Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan


Rakyat Malaysia kini semakin mengamalkan penjagaan kesihatan pencegahan, dengan 95% bersetuju bahawa ia penting untuk kesejahteraan diri. Ramai yang telah mula membuat perubahan positif, seperti memilih hidangan yang lebih sihat dan mengamalkan pengambilan suplemen dalam rutin harian mereka. Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, komited untuk meneruskan momentum ini


Penemuan ini merupakan hasil dapatan Tinjauan Penambahan Makanan Bertanggungjawab Asia Pasifik (Asia Pacific Responsible Supplementation Survey) 2025, yang dijalankan pada Mei 2025 di 11 pasaran Asia Pasifik termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Di Malaysia, seramai 1,000 responden telah berkongsi tabiat dan sikap mereka terhadap suplemen kesihatan, yang menunjukkan komitmen yang tinggi serta peluang yang jelas untuk memperkukuhkan pengetahuan dan sokongan



Tinjauan tersebut mendapati bahawa 43% rakyat Malaysia mengambil suplemen setiap hari, dengan 64% daripada mereka mengambil lebih daripada satu jenis suplemen kesihatan. Kesihatan am dan imuniti kekal sebagai sebab utama pengambilan suplemen (59%), diikuti oleh tenaga dan fokus (39%) serta penjagaan kulit, rambut dan kecantikan (38%). Lebih memberangsangkan, 65% rakyat Malaysia menyatakan mereka yakin dengan keupayaan mereka untuk membuat keputusan pengambilan suplemen secara bertanggungjawab, meletakkan negara ini antara yang tertinggi di rantau ini bersama-sama Australia, Indonesia dan Filipina



Pada masa yang sama, 82% rakyat Malaysia mengakui kepentingan membuat keputusan yang bijak mengenai pengambilan suplemen, dengan doktor dan pakar pemakanan menjadi sumber maklumat yang paling dipercayai (58%). Semasa membeli suplemen, tiga pertimbangan utama adalah cadangan daripada profesional penjagaan kesihatan (50%), keselamatan dan keberkesanan produk (49%), serta pensijilan kualiti produk (45%)

Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata, “Rakyat Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kesihatan mereka, dan matlamat kami adalah untuk memberikan mereka alat, pengetahuan, dan sokongan yang tepat untuk meneruskan perjalanan mereka ke arah kesejahteraan yang lebih baik. Hasil tinjauan ini amat memberangsangkan kerana rakyat Malaysia semakin yakin dengan suplemen yang mereka ambil dan mula mendapatkan panduan daripada sumber yang dipercayai seperti profesional penjagaan kesihatan. Kami ingin memperkukuh usaha ini dengan terus bekerjasama dengan organisasi yang berwibawa, universiti serta pakar kesejahteraan bagi mempertingkatkan pendidikan pemakanan kepada orang ramai.”


Untuk terus memacu momentum positif ini, Herbalife telah melancarkan Kempen “Check In” Kesejahteraan Kebangsaan 2025 dari Mei hingga Julai tahun ini. Inisiatif ini menjelajah ke 33 bandar dan pekan di seluruh negara, melibatkan lebih 8,000 rakyat Malaysia dengan menawarkan analisis tubuh badan secara percuma, panduan pemakanan seimbang, serta nasihat suplemen mengikut keperluan individu



Kempen “Check In” Kesejahteraan Kebangsaan menjurus kepada turun padang mendekati masyarakat di lapangan dan memberikan panduan yang praktikal serta berasaskan sains yang boleh mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Kami tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja. Kami menjelajah ke utara, selatan, pantai timur, serta merentasi Sabah dan Sarawak bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam perjalanan kesejahteraan mereka. Melalui rangkaian Pengedar kami, kami dapat meluaskan capaian kempen ini ke seluruh negara dan mendekatkannya dengan komuniti setempat



Walaupun semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan penjagaan kesihatan pencegahan, negara kita masih berdepan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, serta beban berganda kekurangan zat makanan. Oleh itu, adalah penting bagi kami untuk menjangkau setiap pelosok negara, dari pekan kecil hinggalah ke bandar utama, bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, bertanya soalan, dan membawa pulang langkah-langkah mudah dan praktikal untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka,” tambah Steven

Kempen berakhir dengan Pameran Kesejahteraan yang diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Segamat, Batu Pahat, Melaka, Kuching, Sibu, Miri, Sarikei, Kota Kinabalu, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/09/tinjauan-menunjukkan-95-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4861 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Skandal 1mdb Ni Memang Panjang Berjela Tapi Kali Ni Ada Berita Yang Boleh Buat Rakyat Malaysia Senyum Sikit

Skandal 1mdb Ni Memang Panjang Berjela Tapi Kali Ni Ada Berita Yang Boleh Buat Rakyat Malaysia Senyum Sikit

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1857 hits
Mustaffa Yaacob Skandal 1MDB ni memang panjang berjela tapi kali ni ada berita yang boleh buat rakyat Malaysia senyum sikit Bank gergasi dunia JPMorgan Chase Co dah setuju bayar RM1 4 bilion kepada kerajaan Malaysia Duit ni terus disalurkan...
Mr D I Y Kembalikan Bersama Satu Bazaar Untuk Meraikan Merdeka Bersama Rakyat Malaysia

Mr D I Y Kembalikan Bersama Satu Bazaar Untuk Meraikan Merdeka Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3527 hits
Hi Korang Sambutan Hari Merdeka akan menjadi lebih meriah kerana Kumpulan MR D I Y M Berhad MR D I Y peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia sekali lagi menganjurkan bazaar Merdeka yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu Dengan t...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2978 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3955 hits
JAKARTA Demonstrasi besar besaran di Jakarta bukan sahaja menarik perhatian dalam negara malah turut menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia yang tampil membantu dengan cara tersendiri Menerusi perkongsian di TikTok dan Threads seo...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6811 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru

Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3865 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myPOLIS Thailand menyusun senjata api dan peluru yang ditemui dalam kereta dipandu rakyat Malaysia Kuala Lumpur Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 ...
Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2883 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIAN...
Jynns Lancar Madu Trigona Khazanah Kesihatan Malaysia Ke Persada Dunia

Jynns Lancar Madu Trigona Khazanah Kesihatan Malaysia Ke Persada Dunia

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1473 hits
Jenama kesejahteraan terkemuka Malaysia JYNNS kini memperkenalkan fasa baharu produk utamanya Madu Trigona madu kelulut premium hasil khazanah hutan hujan Sarawak Dari Hutan Borneo Madu ini dituai di kawasan asli seluas 200 000 ekar di Nang...
Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah Akan Merosakkan Paru Paru

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pekasam Puyu

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Police Tracking Down Suspects Behind Johor Tesla Break In Rm100 000 Stolen