Blackrock Sudah Lama Di Malaysia Nilai Pelaburan Kini Lebih Rm32 Bilion



BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini, berdasarkan data Bloomberg setakat Mei 2024.
(DagangNews) – Susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun, bahawa “BlackRock ada operasi atau pun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di seluruh negara dan di pasaran saham”, data menunjukkan BlackRock mempunyai kepentingan dalam saham Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia
Kenyataan Perdana Menteri tersebut adalah sebagai reaksi terhadap pihak-pihak yang menggesa dihentikan pelaburan Blackrock di Malaysia
Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka, firma pelaburan global, BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini, berdasarkan data Bloomberg setakat Mei 2024
Firma berpangkalan di Amerika Syarikat itu telah aktif melabur di Malaysia dengan jumlah nilai pasaran (MV) terkini ialah AS$4.3 bilion atau kira-kira RM24.7 bilion iaitu pelaburan ekuiti syarikat tersenarai sebanyak RM18.7 bilion dan bon sebanyak RM7.9 bilion
Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, sektor perbankan merupakan tiga entiti tertinggi dilaburnya iaitu Public Bank sebanyak RM2.34 bilion (2.75%), diikuti Maybank RM2.16 bilion (1.88%) dan CIMB RM1.42 bilion (2.07%)
Tenaga Nasional di tangga keempat dengan pelaburan RM860 juta (1.32%); disusuli Metal Aluminium RM625 juta (1.62%); CelcomDigi RM526 juta (1.03%)
Berikut adalah senarai penuh 30 syarikat yang memiliki pelaburan BlackRock, berdasarkan data Bloomberg setakat Mei 2024: Foto DagangNews Foto DagangNews Dari segi bon, BlackRock memiliki pelaburan tertinggi di dalam Bon Kerajaan Malaysia sebanyak RM2.53 bilion; Petronas Capital (RM2.52 bilion); Terbitan-terbitan Bon RM1.57 bilion)
Berikut adalah senarai penuh mengikut data Bloomberg setakat Mei 2024: Foto DagangNews Foto DagangNews Berdasarkan data Bloomberg di atas, adalah jelas BlackRock bukan pelabur baharu tetapi sememangnya sudah sedia aktif, malah memiliki pejabat operasinya di Malaysia
BlackRock adalah syarikat pelaburan antarabangsa terbesar di dunia dan menguruskan aset global bernilai kira-kira AS$10 trilion. Ditubuhkan pada 1988, BlackRock telah mencapai kejayaan yang dramatik ke puncak dunia pelaburan, memainkan peranan pelaburan utama dalam kebanyakan ekonomi negara, termasuk Malaysia
BlackRock dan dua lagi firma pelaburan seumpamanya iaitu Vanguard dan State Street dianggap secara meluas sebagai Pengurus Aset ‘The Big Three’ di seluruh dunia. Pengurus aset ini adalah antara pemilik terbesar syarikat dagangan awam
`The Big Three’ ini memiliki Aset Di bawah Pengurusan (AUM) bersamaan dengan lebih 75% daripada KDNK Amerika Syarikat pada 2023 atau kira-kira 55 kali ganda KDNK Malaysia pada 2023
Firma ini juga aktif melabur di negara Islam lain seperti Arab Saudi dengan nilai dana AS$24 bilion, Emiriah Arab Bersatu AS$8.6 bilion dan Indonesia AS$11 bilion
Selain itu, BlackRock aktif di China dengan pelaburan bernilai AS$199 bilion dan India AS$148 bilion
BlackRock terutamanya melaburkan dana untuk pelanggan melalui banyak syarikat dan dana. BlackRock juga menasihati kerajaan dan mempunyai hubungan rapat dengan White House dan Rizab Persekutuan AS
BlackRock memainkan peranan utama dalam mengenengahkan keperluan syarikat korporat supaya mematuhi piagam pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), dan telah menjadi sangat aktif dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar yang mampan
Persoalan seterusnya ialah berdasarkan data di atas juga, mengapakah penyertaan syarikat sekutu BlackRock, GIP dalam cadangan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berbeza dengan pelaburan-pelaburan sedia ada firma ini di Malaysia
Berdasarkan data pemegang saham MAHB, BlackRock sememangnya sudah memiliki 2.02% ekuiti bernilai RM286 juta di dalam syarikat pengendali lapangan terbang ini
Ada pihak mahu urus niaga GIP di dalam MAHB dibatalkan, apakah seruan itu harus diperbaharui dengan meliputi keseluruhan pelaburan BlackRock ini? BACA: BlackRock tidak terlibat dalam penswastaan ​​Malaysia Airports, kata GIP Faktanya, BlackRock melabur di dalam hampir 100 syarikat Malaysia – sebab itu pun fungsinya sebagai firma pelaburan. Dan kehadirannya sebagai pelabur global, membantu menyemarakkan minat pelabur am di Bursa Malaysia
Tarik keluar semuanya dana BlackRock, anda boleh bayangkan apa bentuk kekacauan akan berlaku kepada sistem kewangan Malaysia
Penganalisis ekonomi, Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata, “adalah penting untuk ambil perhatian bahawa BlackRock hanyalah salah satu daripada banyak pelabur institusi yang beroperasi dalam ekonomi Malaysia”
“Pengaruhnya adalah sebahagian daripada landskap lebih luas pelabur domestik dan antarabangsa, institusi kewangan, dan pelakon kerajaan yang membentuk trajektori ekonomi Malaysia,” kata beliau
Dalam senario sesebuah firma pelaburan global menarik keluar dana dari sesebuah negara, beliau berkata, ia boleh mencetuskan kemeruapan (volatility) dalam pasaran kewangan negara, membawa kepada penurunan mendadak dalam harga saham, nilai bon dan kadar pertukaran mata wang. Kemeruapan ini boleh mengganggu keyakinan pelabur dan memburukkan lagi ketidakstabilan ekonomi
“Pengaliran keluar dana juga boleh memberi tekanan kepada rizab mata wang negara, yang membawa kepada penyusutan nilai mata wang dan potensi cabaran imbangan pembayaran
“Ia juga boleh mengakibatkan penurunan penarafan kredit kerana penarikan dana global boleh memberi isyarat kepada agensi penarafan kredit dan pelabur bahawa prospek ekonomi negara yang terjejas telah merosot
“Persepsi ini boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit, menjadikannya lebih mahal bagi negara untuk meminjam di pasaran antarabangsa dan berpotensi menyekat akses kepada modal,” ujarnya yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM
Rentetan daripadanya ialah penguncupan ekonomi di mana penarikan keluar dana global boleh mengurangkan kecairan dalam pasaran kewangan negara, menjadikannya lebih sukar bagi perniagaan untuk mendapatkan modal untuk pelaburan dan pengembangan
Kekangan pelaburan ini boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan atau malah kemelesetan, kerana perniagaan mengurangkan perbelanjaan dan pengambilan pekerja
Secara keseluruhannya kata beliau, penarikan balik pelaburan dana global daripada negara individu boleh mempunyai implikasi yang luas terhadap ekonomi, pasaran kewangan dan kestabilan makroekonomi yang lebih luas
“Oleh itu, isu MAHB ini perlu difikirkan secara mendalam oleh semua pihak dan tidak daripada satu sudut semata-mata, kerana implikasinya terhadap ekonomi Malaysia akan buruk. Adakah ekonomi Malaysia mampu untuk bertahan jika ini berlaku? ” soal beliau. – DagangNews.com The post BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/24/blackrock-sudah-lama-di-malaysia-nilai-pelaburan-kini-lebih-rm32-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Catat Pelaburan Lebih Rm114 Bilion Dalam Pusat Data Perkhidmatan Awan Menteri

Malaysia Catat Pelaburan Lebih Rm114 Bilion Dalam Pusat Data Perkhidmatan Awan Menteri

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 146 hits
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114 7 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2023 Menteri Pelaburan Perdagangan amp Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan itu telah
Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock Di Malaysia

Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 282 hits
Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock di Malaysia Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock di Malaysia Dalam era globalisasi ekonomi pelaburan antarabangsa memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara negara Salah satu pem...
Malaysia Yakin Raih Potensi Pelaburan Dan Eksport Rm13 Bilion Di Osaka

Malaysia Yakin Raih Potensi Pelaburan Dan Eksport Rm13 Bilion Di Osaka

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 243 hits
Malaysia yakin raih potensi pelaburan dan eksport RM13 bilion di Osaka FOTO HIASAN Kuala Lumpur Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka Jepun kata Mente...
Malaysia In Tough Spot On Blackrock Investment

Malaysia In Tough Spot On Blackrock Investment

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 245 hits
An economist said if Malaysia wanted to sever all ties with entities linked to Israel it would create a dilemma concerning diplomatic relations with Israel s allied countries Malaysia is in a difficult position as rejecting investments from...
Ini 50 Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Blackrock Di Malaysia Ramai Dah Tahu Tapi Tak Berani Nak Boikot

Ini 50 Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Blackrock Di Malaysia Ramai Dah Tahu Tapi Tak Berani Nak Boikot

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 146 hits
Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock di Malaysia Dalam era globalisasi ekonomi pelaburan antarabangsa memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara negara Salah satu pemain utama dalam dunia pelaburan global ialah Blac...
Rahsia Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap Warna Kemerahan Dan Tahan Lama Dengan Resepi Terbaik Ini

Rahsia Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap Warna Kemerahan Dan Tahan Lama Dengan Resepi Terbaik Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum Hi Bestnya Raya Haji Tahun ni Syukur dapat beraya bersama ahli keluarga walaupun tidaklah lengkap semua dapat berkumpul bersama Korang buat apa je cuti raya haji baru baru ni Yelah cuti pendek kan Saya pula hanya di rumah ke...
Info Pegangan Blackrock Dalam Ekonomi Malaysia

Info Pegangan Blackrock Dalam Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 120 hits
INFO ABU MISKHATNo Pegangan Ekuiti BlackRock Kepentingan Nilai Ringgit1 Public Bank 2 75 2 349 bilion2 Maybank 1 88 2 162 bilion3 CIMB 2 07 1 426 bilion4 TNB 1 32 860 juta5 Press Metal Aluminium Holdings 1 62 625 juta6 CelcomDigi 1 03 526 j...
Malaysia S Privatisation Of Airport Operator With Blackrock Entity Faces A Bumpy Ride But Likely To Go Ahead

Malaysia S Privatisation Of Airport Operator With Blackrock Entity Faces A Bumpy Ride But Likely To Go Ahead

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 187 hits
Observers say Prime Minister Anwar Ibrahim is unlikely to cave in to demands to remove an entity partner with ties to Israel from the deal But larger questions loom on the economics and whether the move will give Kuala Lumpur International ...
Makeup By Mario Kini Di Sephora Malaysia

Makeup By Mario Kini Di Sephora Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 117 hits
Industri kecantikan Malaysia memasuki babak baharu dengan kedatangan Makeup by Mario jenama solekan yang diilhamkan oleh legenda dalam industri solekan Mario Dedivanovic di Sephora Malaysia Sebagai seorang pencinta kecantikan tiada yang leb...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sang Saka Penipu

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

New Found Hope Icon S Nostalgic Honda Vf1000f Interceptor Restomod


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Battle Of Time Exists X Masdo Bakal Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Pgslot Web 15 24 Pgslot Top 85 By Ingeborg Pgslot Fullslotpg Org

Mengopi Di Cafe Amazon Hat Yai District Songkhla Thailand

Sayur Lemak Fucuk Suhun Masakan Kampung

Sedap Betul Miang Pla Di Dusun Riffaa Changlun

Rahsia Kembali Cantik Selepas Bersalin Misi Mak Mak Supermodel