Kecam Junta Tentera Myanmar Timbang Semula Keputusan Hantar Pulang Pelarian Ph


 

POSTED BY AMIR WRLR


Malaysia sewajarnya mengecam rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar dan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan Malaysia harus menyuarakan bantahan lebih keras dan mengenakan tekanan politik ke atas pihak junta agar segera membebaskan tahanan politik yang semakin meningkat jumlahnya.
"Tindakan terbaru pihak Tatmadaw (tentera) dipimpin General Kanan Min Aung Hlaing adalah langkah ke belakang bagi demokrasi dan tidak mengendahkan suara rakyat Myanmar yang telah mengundi pada pilihan raya 2020 untuk menolak pemerintahan tentera.
"Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) telah mendapat kemenangan besar dan keputusan tersebut perlu dihormati.
"Kami sangat terkesan menerima berita hampir 500 pimpinan politik, aktivis dan penunjuk perasaan termasuk Aung San Suu Kyi telah ditahan di Myanmar. Kami mengecam penahanan-penahanan ini dan menggesa agar semua tahanan dibebaskan.
"Kami juga sangat terkesan menerima laporan yang menunjukkan tindakan keras pihak keselamatan terhadap penunjuk perasaan yang mengakibatkan sejumlah orang awam cedera parah atau terbunuh. Junta tentera mesti menghentikan penggunaan peluru hidup terutama dalam menghadapi penunjuk perasaan.
"Kerajaan Malaysia (dalam hal ini) perlu mengecam kudeta tentera dan terus memberi tekanan melalui perbincangan membina sehingga semua tahanan politik dibebaskan dan demokrasi segera dikembalikan," kata mereka dalam satu kenyataan.
Majlis Presiden juga mengingatkan kerajaan Malaysia agar tidak meneruskan polisi penghantaran pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar sehingga suasa politik negara itu kembali pulih.
"Kami juga menggesa Kerajaan Malaysia mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar kerana tindakan ini mengesahkan (mengiktiraf pemerintahan) junta tentera.
"Tindakan menghantar pulang pelarian ke zon konflik sejurus selepas konfrontasi masyarakat awam dengan pihak tentera juga mungkin menjejaskan keselamatan pelarian.
"Sehingga pemerhati antarabangsa dapat mengesahkan keadaan sebenar di Myanmar telah selamat, Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan nyawa-nyawa pelarian tersebut tidak terancam," kata mereka lagi.
Oleh itu, Majlis Presiden menyarankan kerajaan Malaysia menunjukkan kepimpinan lebih yang berwibawa di ASEAN dengan mencari penyelesaian kepada krisis tersebut dan mengusahakan agar demokrasi dikembalikan di Myanmar.
Kestabilan dan kemakmuran Myanmar seharusnya menjadi keutamaan rantau ASEAN.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kecam-junta-tentera-myanmar-timbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Timbang Semula Keputusan Usir Warga Myanmar

Kerajaan Perlu Timbang Semula Keputusan Usir Warga Myanmar

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 233 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa kerajaan Malaysia agar mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1 200 warga Myanmar Majlis itu berkata bahawa sebaliknya Kerajaan Perikatan Nasional perlu memulakan dialog di antara pemimpin ...
Malaysia Perlu Lebih Tegas Kecam Junta Tentera Myanmar

Malaysia Perlu Lebih Tegas Kecam Junta Tentera Myanmar

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 223 hits
Malaysia sewajarnya mengecam rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar dan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata kerajaan Malaysia harus menyuarakan banta...
Hantar Balik 1 200 Warga Myanmar Keputusan Perlu Dipertimbangkan Semula

Hantar Balik 1 200 Warga Myanmar Keputusan Perlu Dipertimbangkan Semula

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 239 hits
Pemimpin Pakatan Harapan menggesa kerajaan Malaysia mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1 200 warga Myanmar PH berkata tindakan menghantar pulang pelarian ke zon konflik selepas konfrontasi masyarakat awam dengan pihak tentera ...
Hantar Pulang Warga Myanmar Ancam Keselamatan Dan Nyawa Mereka

Hantar Pulang Warga Myanmar Ancam Keselamatan Dan Nyawa Mereka

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 457 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Merbok Nor Azrina Surip Nurin Aina menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan nasib warganegara Myanmar yang berdepan bahaya jika dihantar ke pulang ke negara asalnya Ini selep...
Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 207 hits
Gambar sebagai hiasan 23 02 2021 08 13 PM KUALA LUMPUR 23 Feb Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua Organisasi Bukan Kerajaan untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara bagi menghalang Kerajaan Malaysia menghantar pulan...
Pemimpin Tentera Myanmar Berucap Kali Pertama Sejak Rampasan Kuasa

Pemimpin Tentera Myanmar Berucap Kali Pertama Sejak Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 250 hits
YANGON Pemimpin junta tentera Myanmar menggesa orang ramai supaya mengutamakan fakta dan bukan perasaan sambil menambah bahawa satu pilihan raya akan diadakan dan kuasa akan diserahkan kepada parti yang menang kelak Beliau berkata demikian ...
Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 410 hits
Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini Menerusi hantaran di Instagram Story itu pelakon wanita itu risau de...
Jual Semula Bantuan Di Kem Pelarian Tak Wajar Salahkan Rohingya Ngo

Jual Semula Bantuan Di Kem Pelarian Tak Wajar Salahkan Rohingya Ngo

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 191 hits
Orang ramai tidak wajar menuding jari kepada etnik Rohingya yang menjual semula barangan bantuan seperti apa yang berlaku berhampiran kem pelarian Cox s Bazar Bangladesh baru baru ini Sebaliknya Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Ma...
Kematian Amah Myanmar Mom Kaji Semula Cara Doktor Lapor Penderaan Yang Disyaki

Kematian Amah Myanmar Mom Kaji Semula Cara Doktor Lapor Penderaan Yang Disyaki

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 228 hits
SINGAPURA Kementerian Tenaga Manusia sedang mengkaji semula sistem pelaporan untuk doktor yang menjalankan pemeriksaan wajib setiap enam bulan ke atas pembantu rumah asing menyusuli kematian seorang pembantu dari Myanmar dalam satu kes pend...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Jackson Got7 Tulis Surat Menyentuh Untuk Ibu Bapa Peminat Sambut Hari Lahir Ke 31

Video Gelagat Anak Achey Menangis Salam Raya Raih Perhatian Suruh Minta Maaf Menjerit Pula Dia Hahaha

Ustazah Asma Harun Tegur Wanita Muslim Berjoget Sebelum Ambil Duit Raya Jangan Normalisasikan

Samsung Dilapor Tunda Pelancaran Galaxy S25 Edge

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble