Menderita Sejak Ayah Meninggal Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf


Terdahulu, Siti Norhidayah atau mesra disapa sebagai Dayah yang merupakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey telah memuatnaik sebuah video berkongsi tentang dia dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan dengan gangguan sihir. Menurutnya, perkara ini bermula sejak suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lepas.
Di dalam videonya juga, Dayah bertanya kepada orang ramai sekiranya mempunyai informasi tentang pakar perubatan Islam yang boleh membantu mereka.
 
View this post on Instagram  
A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)
“Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang dayah & hamzah disihir & ganguan mistik.”
Pakcik sedih tengok keadaan anak saudara
Menerusi akaun Facebook Mohd Azmier Zmier yang merupakan abang kepada Dayah telah meruntun hati ramai orang apabila dia berkongsi tentang keadaan anak saudaranya, Hamzah.
Sumber foto: Instagram hidayah_hamzahh Menurut Mohd Azmier, dia sedih melihat keadaan Hamzah yang tidak larat untuk memegang sudu semasa makan kerana menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau (individu hantar sihir) buat anak ayahjang.”

Tak boleh tidur lena, asyik menangis
Tambahnya lagi, Hamzah banyak menderita sejak pemergian Abam Bocey meninggal dunia ketika dia masih bayi sehingga menginjak usia 4 tahun.
Hamzah sering diganggu pada setiap malam dan membuatkan dia sukar tidur dan asyik menangis.
Sumber foto: Instagram hidayah_hamzahh “Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.”
Sistem urat saraf rosak!
Angkara sihir yang dihantar oleh individu tersebut, anak saudaranya menanggung sakit yang menyebabkan sistem urat saraf dalaman Hamzah rosak.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah. Apa ucuk aku buat pasal kau!
Sumber foto: Instagram hidayah_hamzahh Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku.”
Baca Juga:
Raja Ilya Kongsi Video Gelagat Talita Nak Turun Dari Stroller, Warganet Terhibur. Punyalah Comel!
Bagusnya Ardell! Cium Urwa Penuh Kasih Sayang, Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir
Termenung Je! Comel Betul Gaya Alisa Bangun Sahur, Abang Yusuf Pun Ada Temankan Dia!
Nyawa-nyawa ikan, mulut berbuih!
Bertambah sedih dan kasihan apabila dia melihat sendiri bagaimana perbuatan syirik tersebut membuatkan anak saudaranya seperti nyawa-nyaa ikan sehingga mulut berbuih.
“Ni aku dah tak boleh tahan dengan kau, kau sanggup buat pada budak memang kau tak ada telor! Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.
Budak bukan lawan kau! Mari sini kau, berlawan dengan aku! Apa kau nak sebenarnya ya penyihir! Allah bersamaku, kau bermain dengan syaitan.”
Sumber foto: Instagram hidayah_hamzahh Sebagai seorang pakcik, sudah tentu hatinya sakit apabila melihat sendiri penderitaan yang ditanggung oleh anak saudaranya itu. Mohd Azmier tetap mahu berikhtiar untuk membantu Hamzah kembali sihat dan pulih dari sihir.
“Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam orang biasa. Orang yang sihir anak ayahjang ini akan terima balasan Allah.”
Didoakan semoga Dayah dan keluarga terus kuat untuk melalui ujian ini. Tiada lain yang yang menjadi harapan melainkan untuk melihat Hamzah kembali pulih seperti sedia kala.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post “Menderita Sejak Ayah Meninggal.” Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah, Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menderita-sejak-ayah-meninggal-abang-dayah-kongsi-keadaan-hamzah-tangan-tak-kuat-sebab-masalah-saraf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Disihir Sejak Bayi Lagi Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak Kata Hidayah

Hamzah Disihir Sejak Bayi Lagi Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak Kata Hidayah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 264 hits
nbsp Sebelum ini Siti Norhidayah balu Allahyarham Abam Bocey telah memohon bantuan orang ramai untuk mencari pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa dirinya dan anak tunggalnya Syed Uthman Hamzah terkena sihir sejak suami...
Persaraan Haha Kongsi Masalah Yang Membelenggunya Kini

Persaraan Haha Kongsi Masalah Yang Membelenggunya Kini

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 251 hits
Siapa yang menonton siaran langsung Twitch Haha pastinya tahu bahawa dia rajin bersembang bersama pengikutnya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru ahli Running Man itu telah memuat naik sebuah video bertajuk Saya Mahu Memberitahu Awak Sesuatu Selepas ...
Tetap Nak Minta Duit Raya Juga Sakit Lama Baby Keluar Tangan Dulu Ds Shahida Kongsi Detik Bersalin Anak Ke 6

Tetap Nak Minta Duit Raya Juga Sakit Lama Baby Keluar Tangan Dulu Ds Shahida Kongsi Detik Bersalin Anak Ke 6

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 539 hits
Syukur ke hadrat Ilahi kerana Datin Sri Nur Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata keenamnya semalam Menerusi hantaran di laman Instagram Datin Shahida ada berkongsi video detik detik ketika beliau mengalami kontraksi sehingga seluruh...
Terpaksa Gelak Palsu Bila Bekerja Haha Kongsi Perasaan Ketika Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

Terpaksa Gelak Palsu Bila Bekerja Haha Kongsi Perasaan Ketika Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 202 hits
Selalunya hanya di YouTube namun Haha sekeluarga memilih untuk menyertai rancangan realiti Haha Bus ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod pertamanya Haha dan Byul berkongsi cerita mengenai keadaan anak bongsu Song yang melawan sindrom Guillain Bar...
Alhahmdulillah Untuk Semua Doa Kamal Adli Semakin Kvrus Uqasha Senrose Kongsi Keadaan Terkini Suami

Alhahmdulillah Untuk Semua Doa Kamal Adli Semakin Kvrus Uqasha Senrose Kongsi Keadaan Terkini Suami

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 305 hits
Pelakon Uqasha Senrose memuat naik perkembangan terkini tah4p kesihatan suaminya Kamal Adli selepas kejadian dipvkvl di Singapura pada bulan lalu Uqasha berkongsi perkara tersebut ke laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur dengan kes...
Saya Ayah Sering Gaduh Suga Kongsi Reaksi Keluarga Selepas Bts Popular Seluruh Dunia

Saya Ayah Sering Gaduh Suga Kongsi Reaksi Keluarga Selepas Bts Popular Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 263 hits
Sebagai seorang idola yang dikenali ramai Suga dan Ji min pastinya mempunyai pelbagai perkara yang ingin mereka luahkan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Suga dan Ji min telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae suk DdeunDdeun di ma...
Kami Tak Bercakap Cha Jooyoung Kongsi Reaksi Ayah Lihat Babak Seksual Dalam The Glory

Kami Tak Bercakap Cha Jooyoung Kongsi Reaksi Ayah Lihat Babak Seksual Dalam The Glory

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 244 hits
Bukan mudah perjalanan karier Cha Joo young sebagai pelakon ini kerana cita citanya itu sebenarnya mendapat tentangan ibu bapa hingga kini ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Point Of Omniscient Interference wanita itu sempat berkongsi s...
Air Tangan Bos Wawa Aeril Zafrel Kongsi Rezeki Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Ramadan

Air Tangan Bos Wawa Aeril Zafrel Kongsi Rezeki Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 148 hits
Kesempatan di bulan puasa yang mulia ini pasangan selebriti popular Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di wawacosmeticsmalaysia Wawa ...
Asmirandah Berduka Ayah Tercinta Meninggal Dunia

Asmirandah Berduka Ayah Tercinta Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 190 hits
Kabar duka datang dari artis cantik Asmirandah Sang ayah M Farmidji Zantman telah menghembuskan napas terakhirnya Simak ulasan lengkapnya berikut ini
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas