Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal


Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Timbul juga kebimbangan apabila melihat kaki semakin membesar, adakah ini berbahaya?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.
Beliau mengupas tentang isu ini secara terperinci. Walau pun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?
Ikuti perkongsian daripada beliau ini;
KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL – BAHAYA KE? Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.

PUNCA Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.
Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
TIP MENGURANGKAN BENGKAK PADA KAKI SEMASA HAMIL Tips untuk mengurangkan bengkak pada kaki
#1: MINUM AIR MENCUKUPI Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.
#2: TINGGIKAN KAKI SEMASA BARING Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.
#3: MENGIRING KE KIRI Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.

#4: BANYAKKAN PERGERAKAN  Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
#6: COMPRESSION STOCKINGS Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
#7: KASUT YANG SELESA Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!
Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia  boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome – penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
KAKI BENGKAK SEBELAH ADALAH TIDAK NORMAL! Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. macam mana?

TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
DEEP VEIN THROMBOSIS Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.
CELLULITIS Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga ( tanpa kita sedari ) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.
Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan
 
The post Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini. Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kaki-bengkak-masa-hamil-boleh-dikawal-dengan-7-tips-ini-tapi-kalau-bengkak-sebelah-itu-tidak-normal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1130 hits
Masa mengandung ni kaki bengkak tu agak biasa Ramai yang pernah mengalaminya Tapi pernah tak terfikir kenapa kaki boleh bengkak masa pregnant ni Masa pregnant especially masa baby dah agak besar rahim yang besar itu akan menekan organ organ...
Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 392 hits
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini Rasa kejang di kaki memang ...
Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 533 hits
Denggi adalah wabak berbahaya apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan atau kematian janin dal...
Nak Hamil Anak Pertama Tiada Masalah Tapi Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ini Tips Pakar

Nak Hamil Anak Pertama Tiada Masalah Tapi Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ini Tips Pakar

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 496 hits
Kesukaran untuk anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan Anak pertama berupaya hamil dengan mudah tetapi bila anak kedua ketiga atau seterusnya mama jadi sukar untuk hamil Kenapa ye Ada yang mengadu kitaran haid tidak ...
Sukar Bernafas Penat Tekanan Darah Rendah Boleh Jadi Degupan Jantung Tak Menentu Masa Hamil

Sukar Bernafas Penat Tekanan Darah Rendah Boleh Jadi Degupan Jantung Tak Menentu Masa Hamil

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 428 hits
Degupan jantung yang tidak menentu disebut dalam bahasa perubatan sebagai arrhythmia adalah keadaan yang sering berlaku ketika hamil Dianggarkan 50 peratus wanita yang hamil mengalami masalah degupan jantung yang tidak menentu Masalah ini b...
Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

Ibu Hamil Lagi Awal Buka Buku Pink Lagi Baik Jangan Anggap Leceh Tapi Fikir Untuk Diri Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 584 hits
Masih ada lagi ibu yang baru disahkan hamil seolah olah tak berapa kisah nak buka buku pink awal sebagai persediaan untuk buat pemeriksaan doktor ikut prosedur Alasannya kandungan masih baru malas nak menunggu lama di klinik dan sebagainya ...
Masa Anak Bayi Tak Perlu Pakai Berus Lap Guna Kain Je Doktor Gigi Kongsi 5 Tips

Masa Anak Bayi Tak Perlu Pakai Berus Lap Guna Kain Je Doktor Gigi Kongsi 5 Tips

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 654 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
Khasiat Tersembunyi Daun Rambutan Yang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya Boleh Hilangkan Uban Dalam Masa Yang Singkat

Khasiat Tersembunyi Daun Rambutan Yang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya Boleh Hilangkan Uban Dalam Masa Yang Singkat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 439 hits
Yang pastinya seseorang yang beruban akan hilang keyakinan diri Di mana mereka bakal berasa kurang selesa dengan kewujudan rambut beruban di kepala mereka hingga terpaksa menutupinya dengan topi atau mewarnakan rambut mereka supaya uban ter...
Mama Risau Kandungan Dah Overdue Doktor Terangkan 6 Tips Yang Boleh Mama Lakukan Untuk Cetuskan Kelahiran

Mama Risau Kandungan Dah Overdue Doktor Terangkan 6 Tips Yang Boleh Mama Lakukan Untuk Cetuskan Kelahiran

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 436 hits
Tentu ada ibu yang anak pertama overdue dan bimbang kandungan kedua juga overdue dan perlu indius Apakah sebenarnya penyebab kandungan menjadi overdue risiko kepada bayi Apakah yang boleh lakukan ibu cetuskan kelahiran apabila sudah tiba ta...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord