emak dia kuat-kuat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/mana-pergi-derma-rm10-juta-soal-waris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Gaza Tak Sampai Tabung Memali Bocor Tabung Rohingya Hanyut Tabung Tahfiz Rm10 Juta Jadi Asap

Duit Gaza Tak Sampai Tabung Memali Bocor Tabung Rohingya Hanyut Tabung Tahfiz Rm10 Juta Jadi Asap

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 220 hits
Satu sen sumbangan berjuta ringgit pun kami tak dapat dakwa waris mangsa kebakaran pusat Tahfiz setelah 4 tahun 31 korban cedera ibu bapa terpaksa saman Kes itu sedang berjalan di mahkamah mendakwa pihak berkenaan gagal pamerkan sebarang si...
Waris Mangsa Banjir Terima Rm10 000 Pm

Waris Mangsa Banjir Terima Rm10 000 Pm

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 188 hits
Waris mangsa banjir terima RM10 000 PM Kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10 000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia di bawah Bantuan Wang Ihsan Memaklumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata j...
Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 203 hits
Banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor serta negeri negeri lain boleh dikata sudah surut sepenuhnya sekarang ini Hanya tinggal beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut tetapi di negeri tersebut banjir yang ...
Anwar Pun Setuju Kerajaan Mesti Beri Rm10 Ribu Kepada Mangsa Banjir

Anwar Pun Setuju Kerajaan Mesti Beri Rm10 Ribu Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 159 hits
Pada 24 Disember lalu saya telah mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan sebanyak RM10 ribu kepada mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana itu Ini berikutan ramai yang mengalami kerosakan harta benda seperti perabot peralatan le...
Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

Isu Azam Baki Pemberi Maklumat Terima Surat Tuntutan Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 212 hits
SHAH ALAM Pakar Ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez mendakwa pemberi maklumat dalam pendedahan berkaitan isu dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah menerima surat tuntutan pada...
Rm1 6 Juta Diperuntuk Yapeim Bantu Mangsa Banjir

Rm1 6 Juta Diperuntuk Yapeim Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 293 hits
Anggar 10 000 terima manfaat melalui peruntukan BANGI Sebanyak RM1 6 juta diperuntukkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara Ketua Pengarahnya Mohd Ridzal Mohd Sheriff berkata bantuan itu ...
Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 155 hits
Rakyat mahu melihat tindakan segera untuk mengatasi bencana banjir tetapi itu tidak berlaku menurut penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menan...
Cara Mohon Bantuan One Off Rm500 Untuk Mangsa Banjir Pahang Daripada Kerajaan Negeri

Cara Mohon Bantuan One Off Rm500 Untuk Mangsa Banjir Pahang Daripada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 388 hits
Susulan keadaan yang telah berlaku baru baru ini Kerajaan Negeri Pahang tampil menghulurkan bantuan melalui Bantuan Khas Banjir secara one off sebanyak RM500 Bantuan ini merupakan wang bantuan ihsan kerajaan Negeri khusus kepada mangsa banj...
Update Mangsa Digilis Bas Ekspres Meninggal Dunia

Update Mangsa Digilis Bas Ekspres Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 258 hits
UPDATE Mangsa digilis bas ekspres meninggal dunia WANITA warga emas yang digilis bas ekspres di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di Johor Bahru meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah jam 7 50 malam hari ini UPDATE Mangsa digil...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Apa Itu Malaysian Dream

Sabah Lanjut Kontrak Kim Swee

Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143