Mama Risau Kandungan Dah Overdue Doktor Terangkan 6 Tips Yang Boleh Mama Lakukan Untuk Cetuskan Kelahiran


Tentu ada ibu yang anak pertama overdue dan bimbang kandungan kedua juga overdue dan perlu indius. Apakah sebenarnya penyebab kandungan menjadi overdue, risiko kepada bayi? Apakah yang boleh lakukan ibu cetuskan kelahiran apabila sudah tiba tarikh jangkaan?
Menurut Dr Maiza Binti Tusimin, Ketua Jabatan / Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra MalaysiaTempoh normal kehamilan adalah  di antara 37 hingga 42 minggu, juga dikenali sebagai tempoh matang kehamilan.
Manakala kehamilan yang melewati tempoh 42 minggu pula diklasifikasikan sebagai kehamilan postmatang ; postterm pregnancy atau dalam bahasa mudah, overdue.

HANYA 4% WANITA BERSALIN PADA TARIKH JANGKAAN
Menurut data klinikal, hanya 4% (1 dari 20) wanita akan bersalin pada tarikh jangkaan bersalin mereka dan sebanyak  10% wanita akan mengalami kelahiran postmatang. Penetapan tarikh bersalin adalah amat penting bagi menentukan sama ada ibu hamil benar-benar postmatang.
Penetapan tarikh kelahiran secara tepat perlu dilakukan pada usia awal kehamilan dengan  menggunakan tarikh hari pertama haid yang terakhir berdasarkan pengiraan peraturan Naegele’s dan juga menjalani  ujian imbasan ultrasound awal (dating scan).
PENYEBAB KANDUNGAN POSTMATANG
Dalam kebanyakan kes, penyebab kepada  kehamilan postmatang adalah tidak diketahui. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang meletakkan ibu hamil dalam kategori berisiko tinggi untuk kehamilan postmatang iaitu :
Kehamilan pertama Ibu yang mempunyai sejarah kehamilan postmatang sebelumnya Faktor genetik juga boleh memainkan peranan. Satu kajian menunjukkan peningkatan risiko kehamilan postmatang pada wanita yang sendiri lahir  sebagai bayi postmatang!
4 RISIKO KANDUNGAN POSTMATANG
Risiko kelahiran postmatang yang paling mencemaskan bakal ibu adalah risiko kematian bayi di dalam kandungan.
Insiden kematian bayi meningkat pada kehamilan yang berterusan melebihi 42 minggu. Walau bagaimanapun, risiko ini agak kecil, dengan hanya 4 hingga 7 kematian bagi setiap 1000 kelahiran (berbanding 2 hingga 3 kematian bagi setiap 1000 kelahiran untuk kehamilan normal). Risiko yang lain ialah termasuk;

#1: SAIZ BADAN BAYI BESAR
Bayi postmatang mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengalami komplikasi yang berkaitan dengan saiz badan yang lebih besar (makrosomia); yang ditakrifkan sebagai seberat melebihi daripada 4kg. Ini berkait rapat dengan komplikasi trauma kelahiran pada bayi (distosia bahu)
#2: ‘POSTMATURITY SYNDROME’
Keadaan ini merujuk kepada janin yang pertumbuhannya dalam rahim ibu terbantut selepas tarikh jangkaan, lazimnya disebabkan oleh masalah dengan pengaliran darah ke janin melalui plasenta.
#3: SINDROM ASPIRASI MEKONIUM
Ia lebih dikenali sebagai keadaan di mana bayi ‘tertelan najis’. Lebih banyak hari postmatang, bayi lebih cenderung untuk mengalami sindrom ini yang boleh menyebabkan masalah pernafasan apabila bayi dilahirkan.
#4: RISIKO KEPADA IBU
Risiko kepada ibu termasuk masalah ketika kelahiran, kecederaan pada perineum dan juga peningkatan  kadar kelahiran caesarean.

APA YANG PAKAR PERBIDANAN BOLEH LAKUKAN UNTUK IBU?
Apabila ibu melewati usia kandungan 40 minggu, ibu perlu memantau pergerakan bayi melalui FKC (sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam), menghadiri lawatan susulan antenatal setiap minggu dan segera ke hospital sekiranya pergerakan bayi kurang memuaskan atau pecah air ketuban.
Kandungan air ketuban dan degupan jantung bayi akan dipantau pada setiap lawatan susulan antenatal. Polisi kebanyakan hospital  untuk kehamilan postmatang adalah untuk melakukan prosedur ‘induce’ atau memaksa kelahiran pada minggu ke 41 atau paling lewat pada usia kandungan 41 minggu 2 hari. Hospital tidak akan  sesekali membenarkan kehamilan melebihi 42 minggu kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi dalam kandungan.

6 TIPS UNTUK IBU HAMIL POSTMATANG
Sentiasa aktif bergerak dan tidak hanya berbaring sahaja. Lakukan senaman mudah dan tidak membahayakan seperti berjalan, yoga atau senaman Kegel . Sentiasa peka dan pantau pergerakan bayi. Jangan takut untuk menjalani hubungan intim! (Kajian klinikal menunjukkan air mani suami mengandungi prostaglandin yang menyebabkan kontraksi dan mencetuskan proses kelahiran) Bertenang kerana stres menyebabkan badan ibu lebih tidak bersedia untuk bersalin. Amalkan doa & zikir. The post Mama Risau Kandungan Dah Overdue? Doktor Terangkan 6 Tips Yang Boleh Mama Lakukan Untuk Cetuskan Kelahiran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/mama-risau-kandungan-dah-overdue-doktor-terangkan-6-tips-yang-boleh-mama-lakukan-untuk-cetuskan-kelahiran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 572 hits
Mahu anak kembar Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami ister...
Elak Urutan Tradisional Untuk Naikkan Uri Ketika Hamil Risiko Pendarahan Boleh Menyebabkan Bayi Maut Dalam Kandungan

Elak Urutan Tradisional Untuk Naikkan Uri Ketika Hamil Risiko Pendarahan Boleh Menyebabkan Bayi Maut Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 581 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Almy Nadia Risau Kandungan Songsang Kalau Tak Berubah Kedudukan Pada Minggu Ke 37 Kena Bersalin Caeser

Almy Nadia Risau Kandungan Songsang Kalau Tak Berubah Kedudukan Pada Minggu Ke 37 Kena Bersalin Caeser

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 332 hits
Aktres Almy Nadia risau akan kandungannya yang kini berusia 36 minggu 3 hari berada dalam keadaan songsang Katanya kalau tak berubah kedudukannya dalam masa seminggu ini doktor akan cadangkan bersalin secara pembedahan caesarean Kandungan i...
Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Mama Buat Semasa Menyediakan Makanan Anak Wajib Tahu

Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Mama Buat Semasa Menyediakan Makanan Anak Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 511 hits
Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel Ada beberapa perkara yang perlu dibe...
Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 566 hits
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak Menangis mengamuk dan meronta ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon Pening dibu...
Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan

Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 491 hits
Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak BentanJaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan
Adoii Doktor Mabuk Lakukan Pembedahan Caesarean

Adoii Doktor Mabuk Lakukan Pembedahan Caesarean

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 233 hits
Seorang doktor di Gujarat melakukan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk Gambar Hiasan GUJARAT INDIA Pihak polis India menahan seorang doktor di Gujarat yang dipercayai melakukan pembedahan Caesarean ke atas seorang wanita hamil ketika ...
Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal

Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 413 hits
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita Dengan perut yang semakin membesar kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan Timbul juga kebimbangan apabila melihat kaki semakin membesar adakah ini berbahaya Menurut Pegawai Perubatan...
Lipstik Boleh Gelapkan Warna Semulajadi Bibir Ikuti 5 Tips Ini

Lipstik Boleh Gelapkan Warna Semulajadi Bibir Ikuti 5 Tips Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 388 hits
Wanita memang suka lipstik Kalau dikata tak suka bermekap paling tidak mesti nak letakkan lipstik atau gincu pada bibir betul tak Heh bukan setakat wanita je suka lipstik budak kecil macam anak saya si Najmi pun suka lipstik ni Haha anak an...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang