Mana Makanan Cikgu Kawan Menangis Takut Sekolah Dia Relaks Tanya Makanan Sedap
Tahun 2021 adalah tahun istimewa bagi anak-anak yang bersekolah kerana sesi persekolahan secara bersemuka tidak berlangsung seperti sebelum ini. Hanya pelajar yang menduduki peperiksaan awam dan anak-anak tadika serta taska swasta saja yang dibenarkan ke sekolah.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang risau keadaan kesihatan anak kecil, Kementerian Pendidikan tidak memaksa untuk ibu bapa menghantar anak ke tadika sebaliknya boleh memilih untuk sesi pembelajaran online.
Namun bagi ibu bapa bekerja mereka memilih untuk hantar anak ke tadika atau taska atas sebab tertentu.
Walaupun hari pertama persekolahan tahun ini tak meriah dengan gelagat anak yang macam-macam, perkongsian ibu atas nama MsNorfael Naufal ini melalui Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini sungguh terhibur.
Gelagat anak lelakinya yang pertama kali ke tadika bukanlah menangis tetapi hanya menggunakan umpan makanan baru bersemangat untuk masuk tadika.
Mula-mula sampai bersemangat
Ni anak kedua saya. Nufael namanya. Umur 3 tahun 8 bulan. Hari ni hari pertama dan tahun pertama masuk tadika. Mula-mula tu bukan main bersemangat berjalan masuk tadika.
Mula drama depan pagar
Sampai depan pintu tak nak masuk pula. Ahh sudah..30 minit sesi pujuk dia depan pintu masuk. Dia ni badan besar dan berat pula tu.
Berat dalam 30kg, kalau secara paksaan suruh dia masuk mahu habis kudrat melawan dia ni.
Tertarik pada makanan
Tiba-tiba seorang kawan sekolahnya masuk bawa bekalan makanan.
Mama : Adek.. masuk kelas ok. dalam kelas ada kawan.. Ada MAKANAN..
Nufael : mana mama.. makan?
Teacher : Jom masuk.. Kat dalam ada banyak makanan.
Nufael: Ok.
Bila dia kata ok tu.. fuhhhh lega.. Apa lagi cepat-cepat lari lah sebelum dia tahan mama lagi. Awak ingat makan jer eh sayang.
Semoga istiqomah macam tu ya adek untuk hari seterusnya.. Stay safe!! Mama paling risau kalau dia nak buang air besar. Bertabahlah cikgu yer.
Kredit: MsNorfael Naufal
ARTIKEL MENARIK [Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak, Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut, Senang Cari]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Ada Anak 6-7 Tahun, Latihlah Baca, Kira & Tulis. Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Mana Makanan Cikgu?” Kawan Menangis Takut Sekolah, Dia Relaks Tanya Makanan Sedap appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mana-makanan-cikgu-kawan-menangis-takut-sekolah-dia-relaks-tanya-makanan-sedap/