Malaysia Yakin Raih Potensi Pelaburan Dan Eksport Rm13 Bilion Di Osaka
Malaysia yakin raih potensi pelaburan dan eksport RM13 bilion di Osaka
FOTO HIASAN.
Kuala Lumpur: Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia merancang untuk memanfaatkan jumlah pengunjung yang besar yang dijangkakan sebanyak 28.2 juta pelawat.
Pada 2021, Malaysia mencatatkan perdagangan dan pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Ekspo Dunia Dubai, menarik 5,000 pemimpin perniagaan ke pavilionnya yang mengetengahkan 400 syarikat Malaysia, katanya.
“MITI berbangga dan bertuah untuk menerajui penyertaan Malaysia di ekspo itu.
“Ini memberi peluang unik kepada Malaysia untuk mempamerkan komitmen kita yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan mampan, reformasi perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif di samping memupuk masyarakat yang makmur,” katanya semasa melancarkan penyertaan Malaysia bagi ekspo itu di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan
Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat
Tengku Zafrul berkata Malaysia memilih tema ‘Weaving a Future in Harmony’ untuk mencerminkan komitmen negara terhadap kerjasama, perpaduan dalam kepelbagaian dan kesalinghubungan masyarakat.
Pavilion Malaysia akan mengetengahkan kemajuan dalam pertanian mampan, peralihan tenaga, kehidupan pintar, pembuatan canggih, pengurusan alam sekitar dan pelancongan hijau, katanya.
“Kita mahu menunjukkan cara Malaysia menangani cabaran global secara inovatif untuk menyumbang kepada kesejahteraan bumi ini dan memupuk masa depan yang mampan, harmoni dan saksama untuk semua,” katanya.
Semasa ekspo dari 13 April hingga 13 Oktober 2025 itu, satu siri minggu bertema di tapak, pameran dan dialog akan dianjurkan di pavilion Malaysia untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif.
“Kita berusaha untuk menempa perkongsian ke arah dunia yang lebih mampan dan saksama, disokong oleh dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Rangka Kerja Industri ESG Nasional,” katanya.
Sebanyak 161 negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini.
Malaysia yakin raih potensi pelaburan dan eksport RM13 bilion di Osaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH
Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
My TV Online
Telegram
Twitter
Facebook
Youtube
Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil
The post Malaysia yakin raih potensi pelaburan dan eksport RM13 bilion di Osaka appeared first on My TV ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-tv.online/2024/06/21/malaysia-yakin-raih-potensi-pelaburan-dan-eksport-rm13-bilion-di-osaka/