5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia




5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia | Salam semua, di youtube kadang- kadang sis perhati jer youtuber Korea yang selalu naik kat newsfeed. Bukan apa kadang- kadang bila kita buat carian tentang Korea, tak kisah lah carian pasal drama ke, hiburan ke apa kan. Mesti akan naik kat newsfeed video - video yang ada kaitan tentang Korea. Selalunya banyak muncul Youtuber Korea yang suka buat konten tentang Indonesia. 


Kali ini sis nak kongsi dengan kalian semua youtuber yang berasal dari Korea Selatan yang suka buat konten tentang Malaysia. Sis perasan mereka ini semua ada yang aktif dan ada yang tak berapa nak aktif. Biasalah kan, nak buat video di youtube ni kadang- kadang ikut mood, mungkin mereka semua macam sis jugak. Naik turun dah upload video di youtube ni. 


Bila buat konten tentang Malaysia, sudah tentu subscribers mereka ramai dari Malaysia. Kita sendiri pun suka tengok kan bila orang luar dari Malaysia yang suka buat konten tentang Malaysia. Nak buat video di youtube ni kena cari kelainan sikit baru dapat tarik subscribers. 


Kalian pun boleh jugak nak buat sebenarnya. Negara apa kalian minat sangat. Kalian buat lah video yang berkaitan dengan negara tersebut. Sudah tentu berduyun - duyun orang dari negara sana yang subscribe. Bila mereka tengok orang luar suka sesuatu dari negara mereka, sudah tentu mereka teruja. Macam sis, suka tengok youtuber Korea ni buat konten tentang Malaysia, itu yang jadi asyik nak tonton. 


Apa yang dapat perhatikan youtuber Korea ni, mereka lebih suka buat video tentang Malaysia, di antaranya adalah : 


1. Hiburan 
Sebagai contoh reaksi untuk muzik video yang dinyanyikan oleh artis -artis malaysia. Yang ini memang tak lari dah. Pendapat jujur sis, daripada hiburan mereka jadi berminat nak kenal dengan Malaysia. Muzik kan menyatukan ke semua negara. 


Sekarang zaman youtube, banyak muzik video dari seluruh negara dah di upload di platform youtube untuk ditonton secara online. 


Lagi satu, dari drama - drama Malaysia. Jangan tak tahu ada di kalangan mereka berminat dengan drama Malaysia, macam kalian jugak lah ada yang fanatik drama Korea kan. Dari sini, mereka juga kenal pelakon - pelakon dari Malaysia. 


2. Budaya 
Tidak dinafikan, mereka juga berminat dengan kepelbagaian kebudayaan yang ada di Malaysia.


3. Makanan 
Sudah tentu bahagian paling yang disukai adalah makanan. Ada video - video yang mereka buat untuk mukbang.


4. Tempat Menarik Di Malaysia 
Sis perasan dalam banyak - banyak video, orang Korea suka sangat sebut Kota Kinabalu. Sampai sis tertanya - tanya mereka kenal Malaysia hanya kerana Kota Kinabalu kah. ? Apapun mereka ini semua memang teringin sangat nak terokai satu Malaysia. 


Ok lah jom sis kongsi siapa youtuber Korea yang bertuah masuk di blog Wani Sukarno. Bertuah sebab dapat masuk blog kan. Sis tahu ramai lagi youtuber Korea lain di luar sana, mungkin sis tak berapa kenal ataupun tak ternampak lagi. Yang kongsi dengan korang ni yang sis biasa tonton video mereka. 


5 Youtuber Korea Yang Minat Dengan Konten Tentang Malaysia 
1. Blimey 
Siapa tak kenal Blimey, Rasa satu Malaysia kenal kot ? Kalau tak kenal tak apa belum terlambat lagi. Sis pun dah lama perasan asyik naik newsfeed di youtube. Kalau ada kesempatan masa sis layan juga video mereka. Buat masa sekarang, kalau nak tahu subscribers mereka dah cecah 574K lebih. Mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. Kebanyakannya subscribers dari Malaysia. 
Channel Blimey ini ada Dasol, Yerim dan Jade. Pendapat jujur sis, mereka ini semua dah boleh jadi duta Malaysia di Korea. Kenapa sis cakap macam tu, konten yang mereka buat banyak sangat pasal Malaysia dan dalam masa yang sama banyak buat untuk mempromosikan Malaysia untuk orang - orang Korea sana. Memang bagus betul mereka semua

Dalam masa yang sama mereka mempromosikan Malaysia di sana. Mereka juga mempromosikan Korea untuk subscribers mereka. Sebagai contoh sudah ramai Blimey ni berkolaborasi dengan artis - artis Korea sana. 
Apa yang sis perasan video Blimey sekarang dah ada subtitle dalam bahasa melayu. Boleh lah faham kan sebab subscriber pun ramai dari Malaysia. 
Blimey sekarang berada di Korea. Mereka rindu sangat nak datang Malaysia. Apakan daya negara kita tengah bendung wabak Covid. Sejak kebelakangan ini Blimey tengah buat projek baru dengan Han Byul. Siapa yang kenal dengan Han Byul, juara Big Stage musim kedua 2019. 
Yang mengejutkan lagi Blimey dah keluarkan lagu bertajuk "sunshine" . Jade, Dasol dan Yerim memang ada bakat sungguh dalam nyanyian. Sis dah dengar, memang best. Ada lirik bahasa melayu dan juga Korea. Sesuai lah dengan jiwa rentak lagu macam tu. Memang tak sangka dari youtuber, mereka dah boleh keluarkan lagu sendiri. Hebat. 

Nak dengar lagu dari Blimey, ok tengok muzik video di bawah. Apapun Tahniah Blimey. 

Bagi sis, Channel Blimey ini lengkap segala konten tentang Malaysia, Kalau tak percaya, kalian pergi lawat channel Blimey ya. Semua yang komen habis puji  Blimey banyak mempromosikan Malaysia. 
2. Teh Tarik Oppa 
Teh Tarik Oppa. Unik betul letak nama channel youtube dia. Teh Tarik Oppa adalah seorang youtuber Korea yang fasih berbahasa melayu. Sebenarnya sis susah nak jumpa yotuber Korea yang fasih cakap bahasa melayu. Teh Tarik Oppa ini salah seorang. Perasan pun sebab nama channel dia selalu naik kat newsfeed

Kalau tak silap sis, Teh Tarik Oppa ni dia pelajar yang belajar di Malaysia,  tahu - tahu tengok video dia fasih berbahasa melayu. Mudah sangat dia belajar bahasa melayu. Bahasa melayu memang mudah kan. 
Teh Tarik Oppa banyak berkongsi video tentang kehidupan dia semasa di Malaysia. Ada juga buat untuk video reaksi terutamanya untuk lagu - lagu yang dinyanyikan oleh artis Malaysia. 
Kalau nak tahu kenapa Teh Tarik Oppa buat konten tentang Malaysia, korang tonton video di bawah. Dalam video ni  ada sebut " sedap giler nak mampus" dia cakap. Siapa yang ajar dia. Gelak besar sis. 

 3. Korean LangOppa 
Korean LangOppa. Sis tertonton sebab ada video yang dia cakap bahasa melayu. Walaupun ada ketikanya dia bercakap campur dengan bahasa inggeris. Ok lah, ada keberanian kan nak cakap bahasa melayu. Yang kita tak pernah nak cakap Korea, tengok huruf Korea tu pun rasa macam nak pitam. 
Kalau tak silap sis, LangOppa tinggal di Kuala Lumpur selama setahun. Mungkin sebagai pertukaran pelajar. Tapi sekarang dia tak berada di Malaysia, sekarang kerja di Singapura. 
Ada satu video, dia buat reaction untuk drama Kampung People, sambil - sambil belajar dialog cakap bahasa melayu. Walaupun drama macam ni banyak campur dengan bahasa inggeris selain dari slang watak yang bercakap. Tapi ok lah nak belajar dialog bahasa melayu melalui drama pun. 
Jadi, kita orang melayu jangan rasa asyik nak benci drama melayu, sedangkan kat luar sana ramai bangsa lain yang nak belajar bahasa melayu. Macam Korean LangOpaa ni. Gigih tau dia nak belajar bahasa melayu. 
Rasanya yang paling manis bila Tok Ti tinggalkan komen di video yang dia buat cover dalam bahasa Korea untuk lagu Siapa Tak Mahu. Best jugak dengar walaupun dalam bahasa Korea. Kemain suka LangOppa bila Tok Ti bagi komen. 


4. Gimme Baik TV
Gimme Baik TV Channel. Ada tiga jejaka Korea yang namanya Hyunseok, Jaewon dan Heetae. 3 orang jejaka ni dah macam versi lelaki untuk Blimey Channel. Sebab Blimey pun group dalam 3 orang jugak. Apapun sis suka dengan konten yang Gimme Baik TV. 
Sis perasan kalau yang orang luar buat channel yang minat dengan konten tentang Malaysia ni, mesti ada sesuatu kan. Kalau nak tahu Hyunseok pernah jadi "exchange student" di Universiti Malaya. Terharu jugak bila tonton salah satu video "Why I Do Love Malaysia ?". Dalam video tersebut banyak menceritakan pengalaman Hyuenseok selama jadi pelajar di Malaysia. Dia dulu tak berapa kenal dengan Malaysia. 
Dia ni memang banyak puji Malaysia. Itu lah kita ni bersyukur tau berbilang bangsa tapi masih hidup dalam harmoni di bawah satu bumbung. Jangan gaduh - gaduh ok, tunjuk lah contoh yang baik kepada bangsa lain di luar sana. 

Panjang cerita dengan Hyuenseok eh. Banyak juga video lain seperti cuba dengan makanan Malaysia, sampai durian pun ada, pergi beli mana durian kat sana eh. Adoi. Dan yang lain tu banyak video reaksi.  
5. oppAbang
OppAbang channel. Dalam OppAbang channel ni ada 2 jejaka Korea yang namanya Jun dan Jino. Youtuber Korea 2 orang ini bukan calang -calang kerjaya. Terkejut jugak sis bila dengar pengakuan dari mereka tu. Sebab sis ada tonton salah satu video semasa sesi Question And Answer. 
Jun adalah seorang juruterbang dan Jinu pulak seorang jurutera. Mereka ni segan - segan nak jawab kerja apa haa. Nanti kalau korang nak tengok video tu, pergi channel mereka ya. 
Sis pun tak pasti kenapa OppAbang ni berminat buat konten tentang Malaysia. Tahu - tahu dah ada banyak video reaksi. 

Itulah 5 youtuber Korea yang setakat ini sis ikut walaupun ada lagi yang lagi di luar sana. Kita fokus yang aktif di channel. Teruskan berkarya hasilkan konten - konten menarik, naikkan lagi nama Malaysia. Kalau kalian berminat nak tonton, boleh lah ke youtube channel mereka semua ya. 
Baca : Cara Nak Tahu Video Terkena Copyright Claim Atau Tidak Di Youtube






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/11/5-youtuber-korea-yang-minat-konten-tentang-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Terlalu Sombong Lihat Korea Selatan

Malaysia Terlalu Sombong Lihat Korea Selatan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 196 hits
Penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah Jomo Kwame Sundaram mempersoalkan apakah perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan Malaysia merupakan langkah terbaik dalam mengawal Covid 19 dan melindungi kebajikan rakyat Ini memand...
Ramai Nak Jadi Youtuber Di Malaysia Kenapa

Ramai Nak Jadi Youtuber Di Malaysia Kenapa

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 409 hits
Ramai Nak Jadi Youtuber di Malaysia Kenapa Fenomena semakin melanda di Malaysia apabila ramai youtuber berjaya menghasilkan pendapatan dari mengupload video di channel masing masing dan dengan subscriber yang tinggi membuatkan mereka semaki...
Tak Tahan Di Kec4m Pasangan Instafamous Malaysia Korea Buat Iaporan Poiis Takut Alami Depresi Kemurungn

Tak Tahan Di Kec4m Pasangan Instafamous Malaysia Korea Buat Iaporan Poiis Takut Alami Depresi Kemurungn

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 444 hits
MASIHKAH anda ingat kisah pasangan suami isteri Malaysia dan Korea Selatan yang mendapat liputan netizen lalu Dikenali sebagai Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dia dan isterinya Maryam You Narae tampil menerusi rancangan Live di Facebook pada...
Kempen Beli Barangan Malaysia Bersama Pg Mall

Kempen Beli Barangan Malaysia Bersama Pg Mall

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Kempen Beli Barangan Malaysia Bersama PG Mall pula dengan korang Ya lah siapa lagi nak sokong barangan dari negara kita kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri kan Walaupun kita masih l...
5 Program Affiliate Percuma Malaysia

5 Program Affiliate Percuma Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 227 hits
Jika you ada mengikuti Instagram Live Kak Su tempoh hari bersama pengasas Muslimah Blogger you pasti tahu topik yang kami bincangkan ialah mengenai Email Marketing dan juga Affiliate Marketing Terimakasih Kak Su ucapkan kerana sudi bersama ...
Has Malaysia Lost Control Over The Pandemic S Third Wave

Has Malaysia Lost Control Over The Pandemic S Third Wave

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 246 hits
MP SPEAKS Malaysia registered the daily increase of Covid 19 cases yesterday 1 290 new cases and four deaths to reach a cumulative total of 51 680 Covid 19 cases and 326 deaths If Covid 19 infections increase at the daily average of the pas...
Apec Continues To Strengthen Malaysia S Business Growth

Apec Continues To Strengthen Malaysia S Business Growth

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 184 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said through the expansion of trade Malaysians were able to experience positive spill over effects NSTP ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR Malaysia s involvement in the Asia Pacific Economic Cooperation has c...
Singapura Perketat Rentas Sempadan Malaysia

Singapura Perketat Rentas Sempadan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 170 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR JOHOR BAHRU Bermula Ahad ini mana mana individu yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Malaysia termasuk transit perlu menjalani notis tinggal di rumah selama 14 hari di kemudahan disediakan Kem...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan