Mana Ayah Kami Lapar


 


Ayah bukan nama besar pun. Ayah juga tak ada kedudukan dalam masyarakat. Tiada gelaran kebesaran. Cuma Ayah punya hati besar. Itu sebab Ayah berbeza daripada insan lain.
Sehari Ayah tidak muncul, ramai yang menderita. Yang sakit menjadi lebih perit, yang lapar menjadi lesu, yang rindu menjadi lebih sayu.
Ayah atau Abang Hae figura penting dalam komuniti gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Macam penghulu tetapi tanpa tauliah. Pejuang masyarakat, pembela rakyat yang melarat.
Orang macam Ayah tidak mendapat simpati pihak berkuasa sebab usahanya menggalakkan gelandangan. Mereka dikatakan jadi malas untuk keluar dari kelompok ini sebab selalu diberi bantuan makanan.
Ayah sebenarnya perantara golongan gelandangan ini dengan NGO yang mahu menyalurkan bantuan kerana Ayah faham sasaran yang betul-betul memerlukan.
Pihak berkuasa menjenguk kawasan ini apabila ada laporan bahawa golongan penghuni lorong mengganggu ketenteraman awam.
Tetapi ramai yang tidak tahu berapa yang lapar atau yang sakit, yang kehilangan keluarga, ditinggal begitu sahaja untuk “survive” sendirian.
Melihat jadual harian Ayah boleh membuat mata kita bergenang. Bukan sahaja menguruskan makan- minum mereka tetapi sehingga urusan bersalin ibu-ibu yang turut menjadi penghuni lorong-lorong di Chow Kit.
Dahulu Chow Kit jadi sarang penagih dadah dan pelacuran. Kini komunitinya meluas menjadi penempatan keluarga yang melarat, tidak mampu menyewa tempat tinggal, dan tiada kerja tetap.
Cuba turun padang dan lihat sendiri apa yang dilakukan mereka seperti Ayah. Barulah para pembuat dasar dapat gambaran jelas. Jangan hanya melaksanakan tugas penguatkuasaan sahaja.
Setiap hari “roll call”, Ayah memanggil nama-nama yang akan dihantar bekerja di tempat yang memerlukan. Walaupun ia cuma bersifat “odd job” tetapi ia cukup membantu.
Ayah bukan kerja bermusim. Beliau juga tidak ada agenda tersembunyi. Jadual kerjanya juga tidak menentu. Kadangkala dari subuh ke subuh.
Bulan lepas, Ayah sakit dan dimasukkan ke hospital. Anak-anak Ayah panik sebab Ayah tidak muncul berapa hari. Setelah muncul selepas tiga hari ‘hilang’, perkataan pertama terucap ialah “Ayah,kami lapar.”
Jangan biarkan mereka terus lapar. Ayah sendiri kelihatan semakin lelah. Tiap penghujung hari Ayah selalu berdoa agar diberi kesihatan untuk membolehkan dia terus membantu para penghuni lorong Chow Kit.
Jangan jadikan senario komuniti Lorong Chow Kit ini sebagai “content” sosial media tanpa peduli tanggungjawab sosial. Atau yang lebih hina lagi menjadi modal meraih populariti.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/mana-ayah-kami-lapar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jay Nazif Ayah Chord

Jay Nazif Ayah Chord

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 185 hits
Bm F m G D Em Bm C m F Bm F m Hatiku rindu kepadamu G D Bila kau tiada di hariku B Em Entah tiba tiba F G Air mataku F mengalir di pipiku F Bm Bila ku rindu F m G D Em Bm C m F Bm F m Semangat hidupku berubah G D Bila kau tiada disisiku Bm ...
Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat Bahaya

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat Bahaya

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 271 hits
Kita merasakan anak demam adalah perkara biasa Walhal demam itulah petanda aras masalah kesihatan anak kita Jangan sekali kali dibiarkan tanpa ubat Menurut perkongsian kes yang melibatkan virus influenza terutama kepada bayi hingga kanak ka...
Pakai Sebilah Parang Anak Habisi Ayah Kandungnya Dengan Cara Sadis

Pakai Sebilah Parang Anak Habisi Ayah Kandungnya Dengan Cara Sadis

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 298 hits
Warga bernama Juang baru pulang dari masjid dan mendengar ada suara ribut ribut Karena merasa penasaran Juang mendatangi rumah korban Oktariman Setelah sampai dia melihat pelaku MF sedang menarik kaki korban yang sudah tak bergerak
Abang Buang Ayah Strok Tinggalkan Di Rumah Adik Tanpa Beritahu Undang Kritikan Ramai

Abang Buang Ayah Strok Tinggalkan Di Rumah Adik Tanpa Beritahu Undang Kritikan Ramai

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 231 hits
Seperti yang kita tahu ibu bapalah insan yang melahirkan kita ke dunia ini membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang dengan harapan anak mereka dapat menjadi seorang insan yang berguna kelak Pengorbanan ibu bapa janganlah kita abaikan ke...
Kalau Seminggu Ayah Tak Balik Terus Call Polis Mesej Terakhir Bapa Sebelum Dibunuh Bomoh Tarik Duit

Kalau Seminggu Ayah Tak Balik Terus Call Polis Mesej Terakhir Bapa Sebelum Dibunuh Bomoh Tarik Duit

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 219 hits
Seorang lelaki membuat laporan polis berhubung kehilangan bapanya yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 24 Mac 2023 Berdasarkan mesej terakhir yang dihantar kepada ahli keluarga mangsa dipercayai berada di Banjarnegara Ayah di rumah Mb...
Menderita Sejak Ayah Meninggal Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf

Menderita Sejak Ayah Meninggal Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 200 hits
Terdahulu Siti Norhidayah atau mesra disapa sebagai Dayah yang merupakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey telah memuatnaik sebuah video berkongsi tentang dia dan anak lelakinya Syed Uthman Hamzah Al Juffrey berdepan dengan ganggua...
Keadilan Langgar Quran Hj Hadi Rujuk Dalil Mana

Keadilan Langgar Quran Hj Hadi Rujuk Dalil Mana

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 235 hits
KEADILAN langgar Quran Hj Hadi rujuk dalil mana Posted By on March 21 2023Tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang yang cuba menggambarkan KEADILAN melanggar al Quran membingungkan rakyat kerana kabur dan tidak merujuk mana mana bahagian pelangga...
Mana Hati Budi Saya Ada Anak Kecil Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita Berkait Dengan Saman Rm60k

Mana Hati Budi Saya Ada Anak Kecil Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita Berkait Dengan Saman Rm60k

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 268 hits
Baru baru ini di Melodi pelawak sensasi Ali Puteh meluahkan rasa terkejut setelah menerima notis daripada pihak mahkamah bahawa rumah arwah ibunya yang terletak di Gombak Selangor bakal disita Menurut Ali dia berasa hairan kenapa perlu sita...
Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak Anak

Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 310 hits
Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak AnakAssalamualaikum Hi korang Selamat petang Selamat berpuasa semua Petang ni KakYa nak sembang sikit dengan Ibu ayah mengenai pembelajaran anak anak Sebelum ni KakYa memang risau sangat bila Akif...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag