Malaysia Hasil Kit Ujian Covid 19 Salixium Sensitiviti 91 23 Ketepatannya 100


 
Mudah digunakan di rumah, menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.23 peratus adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 pertama buatan Malaysia, Salixium.


Salixium dihasilkan MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) yang turut diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob berkata, Salixium adalah produk tempatan daripada inovasi dan bakat anak tempatan.


Menurutnya, tercetusnya idea itu pada April lalu apabila MeDKAD berkolaborasi dengan Reszon Diagnostics International Sdn Bhd selepas mendapati kes Covid-19 semakin membimbangkan.


"Kami merasakan sudah sampai masa perlunya Malaysia mempunyai kit kendiri ciptaan tempatan supaya stok itu dalam kawalan tempatan serta membuktikan ia inovasi yang bukan calang-calang.


"Hasil ujian yang dilaksanakan kami menunjukkan bahawa sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus, manakala ketepatannya ialah 100 peratus.


"Keputusan sama juga dihasilkan daripada sampel menggunakan Salixium dengan keputusan oleh makmal IMR KKM," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.


Beliau berkata, inisiatif pihaknya adalah mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk sama dari luar negara.


Menurutnya, apabila bergantung kepada produk import, ada masalah harga tinggi apabila berlakunya permintaan tinggi dan stok terhad.


"Daripada segi lain kita boleh juga kawal kualiti, mutu dan memastikan barang digunakan tiada unsur haiwan atau berkaitan halal yang agak sensitif bagi kalangan kita. Halal itu penting untuk membezakan kami dengan produk import luar dan ini juga adalah syarat untuk kami eksport ke Arab Saudi.


"Salixium sudah mula dijual 19 Julai lalu menerusi dalam talian, manakala jualan di farmasi bermula pada 21 Julai lalu dengan harga RM39.90 seunit," katanya.


Ditanya sasaran jualan, Ezuan berkata pihaknya menjangkakan untuk bulan pertama ini sejuta kit dijual dan pada Ogos dijangkakan pihaknya sudah bersedia untuk eksport di Asia Tenggara dengan jualan dijangkakan meningkat kepada lima juta kit.


Buat masa ini katanya, separuh daripada sasaran penjualan sejuta kit sudah pun dicapai.


Salixium digunakan dengan mengambil calitan air liur dan hidung menggunakan dua batang alat calitan dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 10 hingga 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif).


Ezuan berkata, antara sebab diperkenalkan uji kendiri itu untuk menggalakkan orang ramai melakukan saringan lebih awal atau persediaan pertahanan diri lapisan pertama secara sendiri.


"Jika rasa bergejala atau kontak rapat dengan pesakit Covid-19, boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu bergaul dengan orang luar.


"Andainya positif Covid-19 maka boleh terus asingkan diri dan hubungi KKM untuk tindakan seterusnya.



"Kalau tidak mereka perlu pergi ke klinik, bercampur gaul dengan orang lain dan risiko menjangkiti pula. Kita nak saringan berlaku lebih awal, Insha-Allah cara ini boleh membantu," katanya.


Kit ujian Covid-19 kendiri Salixium mudah digunakan, hasil keputusan tepat
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/735427/kit-ujian-covid-19-kendiri-salixium-mudah-digunakan-hasil-keputusan-tepat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/07/malaysia-hasil-kit-ujian-covid-19.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Jenama Salixium Buatan Malaysia Dilancarkan

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Jenama Salixium Buatan Malaysia Dilancarkan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 298 hits
Kit ujian kendiri Covid 19 jenama Salixium buatan Malaysia dilancarkan Ketika rakyat Malaysia masih bergelut dengan pandemik Covid 19 mereka diberi pilihan lebih mudah untuk melakukan ujian dengan kit ujian kendiri yang dilancarkan Kementer...
Laksana Harga Siling Kit Ujian Saringan Covid 19 Kendiri

Laksana Harga Siling Kit Ujian Saringan Covid 19 Kendiri

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 331 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa mengenakan kawalan harga dan memberi rebat cukai ke atas syarikat syarikat yang mengguna alat terbaharu melaksanakan saringan Covid 19 kendiri ke atas para pekerja mereka Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivaras...
Thailand Lulus Kit Ujian Antigen Covid 19 Dijual Kepada Orang Awam

Thailand Lulus Kit Ujian Antigen Covid 19 Dijual Kepada Orang Awam

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 240 hits
Thailand lulus kit ujian antigen Covid 19 dijual kepada orang awam Dikemas kini 36 saat yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 202
Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 337 hits
Malaysia has the 11th highest Covid 19 deaths per day says Lim Kit Siang PETALING JAYA After the record 199 Covid 19 deaths reported yesterday DAP veteran Lim Kit Siang says Malaysia has surpassed the likes of Indonesia and India in daily f...
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 240 hits
MDA bakal senaraikan kit yang diluluskan di laman webnya PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID 19 untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia Dalam satu kenyataan Pihak Berku...
Kit Ujian Covid 19 Boleh Dibeli Di Sunlight Pharmacy

Kit Ujian Covid 19 Boleh Dibeli Di Sunlight Pharmacy

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 314 hits
GMate COVID 19 Ag Saliva Home Kit KOTA KINABALU Kementerian Kesihatan menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID 19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan d...
Malaysia In World First Hepatitis C Self Testing Kit Pilot

Malaysia In World First Hepatitis C Self Testing Kit Pilot

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 340 hits
A finger prick type self testing kit prototype being used GEORGE TOWN The health ministry will give out self testing kits for Hepatitis C from next week as part of a world first trial in an attempt to identify the undiagnosed millions who m...
Crushed By Covid Malaysia Now Has One Of The World S Fastest Vaccination Rates

Crushed By Covid Malaysia Now Has One Of The World S Fastest Vaccination Rates

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 284 hits
Six weeks after entering a nationwide lockdown Malaysia is in a state of paralysis Hospitals and their staff are overwhelmed the unemployed are going hungry the economy is reeling and the infection rate has continued to climb reaching a lev...
Covid 19 Di Malaysia Melepasi Angka Sejuta 17 045 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini

Covid 19 Di Malaysia Melepasi Angka Sejuta 17 045 Kes Positif Baharu Di Rekod Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 330 hits
PUTRAJAYA Perkara dibimbangi menjadi kenyataan apabila Malaysia melepasi angka sejuta dengan pertambahan 17 045 kes COVID 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes COVID 19 di negara k...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life