Negara Anggota D8 Termasuk Malaysia Luluskan Deklarasi Berkaitan Gaza Mohamad Hasan


 

“Deklarasi berkenaan antara lain, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan berterusan Israel di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki, menuntut gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat serta menyokong usaha pemulihan ekonomi dan Gaza selepas pengunduran rejim Israel,”- — –    MOHAMAD hASSAN
Malaysia terus menegaskan pendirian berhubung isu Palestin di platform antarabangsa, selain menggariskan empat perkara utama dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata empat perkara itu ialah meminta negara anggota kumpulan D-8 perlu secara sebulat suara menyokong pelaksanaan gencatan senjata kekal serta menghentikan dana dan bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan dan kependudukan haram rejim Israel.
Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar D-8 di Turkiye, turut menggesa negara kumpulan berkenaan meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat serta tanpa halangan kepada Palestin, selain menubuhkan kerjasama antara D-8 dengan Palestin.
“Malaysia dan negara anggota kumpulan D-8 lain bersama-sama menyatakan solidariti dan sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin dalam mencari penyelesaian terhadap krisis di Gaza, seperti digariskan dalam Deklarasi Mesyuarat Tergempar yang diluluskan.
“Deklarasi berkenaan antara lain, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan berterusan Israel di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki, menuntut gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat serta menyokong usaha pemulihan ekonomi dan Gaza selepas pengunduran rejim Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyertaan Malaysia di persidangan berkenaan adalah atas undangan Raja Jordan, Raja Abdullah II; Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
Malaysia komited dalam usaha ke arah penubuhan Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta Palestin diterima sebagai Anggota Penuh PBB.
Mohamad berkata, penyertaan Malaysia di Mesyuarat Tergempar D-8 itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan komitmen jitu negara memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa.
Undangan kepada Malaysia bagi menyertai Mesyuarat Tergempar D-8 antara lain mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas komitmen negara membantu rakyat Palestin,” katanya.
Pada sesi sama, Mohamad turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dengan kedua-duanya bertukar pandangan mengenai pelbagai isu kerjasama antarabangsa, serantau dan dua hala yang berkepentingan, terutama berkenaan isu Gaza.
Beliau juga bertukar pandangan dengan rakan sejawat yang lain mengenai langkah yang boleh diambil oleh D-8 untuk meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian kepada kesengsaraan menimpa rakyat Palestin.
Sementara itu, Mohamad berkata, usaha negara memperjuangkan isu Palestin akan diteruskan menerusi penyertaan beliau ke Persidangan Peringkat Tinggi ‘Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza’ di Jordan, Selasa ini.
Beliau juga dijangka mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya bagi memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk penyaluran bantuan kemanusiaan untuk Gaza-BH Online
(Sumber BH Online)
The post Negara anggota D8 termasuk Malaysia luluskan deklarasi berkaitan Gaza – Mohamad Hasan appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/06/10/negara-anggota-d8-termasuk-malaysia-luluskan-deklarasi-berkaitan-gaza-mohamad-hasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara

Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 114 hits
Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara Taman Negara Malaysia merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang terkenal di rantau Asia Tenggara Dengan keluasan lebih 4 343 kilometer persegi Taman Negara i...
Malaysia Condemns Continued Airstrikes By Israel In Gaza

Malaysia Condemns Continued Airstrikes By Israel In Gaza

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 89 hits
Israeli forces had targeted Palestinian encampments in Tal as Sultan Jabalia Nuseirat and Gaza City over the past 24 hours resulting in the death of nearly 200 civilians KUALA LUMPUR The foreign ministry has strongly condemned recent Israel...
Malaysia Menuju Ke Arah Negara Tua Menjelang 2043

Malaysia Menuju Ke Arah Negara Tua Menjelang 2043

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 68 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata hanya 23 tahun masa diambil untuk Malaysia diunjurkan sebagai negara tua dengan 14 daripada populasi berusia lebih 65 tahun Beliau berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memperbaiki kehidupa...
4 Polis Filipina Ditahan Menculik 4 Pelancong Termasuk Warga Malaysia

4 Polis Filipina Ditahan Menculik 4 Pelancong Termasuk Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 61 hits
BharianonlineMANILA Empat pegawai polis yang ditugaskan di wilayah ibu kota Filipina ditangkap kerana menculik empat pelancong asing untuk mendapatkan wang tebusan kata pegawai semalam Dua pegawai polis yang menaiki motosikal menahan kereta...
Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 77 hits
PUTRAJAYA Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melancarkan Akaun Satelit Sukan inisiatif oleh kementerian melalui sekretariat Industri Sukan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini har...
Flagship Estetik Ai Terbaharu Siri Honor 200 Termasuk Versi Pro Akan Datang Ke Malaysia

Flagship Estetik Ai Terbaharu Siri Honor 200 Termasuk Versi Pro Akan Datang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 127 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun 2024 HONOR hari ini mengesahkan Siri HONOR 200 telefon pintar Flagship Estetik AI jenama tersebut akan datang ke Malaysia Peranti ini menampilkan paparan yang imersif spesifikasi canggih dan keupayaan AI tahap platform ge...
Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

Krisis Gaza Malaysia As Setuju Keutamaan Gencatan Senjata Untuk Mudahkan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 92 hits
PUTRAJAYA Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar pada Rabu Perse...
Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia Pelancong Suka Pantai Cantik Amp Budaya Tempatan

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia Pelancong Suka Pantai Cantik Amp Budaya Tempatan

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 86 hits
Menerusi satu kajian yang dijalankan Malaysia dilaporkan menduduki tempat pertama dalam senarai 20 negara paling disayangi di benua Asia Berdasarkan laman web Insider Monkey Malaysia meninggalkan negara jiran iaitu Taiwan dan Singapura masi...
Aku Merayu Jangan Kecewakan Harapan Kami Nota Terakhir Lelaki Palestin Mohon Malaysia Lindungi Bumi Gaza Undang Sebak

Aku Merayu Jangan Kecewakan Harapan Kami Nota Terakhir Lelaki Palestin Mohon Malaysia Lindungi Bumi Gaza Undang Sebak

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 68 hits
Di platform X tular satu ciapan memaparkan nota yang ditulis oleh seorang penduduk di Wilayah Gaza Palestin yang didakwa meninggal dunia akibat serangan kejam pihak Israel Wasiat penduduk Palestin Nota yang ditulis merupakan wasiat daripada...
Dulu Kata Yifdin Baik Benarkan Keluar Kwsp Bila Habia Keriau Salahkan Orang

How Are Candidates In Sg Bakap Faring

Contingency Plans For Tourist Accidents And Incidents

Woiiii Kenduri Kahwin Lagi Ramai

Akaun Media Sosial Rasmi Pejabat Sultan Pahang Hanya Di Bawah Nama Kesultanan Pahang

Aeon Berkolaborasi Dengan Kewpie Tambah Keenakan Rangkaian Produk Aeon Delicatesen

Leadership Houston Nurturing Tomorrow S Community Leaders

Sarapan Di Perak Lunch Di Penang Dinner Di Kedah



Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai


Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Panduan Komprehensif Mengenai Reka Bentuk Dan Percetakan Kotak Makanan Untuk Meningkatkan Penjenamaan Produk Anda

Rezeki Terima Payment Google Adsense Di Blog Cik Matahariku

Sebenarnya Rakyat Di Malaysia Kebanyakannya Tertekan

Salam Isnin

Filem Hantu Telur Kampung