Malu Perut Menggeleber Buncit Lepas Bersalin Lakukan Cara Ni Tanpa Mudaratkan Diri


Masalah perut menggeleber selepas bersalin tidak mungkin dapat dielakkan selepas bersalin, sungguhpun sesetengah wanita tidak menambah banyak berat badan ketika mengandung.
Menurut BabyCenter, perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan, di mana rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin.

Terdapat beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk membantu mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya dengan efisyen.

1. MENYUSU BADAN Seperti yang kita tahu, ada banyak manfaat penyusuan badan dari segi nutrisi yang dibekalkan kepada bayi. Namun, tahukah anda bahawa penyusuan badan juga membakar kalori tubuh ibu mengandung?
Menurut majalah Women’s Health, proses menyusu badan boleh membakar sekitar 300-500 kalori setiap hari.
2. MINUM AIR KOSONG DENGAN BANYAK Minumlah air kosong yang mencukupi, terutamanya jika anda menyusukan bayi. Air kosong bukan saja baik untuk kulit, tetapi ia juga boleh membantu menyingkirkan toksin serta membantu mengekalkan keanjalan kulit.

3. SENAMAN BERIMPAK RENDAH Selepas selesai tempoh berpantang, anda boleh memulakan sesi senaman berimpak rendah. Antaranya berjalan atau melakukan senaman lantai. Senaman berimpak rendah ini bukan saja membantu anda membakar lebihan lemak, tetapi ia turut mengurangkan masalah yang selalu berlaku selepas bersalin seperti sakit belakang, kekejangan kaki, atau lenguh badan.
Jika anda suka bersukan dan ingin melakukan aktiviti yang lebih aktif, dapatkan kepastian daripada doktor anda.
4. BERSIAR-SIAR BERSAMA BAYI Menguruskan bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kita seringkali rasa kesempitan masa sehingga ia boleh menyebabkan stres.
Bawalah bayi bersiar-siar di halaman rumah dan hiruplah udara segar setiap pagi. Mendukung atau menolak bayi di dalam stroller juga boleh membantu anda kekal aktif. Malah, secara tidak langsung dapat juga mengurangkan stres serta merapatkan hubungan ibu dan anak.
5. BERBENGKUNG Berbengkung adalah salah satu amalan masyarakat kita untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin. Sebenarnya, ia juga diamalkan dalam sesetengah budaya masyarakat lain.
Selain mengempiskan perut bengkung yang sesuai dipercayai dapat membantu memberi postur tubuh yang baik selain mengecutkan rahim bengkak serta merapatkan faraj. Tapi, jika anda bersalin secara Caesar, pastikan anda memilih bengkung khusus dan dapatkan kepastian doktor untuk menggunakannya.
6. PILIH MAKANAN BERKHASIAT Pengambilan makanan yang berzat dan kaya dengan nutrisi adalah amat penting untuk mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya.
Sungguhpun anda tidak berkelapangan seperti sebelum ini, pastikan anda memenuhi keperluan diet harian. Paling penting, elakkan daripada selalu memakan makanan segera, berlemak, bergoreng serta minuman manis. Semua makanan tidak berkhasiat ini boleh memperlahankan proses mengempiskan perut.

7. JANGAN TERLALU MENYEKSA DIRI Ingatkan diri bahawa tubuh anda mengambil masa 9 bulan untuk mengandungkan bayi. Oleh itu, ia juga memerlukan masa yang hampir sama untuk kembali kepada bentuk asalnya.
Jadi, sentiasalah berfikiran positif dan jangan cepat berasa putus asa atau kecewa apabila melihat tubuh anda dalam cermin.
SABAR ADALAH KUNCINYA Kesabaran adalah kuncinya untuk anda mengatasi masalah perut menggeleber selepas bersalin. Jangan terlalu memikirkan tentangnya. Manfaatkanlah masa cuti bersalin anda dengan berehat, menguruskan diri, dan bonding bersama bayi.
Sumber: zuriat.my
The post Malu Perut Menggeleber & Buncit Lepas Bersalin. Lakukan Cara Ni Tanpa Mudaratkan Diri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/malu-perut-menggeleber-buncit-lepas-bersalin-lakukan-cara-ni-tanpa-mudaratkan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 508 hits
Sesuai untuk ibu yang risau perut geleber selepas bersalin Tips untuk kempiskan perut bagi ibu yang bersalin caesar mahupun normal Untuk yang perut buncit pun boleh Credit FB Nana FarhannaBaca penerangan melalui turutan gambar di bawah Klik...
Perut Buncit Ingatkan Gemuk Yatt Tak Sedar Diri Hamil Lagi Harap Kali Ini Baby Boy

Perut Buncit Ingatkan Gemuk Yatt Tak Sedar Diri Hamil Lagi Harap Kali Ini Baby Boy

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 521 hits
Rezeki anak menjadi milik Yatt Hamzah Sementelah dia sedang menyusu langsung tidak menyedari diri sedang hamil Yang disangkanya ialah simptom perut membuncit kerana kenaikan berat badan atau kegemukan Yatt yang kini sedang hamil 12 minggu a...
Sejumlah Faktor Yang Bisa Menyebabkan Perut Membuncit Dan Cara Mengecilkannya

Sejumlah Faktor Yang Bisa Menyebabkan Perut Membuncit Dan Cara Mengecilkannya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 340 hits
Munculnya lemak perut biasa menjadi penanda bertambahnya berat badan pada diri seseorang Membesarnya bagian perut ini merupakan salah satu hal yang paling mudah dikenali dan ditandai ketika seseorang bertambah berat badan
Uri Lambat Keluar Masa Bersalin Hari Ke 6 Ibu Tumpah Darah Tak Sedarkan Diri

Uri Lambat Keluar Masa Bersalin Hari Ke 6 Ibu Tumpah Darah Tak Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 957 hits
Uri lambat keluar masa bersalin Hari ke 6 ibu tumpah darah sehingga tak sedarkan diri Cemasnya situasi nyawa bagaikan di hujung tanduk adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja Adakalanya kesu...
Buat Sampai Bunyi Burp Sendawakan Bayi Lepas Menyusu Elak Kembung Perut

Buat Sampai Bunyi Burp Sendawakan Bayi Lepas Menyusu Elak Kembung Perut

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 749 hits
Sendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa dan bayi susah disendawakan Ada segelintir tidak mempedulikan kepentingan sendawa pada bayi Jangan culas untuk sendawakan bayi walaupun bayi suda...
7 Cara Mencegah Karyawan Mengundurkan Diri

7 Cara Mencegah Karyawan Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 346 hits
Pasca hari raya lebaran kerap menjadi waktu favorit yang dipilih karyawan untuk mengundurkan diri dari perusahaannya mengingat telah cairnya THR dan banyaknya perusahaan yang membuka lowongan kerja usai lebaran sehingga menjadikan momen ini...
Terduga Pelaku Teror Kartasura Pernah Ajak Orangtua Lakukan Aksi Bom Bunuh Diri

Terduga Pelaku Teror Kartasura Pernah Ajak Orangtua Lakukan Aksi Bom Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 598 hits
Adapun alasan orangtua RA belum melaporkan ke kepolisian lantaran belum yakin bila anaknya bergabung ISIS Kekurangan pengetahuan soal ISIS juga menjadi salah satu kendala
Cara Mendidik Anak Dan Kesalahan Yang Sering Ibubapa Lakukan

Cara Mendidik Anak Dan Kesalahan Yang Sering Ibubapa Lakukan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 469 hits
Perkara paling seronok apabila bergelar ibubapa adalah tatkala hadirnya penyeri hidup dalam keluarga iaitu anak Saat yang ditunggu selama 9 bulan 10 hari akhirnya diterjemahkan dengan lahir nya malaikat kecil yang bergelar anak didunia ini ...
Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Lepas Bersalin Kembali Seperti Anak Dara

Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Lepas Bersalin Kembali Seperti Anak Dara

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 465 hits
Kelihatan cantik menawan memang sesuatu yang menjadi idaman setiap wanita untuk meningkatkan keyakinan diri masing masing namun masalah berat badan sering menjadi halangan utama untuk para wanita untuk tampil menawan Masalah berat badan yan...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis