Mampukah Ku Li Kalih Nenggiri


 

Pada usia 87 tahun, Tengku Razaleigh Hamzah sehingga pertengahan bulan lalu mengakui hanya mahu berehat. Ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gua Musang pada 13 Julai, ketua Umno Gua Musang itu berkongsi bahawa hasratnya ialah untuk menyampaikan ucapan akhir pada persidangan berkenaan.

Barangkali sudah sampai masa merehatkan kerusi tempat saya duduk untuk diambil alih orang muda yang pintar dengan pemikiran lebih cocok memimpin generasi baharu, kata Ku Li yang kali pertama tewas kerusi Parlimen Gua Musang kepada ‘giant killer’ Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu dalam PRU15 pada 9 Nov 2022. Ku Li (21,663) tewas dengan majoriti 163 undi kepada Azizi (21,826) dalam pertandingan empat penjuru yang turut disertai calon PKR dan Pejuang.
Kerana Azizi, Ku Li tidak lagi bergelar Ahli Parlimen yang disandangnya bagi kerusi Ulu Kelantan selama tiga penggal dari 1974 hingga 1986 dan kemudian kerusi Gua Musang selama lapan penggal dari 1986 hingga 2022 atau 48 tahun selaku Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat.

Kini gara-gara Azizi juga — kerusi DUN Nenggiri miliknya pada PRN 2023 diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu selepas digugurkan keahlian Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim — Ku Li terpaksa terus bekerja buat beberapa ketika
lagi.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Azizi menang dengan majoriti 810 undi. Beliau memperoleh 6,517 undi berbanding calon BN Ab Aziz Yusoff yang mendapat 5,707 undi.

Apakan daya ada PRK dan saya diberi tugas menjadi pengarah PRK Nenggiri, kata Ku Li yang rehatnya tertangguh selepas pelantikannya sebagai pengarah bagi PRK itu dan Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub selaku pengarah operasi dimumkan Presiden Umno Zahid Hamidi pada 29 Jun lalu.

Mudah-mudahan kombinasi ini (Tengku Razaleigh dan Jazlan) dapat beri kemenangan kepada kita di Nenggiri, katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.
Bukan kecil harapan disandarkan kepada Ku Li. Di samping yakin DUN Nenggiri akan kekal sebagai kubu kuat BN bawah kepimpinannya, Zahid turut percaya calon ditawarkan – Ketua Pemuda Umno Kelantan dan Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang juga anak tempatan — mampu memenuhi selera pengundi setempat khususnya anak muda, apatah lagi majoriti 20,2595 pengundi berdaftar di Nenggiri berusia 40 tahun ke bawah. Perikatan Nasional (PN) diwakili bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail.

Insya-Allah bawah kepimpinan Ku Li kita yakin pendukung Umno dan BN akan terus beri sokongan kepada calon yang telah dicadangkan oleh pimpinan bahagian dan BN di pusat, kata Zahid pada sidang media selepas proses penamaan calon di Gua Musang pada 3 Ogos.
Tidak terkecuali menyatakan keyakinan terhadap pengaruh besar Ku Li untuk memenangkan calon BN ialah Khairy Jamaluddin – bekas ketua Pemuda Umno yang tampil antara pengkritik paling lantang terhadap parti itu dan kepimpinan Zahid sejak pemecatannya dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 28 Jan 2023.

Saya difahamkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor, Orang Asli yang pertama dipilih menjadi Ahli Parlimen, sekarang timbalan speaker Dewan Rakyat ditugaskan berkampung di pos-pos Nenggiri. Ini supaya dapat menaikkan sokongan dalam kalangan Orang Asli (13% pengundi Nenggiri) terhadap calon BN, katanya dalam audio siar Keluar Sekejap bersama bekas ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, kelmarin.
KJ berkata faktor kemenangan lain adalah pengundi di DUN Nenggiri juga tidak akan terkeliru mengenai calon ditampilkan adalah daripada BN di samping strategi BN mengatakan pentadbiran kerajaan persekutuan daripada mereka kepada masyarakat Orang Asli.
“Orang di Nenggiri ini dia tidak akan nampak bahawa ini Pakatan Harapan. Dia tidak akan terkeliru sebab arahan daripada Ku Li. Sekiranya BN menang, ia sudah pasti akan memberi sedikit berita gembira kepada BN sebab selama ini kecundang dalam beberapa PRK terutama bila cuba nak menawan kawasan yang kalah pada pilihan raya lepas.

Saya rasa kita akan lihat ‘flip’ (kalih) pertama pada PRK Nenggiri, pengaruh Ku Li besar, tambahnya.
Ku Li sendiri di sebalik kepinginkan rehatnya, melihat kedatangan PRK Nenggiri memberinya semangat baharu dengan menganggap ia misi wajib menang bagi menebus kembali kekalahan pada PRU15.

Misi kita adalah wajib menang di Gua Musang. Kita tahu kalah menang semuanya di tangan tuhan tetapi kita mesti bekerja keras untuk membolehkan kita mendapat kemenangan seperti dulu. Jika berjaya memenangi DUN Nenggiri, insya-Allah kita boleh tebus kembali kekalahan di tempat lain juga selepas ini, katanya.
Dengan kepimpinan dan ketokohan pemimpin muda, Ku Li yakin parti itu mampu mencipta kemenangan dan merampas DUN berkenaan daripada Bersatu. 
Kita rasa orang muda patut ambil bahagian dalam PRK ini. Kita yakin keputusan ini tepat kerana 62.5% pengundi di DUN Nenggiri terdiri daripada golongan muda, katanya.
Cuma, kempen PRK kali ini dirasakan sedikit hambar tanpa aksi jawab-menjawab di pentas ceramah berlawanan. Ini berikutan keputusan Umno supaya jentera pilihan rayanya tidak fokus kepada ceramah mega dan ceramah umum seperti beberapa siri PRK lalu.
“Kita tidak mahu fokus kepada ceramah umum dan kali ini tumpuan kita adalah sasaran berkelompok pengundi. Sebab itu, kita akan kenal pasti ahli dan penyokong kita. Kita ada penyokong antara BN dan PH agar semua jentera dapat menumpukan kepada semua pengundi di Nenggiri tanpa tertinggal
walaupun seorang,” kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki sambil menambah semua parti dalam kerajaan perpaduan akan bekerjasama menggerakkan jentera kempen agar berjalan lancar.

Semua yang ada (dalam kerajaan perpaduan) akan turun. Tidak timbul (boikot) sebab semangat BN-PH ini bukan apabila ketika PRK sahaja, semua akan rasa tanggungjawab untuk bersama, katanya.
Apa pun kaedah kempen yang jadi pilihan, jentera BN bawah kepimpinan Ku Li boleh diyakini akan berhabis-habisan dalam memenangkan Azmawi yang akan menjadi pemudah cara antara kerajaan perpaduan dan penduduk di DUN Nenggiri.
“Di DUN ini, terdapat sembilan kampung tradisi — lima di bawah Kesedar, satu bawah Felda dan lima bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli. Semuanya memerlukan bantuan kerajaan persekutuan. Oleh itu calon yang mewakili kerajaan persekutuan harus menang untuk memudah dan memantapkan
pembangunan di kawasan ini,” kata Ahli MKT Umno Ahmad Maslan.
Ku Li dengan pengalaman luasnya selain sudah sinonim dengan masyarakat Gua Musang hanya berhak kepada kemenangan calon BN pada 17 Ogos ini sebagai buah tangan perpisahan daripadanya.

Walaupun lutut saya terketar-ketar, lawan tetap lawan, kata Ku Li sebagai membayangkan apa yang boleh dijangkakan lawan terhadap gerak kerja jentera BN bawah kepimpinannya. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/a_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Nenggiri Bermula

Perang Nenggiri Bermula

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 97 hits
Selamba je Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Sanusi Nor menganjing Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi yang menawarkan pelbagai projek kepada penduduk menjelang PRK Nenggiri pada 17 Ogos sebagai gula gula memancing undi ses...
Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 272 hits
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional dan PAS pada 17 Ogos ini BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon me...
Nenggiri By Election Campaign Kicks Off Today

Nenggiri By Election Campaign Kicks Off Today

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 241 hits
The campaign for the Nenggiri state seat by election is set to kick off today with candidate nominations taking place at Dewan Perdana Kompleks Perdana Gua Musang district council Each party or individual intending to contest will be given ...
Pas Tempelak Tawaran Zahid 7 Penggal Di Nenggiri Kenapa Tak Buat

Pas Tempelak Tawaran Zahid 7 Penggal Di Nenggiri Kenapa Tak Buat

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 314 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 2 2024PRK NENGGIRI PAS menempelak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung cubaan memancing undi pengundi di Nenggiri dengan menawarkan pelbagai projek pembangunan Pengarah pilihan raya PN Muhammad Sanusi M...
I Joined Bersatu On Pas S Request Says Pn S Nenggiri Candidate

I Joined Bersatu On Pas S Request Says Pn S Nenggiri Candidate

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 160 hits
Perikatan Nasional s candidate for the Nenggiri by election former PAS member Rizwadi Ismail says he initially declined to be fielded due to the immense responsibility involved According to PAS mouthpiece HarakahDaily Rizwadi said he had as...
480 Ahli Keluar Parti Bersatu Nenggiri Didakwa Lumpuh

480 Ahli Keluar Parti Bersatu Nenggiri Didakwa Lumpuh

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 103 hits
Faiz ZainudinGUA MUSANG Seramai 480 ahli Bersatu di DUN Nenggiri hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno berkuatkuasa hari ini Penyertaan mereka diketuai bekas timbalan ketua Bersatu Gua Musang Che Ariffin Hussin yang disaksika...
Gerakan Turun Padang Bantu Kempen Pn Di Nenggiri

Gerakan Turun Padang Bantu Kempen Pn Di Nenggiri

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 182 hits
harakahdaily netAugust 3 2024Foto RIZAL TAHIRGUA MUSANG Biarpun jumlah pengundi kaum Cina di DUN Nenggiri hanya 0 2 peratus namun Gerakan tetap turun padang bagi membantu kempen calon PERIKATAN NASIONAL Presiden Parti Gerakan Dato Dr Domini...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign