Wanita Ph Mahu Hukuman Lebih Tegas Anggota Polis Salah Laku



Meskipun menerima baik pengumuman Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya menyatakan 11 pegawai polis (PDRM) yang didapati cuai menjalankan tugas dalam insiden hitam mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan dirogol di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada 9 Januari lalu akan diturunkan pangkat atau dibuang kerja, Wanita Pakatan Harapan (PH) tetap mahukan tindakan lebih tegas dilakukan.
Menurut Ketua-ketua Wanita komponen PH itu, sekiranya wujud elemen jenayah dan kecuaian menurut peruntukan undang-undang sedia ada maka anggota-anggota tersebut wajar dihadapkan ke mahkamah dan bukan melalui proses tindakan tatatertib.
Kata mereka, semua yang terlibat itu perlu disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, khususnya di bawah Seksyen 31 yang memperuntukkan bahawa mana-mana orang, menjadi orang yang menjaga anak – menyalahgunakan, mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan anak atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan dia cedera fizikal atau emosi, atau menyebabkan atau membenarkannya (dia) didera, diabaikan, ditinggalkan atau didedahkan atau melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak itu, atau menyebabkan atau membenarkannya (dia) didera sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 20 tahun atau kedua-duanya.
“Dalam hal ini kami juga kesal akan pelbagai reaksi dan komen negatif daripada masyarakat terutamanya warganet yang memperlecehkan wanita serta meremehkan aduan mangsa-mangsa. Komen-komen kebanyakannya bersifat menuding jari kepada mangsa, mempersoalkan kesahihan dakwaan dan menghakimi tindak-tanduk serta penampilan mangsa.
“Kami menegaskan stigma negatif, sikap menyalahkan dan menghakimi mangsa ini merupakan punca utama mangsa enggan tampil membuat laporan kerana khuatir dikutuk masyarakat dan dipersalahkan, sehingga pelaku gangguan seksual terlepas daripada tindakan jenayah mereka.
“Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan berani beberapa mangsa yang telah tampil membuat laporan, walaupun banyaknya cabaran, halangan dan tekanan yang mungkin mereka tempuhi. Keberanian ini perlu dijadikan contoh oleh semua mangsa yang pernah melalui trauma yang sama untuk tampil melaporkan jenayah,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Wanita PH juga menempelak sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan sama ada dakwaan-dakwaan dikemukakan itu palsu atau tidak berasas, kerana realitinya, kata mereka tidak sampai 1% aduan gangguan seksual adalah palsu dan lebih malang lagi majoriti wanita dan keluarga mangsa enggan mengemukakan aduan disebabkan bimbang dikecam oleh masyarakat sekeliling.
“Gejala menghukum mangsa (oleh masyarakat) hanya akan merumitkan lagi usaha menangani gangguan seksual kerana gangguan biasanya berlaku secara peribadi. Kekurangan saksi bagi membuktikan kesalahan pelaku dan ketiadaan undang-undang khusus menangani gangguan seksual menyebabkan hanya dengan sokongan institusi keluarga dan komuniti sekeliling sahaja boleh membantu mangsa keluar daripada situasi gangguan ini.
“Sehubungan itu, kami ingin menzahirkan solidariti kepada semua wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual dan pencabulan dan menyeru mereka agar tidak gentar tampil mendapatkan keadilan serta tidak berdiam diri,” kata mereka.
Selain itu, Wanita PH turut mahu pihak PDRM menyemak kembali dan memperkemaskan prosedur operasi standard menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang penyalahgunaan kuasa serta mengelakkan berulangnya pelbagai kejadian cuai, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
“Kami juga menggesa agar fungsi Parlimen dikembalikan dan bersidang bagi memastikan beberapa Rang Undang-Undang berkaitan dapat segera dibentang dan diluluskan.
“Ini termasuklah Rang Undang-Undang Gangguan Seksual dan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 (menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) 2019), yang telah beberapa kali ditangguhkan kesan daripada tercetusnya politik khianat,” kata mereka lagi.
Wanita PH menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil oleh wanita sekiranya menghadapi gangguan seksual.
i. Merekodkan butiran kejadian dan pelaku serta merakam secara audio dan visual perbuatan itu sekiranya keadaan mengizinkan.
ii. Segera membuat laporan polis supaya siasatan dapat dilakukan. Sebaiknya anda tidak berseorangan, ajak ahli keluarga, rakan atau peguam mengiringi anda membuat laporan polis.
iii. Menghubungi talian-talian sokongan untuk bantuan lanjut seperti :-
Women’s Centre for Change (WCC) – Penang
(04-228 0342 / 011-3108 4001 – Whatsapp);
SNEHAM Malaysia
(+60 1-800-22-5757 – Hotline);
All Women Association Malaysia (AWAM)
(016 237 4331 – Telenita Helpline);
Women Aid Organization (WAO)
(+603 7956 3488 – Helpline / +6018 988 8058 – Whatsapp),
Sister In Islam (SIS)
(012-812 3424 – Telenisa Hotline); dan
Talian Kasih
(15999).
iv. Berkongsi dengan orang yang boleh dipercayai dan dapatkan sokongan.
v. Jika menghadapi trauma atau tekanan, dapatkan nasihat pakar atau kaunselor berdaftar.
vi. Usah berdiam diri kerana anda tidak boleh menghentikan gangguan seksual dengan berdiam diri, sebaliknya aduan anda mampu menyelamatkan lebih ramai orang lain daripada menjadi mangsa.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita DAP Kebangsaan Chong Een, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Senator Aiman Athirah Al Jundi dan Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31517

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai Salah Laku

11 Orang Pegawai Kanan Serta Anggota Polis Di Kenakan Tindakan Kerana Cuai Salah Laku

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap dalam kejadian remaja perempuan dirogol tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri Sarawak 9 Januari lalu sudah ditahan kerja bermula 14 Januari lalu Pengarah Jabatan Integriti da...
Kes Anggota Polis Suruh Wanita Angkat Baju Jika Tidak Mahu Disaman Dipindah Tugasan Lain

Kes Anggota Polis Suruh Wanita Angkat Baju Jika Tidak Mahu Disaman Dipindah Tugasan Lain

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Anggota polis yang dikatakan mengugut untuk menyaman seorang wanita jika dia tidak angkat baju sudah dikeluarkan daripada penugasan sekatan jalan raya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya ber...
Wanita Terkejut Disuruh Buka Baju Oleh Anggota Polis Jika Tidak Mahu Disaman

Wanita Terkejut Disuruh Buka Baju Oleh Anggota Polis Jika Tidak Mahu Disaman

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 652 hits
Di media sosial baru baru kecoh apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan di mana dalam satu kejadian di Pulau Pinang dia telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang baru sahaja memeriksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ing...
Anggota Polis Mesej Wanita Ajak Berkenalan Selepas Tahan Di Sekatan Jalan Disiasat Pdrm

Anggota Polis Mesej Wanita Ajak Berkenalan Selepas Tahan Di Sekatan Jalan Disiasat Pdrm

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 866 hits
Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk berkenalan Dalam ciapan di Twitter akaun rasmi polis PDRMsia membalas ci...
Salah Guna Kuasa Polis Ambil Maklumat Peribadi Wanita Di Sekatan Jalan Raya Untuk Berkenalan

Salah Guna Kuasa Polis Ambil Maklumat Peribadi Wanita Di Sekatan Jalan Raya Untuk Berkenalan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 335 hits
Malaysiakini Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk berkenalan Dalam ciapan di Twitter akaun rasmi polis PDRMsi...
Polis Siasat Dakwaan Anggota Miang Di Roadblock Ugut Saman Wanita Kalau Tak Angkat Baju

Polis Siasat Dakwaan Anggota Miang Di Roadblock Ugut Saman Wanita Kalau Tak Angkat Baju

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 542 hits
February 13 2021 Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu mengenalinya dengan lebih rapat beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi sama Dalam kejadian terbaru seorang wanita membuat laporan polis mendakwa ...
8 Sebab Mengapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal Dan Cara Mengelaknya

8 Sebab Mengapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal Dan Cara Mengelaknya

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 206 hits
Setiap wanita akan putus haid satu hari nanti tapi fasa ini tidak berlaku secara tiba tiba Ada wanita yang putus haid lebih awal daripada wanita lain tapi apakah sebabnya Tanda tanda seperti berpeluh serta mood yang tidak tentu semuanya men...
Dia Buat Laporan Saya Memandu Bahaya Pemuda Dipanggil Polis Beri Keterangan Susulan Kes Wanita Makin Hamun

Dia Buat Laporan Saya Memandu Bahaya Pemuda Dipanggil Polis Beri Keterangan Susulan Kes Wanita Makin Hamun

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 245 hits
3 011 total views 3 011 views today Kakitangan Universiti Putra Malaysia yang tular di media sosial kerana mengeluarkan kata kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya lain tampil memohon maaf atas tindakannya Jika saya salah saya mint...
Gangguan Seksual Anggota Polis Dikeluarkan Daripada Penugasan Sjr

Gangguan Seksual Anggota Polis Dikeluarkan Daripada Penugasan Sjr

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 295 hits
65 total views 65 views today KUALA LUMPUR 15 Feb Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya di Jalan Duta di sini dikeluarkan daripada penugasan SJR Pengara...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia