Kit Ujian Kendiri Covid 19 Jenama Salixium Buatan Malaysia Dilancarkan



Kit ujian kendiri Covid-19 jenama ‘Salixium’ buatan Malaysia dilancarkan. Ketika rakyat Malaysia masih bergelut dengan pandemik Covid-19, mereka diberi pilihan lebih mudah untuk melakukan ujian dengan kit ujian kendiri yang dilancarkan.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini meluluskan pengimportan dan pengedaran dua kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.
Kelulusan itu diberikan menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) iaitu sebuah agensi di bawah kementerian yang bertanggungjawab dalam kawal selia dan pendaftaran peranti perubatan.
Salah satu kit itu, Salixium adalah dihasilkan di Malaysia oleh syarikat teknologi kesihatan berpangkalan di Shah Alam, MeDKAD Sdn Bhd.
Kit ujian Salixium mengandungi peranti ujian Antigen Pantas Covid-19, satu tiub penyangga pengekstrakan dan penitis, dua swab pakai buang, satu beg sampah dan kertas panduan. (Gambar Ambrose Goh) Menurut pengurus projek MeDKAD Syahriah Razak, Salixium adalah ujian Antigen RTK (Kit Ujian Pantas) yang menggunakan teknologi immunokromatografi yang mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam saliva atau air liur manusia dan spesimen calitan hidung.
Dia menyifatkannya sebagai produk pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan di makmal MeDKAD di Taman Teknologi Malaysia. Proses pembuatannya juga dibangunkan dalam negara.
Salixium mempunyai kepekaan sebanyak 91.23% dan spesifisiti sebanyak 100%.
Menurut Syahriah, kit ujian ini juga mesra pengguna dan tidak invasif.Dia berkata MeDKAD bekerjasama dengan Reszon Diagnostic dan matlamat mereka adalah “menghasilkan kit ujian kendiri antigen pantas yang menggunakan air liur dan calitan hidung supaya mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia”.
“Kami berharap ia akan menyediakan perlindungan lapisan pertama atau pertahanan terhadap Covid-19 kerana pengesanan awal boleh mengurangkan penularan virus dalam komuniti,” katanya.
Setiap kit Salixium mengandungi peranti ujian Antigen Pantas Covid-19, satu tiub penyangga pengekstrakan dan penitis, dua swab pakai buang, satu beg sampah dan kertas panduan.
Mereka yang menggunakan kit ujian ini tidak seharusnya mengambil makanan, merokok, mengunyah atau meminum sesuatu selain air masak 30 minti sebelum ujian.
Mereka perlu mencuci tangan sebersihnya selama 20 saat menggunakan sabun dan air. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan gel sanitasi tangan.
Ini adalah panduan melakukan ujian:
Mula-mula, keluarkan tiub penyangga pengekstrakan dan masukkan ke dalam pemegang tiub. Tanggalkan lapisan aluminum dan pastikan cecair itu tidak tumpah. Kemudian ambil satu swab pakai buang dan sapu bahagian hujung pada bahagian dalam pipi kiri dalam pergerakan ke atas dan bawah sebanyak lima kali. Ulangan pada pipi kanan dan lelangit. Masukkan swab dalam tiub pengekstrakan. Kemudian, ambil satu lagi swab pakai buang, masukkan hujungnya ke dalam lubang hidung pada kedalaman kira-kira 2cm. Pusingkannya sebanyak lima kali. Lakukan perkara sama pada sebelah hidung lagi. Masukkan swab kedua ke dalam tiub pengekstrakan sama. Pastikan bahagian hujung swab itu berada tenggelam dalam cecair dalam tiub dan goncang dengan kuat selama 10 minit. Selepas itu, picit cecair daripada kedua-dua swab untuk memastikan ia berada dalam tiub sebanyak mungkin sebelum membuangnya dalam beg sampah. Pastikan beg itu ditutup kemas. Tutup tiub dengan kuat dan campurkan cecair sampel secara menyeluruh. Kemudian keluarkan peranti ujian secara perlahan-lahan. Anda akan melihat dua garisan iaitu garisan kawal (C) dan garisan ujian (T) Letakkan peranti di atas permukaan bersih dan letakkan label. Campurkan dua titis cecair sampel kepada atas sampel itu dan pastikan tidak ada gelembung udara. Anda boleh mendapatkan keputusan ujian itu dalam tempoh 15 minit sahaja.
Salixium mempunyai kepekaan sebanyak 91.23% dan spesifisiti sebanyak 100%. (Gambar Ambrose Goh) Bagaimana ingin melihat keputusan?
Syahriah berkata dua garisan berwarna pada garisan C dan T akan menunjukkan jangkitan Covid-19. Sekiranya ia adalah keputusan anda, segera dapatkan nasihat doktor. Ujian PCR mungkin diperlukan untuk mengesahkan keputusan.
Sementara itu, anda harus melakukan pengasingan kendiri untuk mencegah penularan virus kepada orang lain.
Sekiranya terdapat satu jalur warna pada garisan C, ia bermakna virus tidak dikesan. Bagiamanapun, jika tiada jalur warna yang kelihatan pada garisan C, ia bermakna keputusan itu tidak sah dan anda harus mengulangi ujian dengan peranti baharu.
Berapa harga kit ujian kendiri Salixium dan di mana ia dijual?
Menurut Syahriah, ujian kit kendiri Antigen Covid-19 Salixium ini berharga RM39.90 dan boleh didapati di semua farmasi berdaftar dan pusat kemudahan kesihatan. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.salixium.com untuk membuat pembelian.
Kit ujian kendiri Covid-19 jenama ‘Salixium’ buatan Malaysia dilancarkan
Baca Artikel Menarik :
Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan Isteri Misbun Sidek meninggal dunia Resepi Ayam Kung Pao Juicy Layari Laman Facebook MYKMU
Apa jaminan TH ‘bersih’ salah laku jika dikawal BNM?

The post Kit ujian kendiri Covid-19 jenama ‘Salixium’ buatan Malaysia dilancarkan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/24/kit-ujian-kendiri-covid-19-jenama-salixium-buatan-malaysia-dilancarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Hasil Kit Ujian Covid 19 Salixium Sensitiviti 91 23 Ketepatannya 100

Malaysia Hasil Kit Ujian Covid 19 Salixium Sensitiviti 91 23 Ketepatannya 100

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 383 hits
Mudah digunakan di rumah menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91 23 peratus adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid 19 pertama buatan Malaysia Salixium Salixium dihasilkan MeDK...
Laksana Harga Siling Kit Ujian Saringan Covid 19 Kendiri

Laksana Harga Siling Kit Ujian Saringan Covid 19 Kendiri

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 323 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa mengenakan kawalan harga dan memberi rebat cukai ke atas syarikat syarikat yang mengguna alat terbaharu melaksanakan saringan Covid 19 kendiri ke atas para pekerja mereka Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivaras...
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 238 hits
MDA bakal senaraikan kit yang diluluskan di laman webnya PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID 19 untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia Dalam satu kenyataan Pihak Berku...
Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 334 hits
Malaysia has the 11th highest Covid 19 deaths per day says Lim Kit Siang PETALING JAYA After the record 199 Covid 19 deaths reported yesterday DAP veteran Lim Kit Siang says Malaysia has surpassed the likes of Indonesia and India in daily f...
Thailand Lulus Kit Ujian Antigen Covid 19 Dijual Kepada Orang Awam

Thailand Lulus Kit Ujian Antigen Covid 19 Dijual Kepada Orang Awam

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 234 hits
Thailand lulus kit ujian antigen Covid 19 dijual kepada orang awam Dikemas kini 36 saat yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 202
Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Dilapor Dalam Mysejahtera

Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Dilapor Dalam Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 223 hits
Keputusan ujian kit kendiri perlu dilapor dalam MySejahtera Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID 19 sama ada positif negatif atau tidak sah perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySej...
Kit Ujian Covid 19 Boleh Dibeli Di Sunlight Pharmacy

Kit Ujian Covid 19 Boleh Dibeli Di Sunlight Pharmacy

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 307 hits
GMate COVID 19 Ag Saliva Home Kit KOTA KINABALU Kementerian Kesihatan menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID 19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan d...
1 013 438 Kes Covid 19 Di Malaysia

1 013 438 Kes Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 274 hits
Sudah cecah 1 juta secara rasmi Covid 19 17 045 kes tertinggi direkodkan PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 17 045 kes Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan kini melepasi tahap 1 juta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia