Malaysia Perlu Lebih Tegas Kecam Junta Tentera Myanmar



Malaysia sewajarnya mengecam rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar dan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu.
Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, kerajaan Malaysia harus menyuarakan bantahan lebih keras dan mengenakan tekanan politik ke atas pihak junta agar segera membebaskan tahanan politik yang semakin meningkat jumlahnya.
“Tindakan terbaru pihak Tatmadaw (tentera) dipimpin General Kanan Min Aung Hlaing adalah langkah ke belakang bagi demokrasi dan tidak mengendahkan suara rakyat Myanmar yang telah mengundi pada pilihan raya 2020 untuk menolak pemerintahan tentera.
“Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) telah mendapat kemenangan besar dan keputusan tersebut perlu dihormati.
“Kami sangat terkesan menerima berita hampir 500 pimpinan politik, aktivis dan penunjuk perasaan termasuk Aung San Suu Kyi telah ditahan di Myanmar. Kami mengecam penahanan-penahanan ini dan menggesa agar semua tahanan dibebaskan.
“Kami juga sangat terkesan menerima laporan yang menunjukkan tindakan keras pihak keselamatan terhadap penunjuk perasaan yang mengakibatkan sejumlah orang awam cedera parah atau terbunuh. Junta tentera mesti menghentikan penggunaan peluru hidup terutama dalam menghadapi penunjuk perasaan.
“Kerajaan Malaysia (dalam hal ini) perlu mengecam kudeta tentera dan terus memberi tekanan melalui perbincangan membina sehingga semua tahanan politik dibebaskan dan demokrasi segera dikembalikan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Majlis Presiden juga mengingatkan kerajaan Malaysia agar tidak meneruskan polisi penghantaran pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar sehingga suasa politik negara itu kembali pulih.
“Kami juga menggesa Kerajaan Malaysia mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar kerana tindakan ini mengesahkan (mengiktiraf pemerintahan) junta tentera.
“Tindakan menghantar pulang pelarian ke zon konflik sejurus selepas konfrontasi masyarakat awam dengan pihak tentera juga mungkin menjejaskan keselamatan pelarian.
“Sehingga pemerhati antarabangsa dapat mengesahkan keadaan sebenar di Myanmar telah selamat, Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan nyawa-nyawa pelarian tersebut tidak terancam,” kata mereka lagi.
Oleh itu, Majlis Presiden menyarankan kerajaan Malaysia menunjukkan kepimpinan lebih yang berwibawa di ASEAN dengan mencari penyelesaian kepada krisis tersebut dan mengusahakan agar demokrasi dikembalikan di Myanmar.
Kestabilan dan kemakmuran Myanmar seharusnya menjadi keutamaan rantau ASEAN.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31544

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecam Junta Tentera Myanmar Timbang Semula Keputusan Hantar Pulang Pelarian Ph

Kecam Junta Tentera Myanmar Timbang Semula Keputusan Hantar Pulang Pelarian Ph

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 296 hits
POSTED BY AMIR WRLRMalaysia sewajarnya mengecam rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar dan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata kerajaan Malaysia haru...
Wanita Ph Mahu Hukuman Lebih Tegas Anggota Polis Salah Laku

Wanita Ph Mahu Hukuman Lebih Tegas Anggota Polis Salah Laku

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 312 hits
Meskipun menerima baik pengumuman Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya menyatakan 11 pegawai polis yang didapati cuai menjalankan tugas dalam insiden hitam mengakibatkan seorang kanak kanak perempuan diro...
Malaysia Will Legitimise Coup If It Deports Myanmar Migrants Lfl

Malaysia Will Legitimise Coup If It Deports Myanmar Migrants Lfl

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 261 hits
The government s decision to deport around 1 200 Myanmar nationals to their country of origin would send a signal to the world that it legitimises the military coup there says Lawyer for Liberty Mahajoth Singh of LFL said the action came af...
Rights Groups Slam Move To Hand Myanmar Refugees To Junta

Rights Groups Slam Move To Hand Myanmar Refugees To Junta

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 237 hits
A recent news report said Myanmar s military government has offered to send three navy vessels to take back Myanmar citizens in detention most of whom are refugees and asylum seekers PETALING JAYA Human rights groups have hit out at the Mal...
Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 348 hits
February 10 2021 Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berpendapat Malaysia tidak boleh mengikut tindakan New Zealand yang memutuskan hubungan peringkat tertinggi dengan Myanmar Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata kerajaan pada masa ini...
Di Malaysia Ada Ke Bangunan Lebih 5 Tingkat

Di Malaysia Ada Ke Bangunan Lebih 5 Tingkat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 279 hits
Melihat gambar jalan bertingkat ini teringat cerita adik yang berlajar di salah sebuah negara Timur Tengah Ketika berada di sana adik ambo ditanya oleh rakan dari negari berkenaan berkenaan Malaysia Soalan tersebut di Malaysia ada bangunan ...
Malaysia Terima Vaksin Pfizer Biontech Lebih Awal

Malaysia Terima Vaksin Pfizer Biontech Lebih Awal

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 310 hits
Malaysia akan menerima vaksin Pfizer BioNTech seminggu lebih awal iaitu pada 21 Februari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setibanya vaksin Covid 19 itu akan bermula pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan bagi ...
Tarik Anugerah Penghormatan Ketenteraan Malaysia Dari Jeneral Myanmar

Tarik Anugerah Penghormatan Ketenteraan Malaysia Dari Jeneral Myanmar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 217 hits
Kerajaan Malaysia sewajarnya menarik balik dua pingat penghormatan ketenteraan yang diberikan kepada Jeneral Min Aung Hlaing yang mengetuai rampasan kuasa di Myanmar Seorang aktivis demokrasi Abdul Malek Hussin baru baru ini berkata mengeka...
Min Cuba Lebih 10k Ciapan Semua Akan Dapat Lihat Kim Seonho Di Domino S Pizza Malaysia

Min Cuba Lebih 10k Ciapan Semua Akan Dapat Lihat Kim Seonho Di Domino S Pizza Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 258 hits
Baru baru ini baru sahaja dilaporkan bahawa Lantas membuktikan bahawa lelaki ini kian popular Disebabkan gambarnya hanya akan memenuhi kedai dan francais di Korea ada individu di Malaysia yang berharap agar Han Ji pyung juga akan membuat ke...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba

Mala Agatha Koyo Mendung Chord

Malaysian Bar Confirms Walk For Judicial Independence On July 14

Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan