Malaysia Terlalu Sombong Lihat Korea Selatan






Penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Jomo Kwame Sundaram mempersoalkan apakah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Malaysia merupakan langkah terbaik dalam mengawal Covid-19 dan melindungi kebajikan rakyat.


Ini memandangkan ada negara-negara lain yang berjaya melawan wabak itu tanpa perlu melakukan langkah sama, kata Jomo.


“Kalau kita lihat situasi di negara lain, bukan semua negara laksanakan PKP atau seumpamanya, seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Laos, Kerala di India, bahkan China.


“Mereka semua tak laksanakan PKP atau seumpamanya, iaitu rakyat dipaksa untuk tinggal di rumah dan tidak keluar untuk tempoh masa tertentu,” katanya.


Pakar ekonomi itu berkata, orang awam cenderung melihat PKP sebagai satu-satunya cara mengawal wabak itu, tetapi negara-negara lain telah mengguna pakai pendekatan lain yang “jauh lebih efektif”.


Jomo berkata demikian dalam forum dalam talian malam tadi, berjudul “Belanjawan 2021: Bergerak ke arah pemulihan” yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahli panel lain ialah Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad.


Kemerosotan ekonomi di Malaysia bukanlah semata-mata kesan daripada wabak itu, kata Jomo, tetapi disebabkan oleh langkah PKP yang dilaksanakan kerajaan.


Katanya, jika Malaysia melaksanakan pendekatan lain dengan efektif untuk mengawal penularan virus itu, maka PKP mungkin tidak pun diperlukan.


Dia percaya itulah sebabnya orang ramai mula mempersoalkan keberkesanan PKP dalam menghentikan penularan wabak berkenaan.


Ini juga menunjukkan ada defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan, tambahnya lagi.


“Pada mulanya, sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah sangat kuat, tetapi sekarang kepercayaan dan keyakinan terhadapnya merosot teruk


“Kerana itulah, meskipun kerajaan ini mempunyai kabinet terbesar dalam sejarah Malaysia, dengan lebih 70 ahli kabinet, kita dapati, dalam kerajaan ini, seolah-olahnya tangan kiri tidak tahu apa yang sedang dilaksanakan oleh tangan kanan.


“Tak ada penyelarasan.”


Jomo merujuk Korea Selatan sebagai contoh, apabila beberapa agensi kerajaan di sana menyelaras rancangan tentang bagaimana rakyat boleh terus menggunakan pengangkutan awam tanpa bahaya.


Perkara sama boleh dilakukan untuk pendidikan di Malaysia, katanya, tetapi dia kesal kerana seluruh generasi terjejas memandangkan mereka sudah pun terlepas proses pembelajaran untuk tempoh lebih daripada setengah tahun.


Bukan itu sahaja, pendekatan meneruskan proses pembelajaran di Malaysia dalam musim wabak ini, sangat bergantung kepada akses pelajar kepada laptop dan internet.


Bagaimanapun, katanya, hanya 6 peratus pelajar sekolah di Malaysia mempunyai akses kepada komputer riba.


“Jadi kenapa tidak ada kaedah lain bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak terlalu ketinggalan? Kenapa tak guna pakai TV atau siaran radio?


“Kami dapati langkah yang diambil ini, nampaknya tak melibatkan keseluruhan kerajaan, dan nampak seperti tiada usaha untuk meyakinkan dan mendapatkan kerjasama daripada rakyat.


“Jika kita tak dapat sokongan dan kerjasama rakyat, kita akan dapati ramai yang akan ketinggalan,” tambahnya lagi.


Dia mengambil contoh perintah kerja dari rumah baru-baru ini sebagai pendekatan yang mengelirukan yang diambil oleh kerajaan.


“Kerjasama di peringkat kerajaan negeri juga sangat penting.


“Saya dapati, bahkan kerajaan negeri Perikatan Nasional sendiri tidak terlibat dalam perbincangan atau rundingan, apatah lagi kerajaan negeri pembangkang, seperti yang terjadi di Selangor,” katanya lagi.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/malaysia-terlalu-sombong-lihat-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Didenda Rm24 Juta Di Korea Selatan Kerana Berkongsi Data Pengguna Tanpa Kebenaran

Facebook Didenda Rm24 Juta Di Korea Selatan Kerana Berkongsi Data Pengguna Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 220 hits
Pihak berkuasa di Korea Selatan kini telah mendenda laman sosial terkemuka dunia Facebook sebanyak 6 7 bilion Pihak berkuasa Korea Selatan mendenda laman sosial berkenaan kerana berkongsi data pengguna Korea Selatan seramai 3 3 j
Mobil Listrik Asal Korea Selatan Diproduksi Di Karawang Mulai 2022

Mobil Listrik Asal Korea Selatan Diproduksi Di Karawang Mulai 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 266 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil mengatakan perusahaan asal Korea Selatan Hyundai sudah siap memproduksi mobil listrik secara massal pada tahun 2022 Pembangunan pabrik di Karawang sudah 65 persen
Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 291 hits
Skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2 1 dalam perlawanan antarabangsa kini berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif COVID 19 Penjaring gol ...
Ditipu Penganjur Mengenai Perlawanan Juventus Penyokong Korea Selatan Dapat Ganti Rugi

Ditipu Penganjur Mengenai Perlawanan Juventus Penyokong Korea Selatan Dapat Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 303 hits
Kebenaran telah pun terbukti Selepas beberapa lama akhirnya penyokong Juventus atau peminat Cristiano Ronaldo di Korea Selatan yang kecewa hampa berjaya mendapatkan keadilan Sebelum ini seramai 162 pembeli tiket aksi pra musim antara Juvent...
Tak Tahan Di Kec4m Pasangan Instafamous Malaysia Korea Buat Iaporan Poiis Takut Alami Depresi Kemurungn

Tak Tahan Di Kec4m Pasangan Instafamous Malaysia Korea Buat Iaporan Poiis Takut Alami Depresi Kemurungn

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 490 hits
MASIHKAH anda ingat kisah pasangan suami isteri Malaysia dan Korea Selatan yang mendapat liputan netizen lalu Dikenali sebagai Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dia dan isterinya Maryam You Narae tampil menerusi rancangan Live di Facebook pada...
Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19

Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 260 hits
Doktor asal Klang jadi hero berjaya sekat gelombang kedua Covid 19 di Australia Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19 Seorang doktor kelahiran Malaysia Dr Dharminy Thurair...
Barang Yang Dibawa Siswa Korea Selatan Saat Ke Sekolah

Barang Yang Dibawa Siswa Korea Selatan Saat Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 327 hits
Barang bawaan saat ke sekolah adalah sebuah senjata untuk menjalani kehidupan kita ketika sekolah Bahkan barang bawaan menjadi suatu kebiasaan yang unik karena ada ciri khas tertentu yang membuatnya This is a content summary only Visit my w...
5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia

5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 440 hits
5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia Salam semua di youtube kadang kadang sis perhati jer youtuber Korea yang selalu naik kat newsfeed Bukan apa kadang kadang bila kita buat carian tentang Korea tak kisah lah carian pa...
Playstation Asia Umum Ps 5 Pada Harga Rm1 869 Pra Tempahan Bermula Pada 12 November Di Malaysia

Playstation Asia Umum Ps 5 Pada Harga Rm1 869 Pra Tempahan Bermula Pada 12 November Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 564 hits
Akhirnya PS5 akan dilancarkan di Malaysia 11 Disember ini dengan harga bermula RM1 869 00 Sony umum tarikh pelancaran PS5 SONY Interactive Entertainment hari ini mengumumkan tarikh pelancaran serta tanda harga untuk konsol terbaharu keluara...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya