Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos


PUTRAJAYA, 7 Jan – Malaysia sedang mengkaji perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh tanpa melibatkan kos, yang merupakan salah satu usaha kerajaan menghentikan kegiatan buruh paksa, bagi mengelakkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.
Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata, perbincangan bersama kerajaan Bangladesh untuk terma baharu perjanjian itu, kini dalam peringkat terakhir dan akan serupa dengan perjanjian antara Malaysia dan Nepal tahun lepas mengenai pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang, pekerja dari negara tersebut.
Katanya mengikut perjanjian tersebut, majikan antaranya akan menanggung caj perkhidmatan pengambilan, tiket penerbangan dua hala, caj visa, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan keselamatan dan caj levi.
Kula Segaran berkata, kerajaan Malaysia telah mengenakan sekatan ke atas pengambilan pekerja Bangladesh pada tahun 2018 dan perbincangan bilateral mengenai terma baru pengambilan pekerja tersebut sedang berjalan dengan baik.
Katanya, perbincangan untuk menarik balik sekatan itu antara Malaysia dan Bangladesh telah berjalan sejak sekian lama, dan pasukan petugas Malaysia dijangka akan melawat Bangladesh bulan ini, bagi menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
“Ada hanya beberapa perkara yang belum diselesaikan. Amat sedikit, daripada 10 hingga 12 perkara, (hanya) yang terakhir atau dua perkara yang perlu diselesaikan. Apabila ia diselesaikan, kita akan buka sektor ini. Kerajaan Malaysia bersedia untuk lakukannya (tarik balik sekatan),” katanya kepada pemberita selepas program bertemu pelanggan di sini hari ini.
Kula Segaran berkata demikian mengulas laporan berita semalam, yang menyatakan kerajaan Bangladesh tidak berniat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia, sehingga sistem pengambilan pekerja yang lebih telus, dengan kadar kos lebih rendah dapat dimuktamadkan.
Laporan memetik Menteri Kebajikan Pekerja Luar Negara Imran Ahmad sebagai berkata, pekerja mereka diluar negara menghadapi masalah akibat kos yang tinggi dikenakan, untuk bekerja di Malaysia dengan ada dalam kalangan pekerja yang terpaksa membayar sehingga RM19,000 untuk bekerja di sini antara tahun 2016 dan 2018.
Kula Segaran berkata, perlu ada satu sistem di Bangladesh untuk menghentikan penghantaran pekerja yang tidak diperiksa, dan menambah ada kes di mana ramai pekerja asing telah dieksploitasi oleh agen, yang mengenakan bayaran tinggi.
Katanya, apabila Malaysia menandatangi perjanjian dengan Nepal, salah satu daripada syarat ialah apabila pekerja mereka datang ke Malaysia, ia tidak melibatkan sebarang pembayaran, di mana tiket penerbangan dan lain-lain perbelanjaan perlu ditanggung majikan, dan bukannya pekerja.
Kula Segaran menyatakan kegusarannya mengenai Malaysia yang berkemungkinan menghadapi sekatan daripada Amerika Syarikat, jika tidak ada sebarang penambahbaikan selepas negara itu meletakkan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian Tier 2 dalam Laporan Perdagangan Manusia (TIP) untuk tahun kedua pada 2019.
“Sebab itulah kita cuba meminda undang-undang, kerana banyak undang-undang pekerja kita  telah lapuk, kita mahu jadikan ia terkini,” katanya.
 
Sumber: Bernama
The post Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/08/malaysia-kaji-sistem-pengambilan-pekerja-bangladesh-tanpa-libatkan-kos/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Setuju Sistem Lebih Ketat Ambil Pekerja Bangladesh

Menteri Setuju Sistem Lebih Ketat Ambil Pekerja Bangladesh

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 271 hits
PUTRAJAYA Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran setuju perlu ada sistem lebih ketat untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh Ia susulan laporan akhbar Bangladesh Daily Star pada Ahad lalu yang kerajaan Bangladesh tidak mahu menghanta...
Sistem Pendidikan Malaysia Taraf Antarabangsa Diiktiraf Dunia

Sistem Pendidikan Malaysia Taraf Antarabangsa Diiktiraf Dunia

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 284 hits
KUALA NERUS 2 Jamadilawal 1441H Ahad Sistem pendidikan tinggi Malaysia yang bertaraf antarabangsa sering dijadikan contoh dan panduan oleh banyak negara di dunia Perkara itu diakui oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Sheikh Prof Dr Ahme...
Malaysia As A Manufacturing Marvel

Malaysia As A Manufacturing Marvel

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 204 hits
The current US China trade war is shaking up the global economic order The US tariffs on Chinese imports are causing China long the world s manufacturing powerhouse to slowly lose its allure Countries around the world especially the US are ...
Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini

Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 607 hits
Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini Hari ini Malaysia akan berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang jarang berlaku gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai Johor dan Serian di Sarawak Kali terakhir fenomena alam in...
Malaysia To Set Up A National Media Council

Malaysia To Set Up A National Media Council

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 231 hits
Old forms of media have become 8220 obsolete 8221 and Malaysia has to embrace new technologies and methods of disseminating information said Mohamed Hanipa File Photo NEW DELHI Malaysia plans to set up a national body to look after media re...
Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang

Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 439 hits
Dunia sudah maklum mengenai kekejaman kerajaan China terhadap etnik Ugyhur yang beragama Islam di Xinjiang Sama ada mahu bersuara mempertahankan mereka atas dasar kemanusiaan atau sekadar berpeluk tubuh menantikan keajaiban berlaku terpulan...
Inilah Senarai Skandal Terbesar Industri K Pop Kesayangan Dak Hipster Malaysia Bagi Tahun 2019

Inilah Senarai Skandal Terbesar Industri K Pop Kesayangan Dak Hipster Malaysia Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 513 hits
Sedar tak sedar kita sudah pun tiba ke penghujung tahun 2019 Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu kan Kalau dilihat dalam tempoh setahun ini banyak betul kontroversi yang melanda khususnya dalam industri Korean Pop atau lebih dikenali seb...
Pizza Hut Malaysia Introduced Durian Cheese Pizza

Pizza Hut Malaysia Introduced Durian Cheese Pizza

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 745 hits
Pizza Hut Malaysia Introduced Durian Cheese Pizza Durian Oh Durian Oh Ni bukan nak cerita pasal drama Melayu 2019 yang baru tu ataupun tentang musim durian yang makin nak dekat hujung tahun makin hot tu tapii nak cerita pasal Pizza Durian K...
Honor 9x Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm999 Murah Wei

Honor 9x Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm999 Murah Wei

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 510 hits
Honor Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Honor 9X Di Malaysia ia akan ditawarkan pada harga RM999 Honor 9X hadir dengan skrin 6 59 inci menyeluruh kamera swafoto yang disembunyikan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator