Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta


JAKARTA – Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja menarik perhatian dalam negara, malah turut menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia yang tampil membantu dengan cara tersendiri.
Menerusi perkongsian di TikTok dan Threads, seorang pengguna Indonesia, @larasatipusparasa, mendedahkan ramai rakyat Malaysia membuat pesanan makanan melalui aplikasi Grab dan ojek dalam talian (ojol) untuk dihantar kepada mereka yang terkesan akibat protes.
“Satu Indonesia harus tahu bahawa negara tetangga kita iaitu Malaysia sedang berbondong-bondong menolong rakyat Indonesia. Mereka membuat pesanan makanan melalui grab atau ojek di Jakarta. Terima kasih Malaysia,” katanya.
Inisiatif tersebut dianggap sebagai bentuk solidariti kecil yang mampu meringankan beban penghantar makanan berikutan penutupan jalan dan kesesakan luar biasa di ibu kota.
Seorang lagi pengguna media sosial Malaysia, Sakinah Yasin, turut berkongsi pengalamannya selepas menyertai usaha tersebut.
“Alhamdulillah, sikit bagi kita bermakna pada orang lain. Rp102,000, lebih kurang RM26++ sahaja, sudah boleh dapat enam pinggan nasi goreng,” katanya.
Suara Rakyat dan Fenomena Baharu
Demonstrasi di Jakarta bermula sejak minggu lalu selepas rakyat membantah dasar kerajaan termasuk isu kenaikan kos sara hidup dan penarikan subsidi tertentu.
Walaupun situasi di jalanan tegang, fenomena sokongan rentas sempadan ini memperlihatkan bagaimana teknologi e-hailing kini menjadi medium baharu untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Reaksi Netizen Malaysia
Di media sosial, ramai warganet Malaysia menzahirkan doa dan kata-kata semangat buat rakyat Indonesia. Ada yang menitipkan ucapan “Semoga Indonesia cepat pulih”, manakala sebahagian lagi menegaskan bahawa walaupun hubungan kedua-dua negara kadang kala tegang kerana isu budaya atau sukan, rakyat Malaysia tetap tidak akan meninggalkan jiran serumpun itu ketika dilanda kesusahan.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah rindu untuk kembali “berdebat” tentang perkara kecil seperti asal-usul sate, rendang, batik atau bola sepak, tetapi pada masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kerana menghargai keprihatinan rakyat Malaysia.
Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa di sebalik persaingan lama, semangat kejiranan antara Malaysia dan Indonesia tetap utuh ketika menghadapi waktu sukar. – The Malaysian Update
The post Solidariti Rentas Sempadan: Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/01/solidariti-rentas-sempadan-rakyat-malaysia-bantu-indonesia-ketika-demonstrasi-jakarta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4791 hits
KUALA LUMPUR Tular di TikTok perkongsian daripada akaun dapoerbuhendra yang memaparkan kebaikan warga Malaysia menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia Video yang dikongsikan itu mengisahkan sokongan dan solidariti merentasi sempadan ne...
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2585 hits
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia Demonstrasi pekerja dan kesatuan pekerja di hadapan bangunan Dewan Rakyat di Indonesia bertukar tragedi apabila seorang dilaporkan maut lapor Tempo Penunjuk perasaa...
Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1201 hits
KUALA LUMPUR 19 Ogos 2025 Ninja Van Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu memberikan perniagaan Malaysia akses langsung ke pasaran utama di seluruh Asia Pasifik Amerika Utara Amerika Latin Timur...
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4810 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia Culture Shock

Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia Culture Shock

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1300 hits
Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia Culture Shock Kalau sebut tentang Malaysia ramai yang akan terus terbayang tempat tempat menarik untuk bercuti selain pelbagai makanan yang memikat selera Namun ramai tak sedar ada satu la...
Tular Kediaman Ahli Dpr Indonesia Diserang Rakyat

Tular Kediaman Ahli Dpr Indonesia Diserang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2756 hits
Tular Kediaman Ahli DPR Indonesia Diserang Rakyat Belum reda dengan ketegangan demonstrasi besar besaran di Indonesia tular pula sebuah video di media sosial memaparkan kediaman anggota DPR RI Ahmad Sahroni diserang penduduk pada Sabtu lapo...
Ketika Aksi Massa Berujung Murka Refleksi Hari Kemerdekaan Ke 80 Republik Indonesia

Ketika Aksi Massa Berujung Murka Refleksi Hari Kemerdekaan Ke 80 Republik Indonesia

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1453 hits
BloggerBorneo com Betapa tidak suasana syahdu refleksi 80 tahun perjalanan bangsa disaat bersamaan justru berubah pilu seakan menjadi kado pahit kita harus menerima bahwa situasi dan dinamika sosial politik bangsa ini sedang tidak baik baik...
Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 3848 hits
SITI NUR ZAWANISeptember 6 2025Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri Kata individu itu di negara ini perkhidmatan perub...
Aisar Khaled Turut Sertai Ribuan Rakyat Indonesia Iringi Jenazah Affan Kurniawan

Aisar Khaled Turut Sertai Ribuan Rakyat Indonesia Iringi Jenazah Affan Kurniawan

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1679 hits
JAKARTA Pempengaruh media sosial terkenal Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila turut mengiringi jenazah pemandu ojek Affan Kurniawan 21 yang maut digilis trak taktikal polis Indonesia di Bendungan Hilir Jakarta baru baru ini Meneru...
Ron95 Jpj Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen

Bella Astillah Sah Sertai Era Kini Penyampai Radio 3 Pagi Era

Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

5 Tanda Tayar Kereta Ada Masalah Mungkin Kena Tukar

Elak Bakteria Tersembunyi Ganti Segera 5 Barang Di Bilik Air Ini

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Saya Hanya Secawan Coffee Panas

Quick Wasabi Beef Recipe Chinese

Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Apakah Kekuatan Bitcoin Semakin Lemah

Dulu Dan Sekarang

Tukar Mykad Percuma Jpn