Malaysia Coffee Fest 2019 Arissto Membawa Nikmat Kopi Itali Sebenar
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Secara jujur Maha bukan coffee lover tapi kalau setakat nak minum secawan tu boleh lah bukan selalu atau setiap waktu. Itu sebelum Maha mengenali Kopi Arissto ni lah. Firstime kenal jenama Arissto ini adalah semasa mereka mengadakan majlis The Birth Of Arissto Tea awal bulan Julai juga. Waktu tu baru tahu ada jenama kopi dan teh yang berasal dari Itali ni
Waktu tu dah jatuh cinta pada mereka punya produk baru iaitu teh memang kena dengan selera tekak Maha ni. Pulak tu ada pelbagai kapsul untuk teh ini yang korang boleh hasilkan mengguna mesin tekanan tinggi mereka. Rupanya mesin tu juga sebelum ini digunakan untuk menghasilkan minuman kopi berkualiti dan terbaik dari Arissto. Majlis Pelancaran Teh Arissto 7 Julai 2019
Sejak tu mula jinak-jinak dengan minuman kopi ini dan sedikit demi sedikit belajar macam mana mereka hasilkan kopi yang berkualiti dan juga bagai mana ia menjadi satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Kebetulan pula hujung mingg lepas 25 Julai hingga 28 Julai 2019 telah berlangsungnya Malaysia Coffee Fest 2019 di New Wing 1Utama Shopping Centre. Jadi masa itu lah Maha gunakan untuk terus mendekati jenama kopi ini yang orang kata paling berbaloi kalau di ambil
Masa kat pesta selama 4 hari tu satu hari Maha habiskan masa kat booth Arissto. Nak ketahui tentang produk dan juga pakej yang mereka tawarkan. Percaya atau tidak korang bahawa Arissto adalah satu-satunya jenama kopi antarabangsa yang menyediakan pakej sewa peralatan untuk membancuh kopi ini serendah RM1 sebulan. Mesin mereka tu menggunakan teknologi stim tekanan tinggi Itali Espresso dan membangunkan Presso untuk menghasilkan kopi paling pekat dan likat
Arissto telah melancarkan pakej ini yang membolehkan semua pemegang kad kredit dan kad debit menikmati mesin kapsul Itali yang inovatif. Yuran ini juga merangkumi semua yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk mesin kopi, jadi korang boleh menikmati kopi terbaik tanpa rasa bimbang. Juga paling best tanpa terikat dengan kontrak dan bila-bila masa sahaja korang boleh hentikan langganannya.
Kalau nak mudah korang boleh tengok jadual ini dimana ada peberapa pakej yang ditawarkan oleh Arissto iaitu untuk langganan sebagai Member, VIP dan Gold. Korang hanya perlu untuk langgan 20 kapsul secara bulanan sahaja. Contoh korang ambil pakej member biasa satu kapsul jatuh RM2.16 dan darab dengan 20 kapsul jadi RM43.20 campur dengan mesin bulanan hanya RM1 jadi mereka akan tolak dalam akauan anda hanya RM44.20 sebulan.
Kalau nak tahu lanjut korang boleh contact ejen mereka yang ada kat serata Malaysia. Mereka boleh bantu korang untuk keterangan lebih lanjut pasal pakej-pakej ini. Maha hari tu dengar sendiri baru faham dan jelas tentang pakej ini. Mereka ada juga pakej untuk langganan koporat atau yang nak letak kat pejabat bagi staff minum kopi setiap hari pun ada. Dengan harga yang istimewa dan menarik kalau korang rasa jenama lain agak membebankan.
Kalau korang tanya tentang jenis kapsul kopi atau teh yang Arissto ada mereka memang ada banyak rasa. Kalau kopi mereka ada beberapa jenis kopi antaranya iaitu Amico, Luna, In Love, Sunrise, Lonely, Passion, Choco dan Coffee Milk. Semua ni boleh buat dengan menggunakan mesin Arissto tersebut. Kalau peminat teh pula mereka ada beberapa rasa juga seperti Prince, Princess, The Queen, The King dan Earl. Semua ni korang memang kena cuba sendiri kalau korang datang masa pesta hari tu memang boleh cuba semua kopi dan teh Arissto ni secara percuma ok memang puas minum
Tu lah untung kalau ada pesta macam hari tu kena datang terutama pecinta kopi dan teh sendiri. Dapat cuba dapat tahu tentang kepelbagaian jenis kopi. Arissto ini adalah salah satu yang menarik bagi Maha bukan sahaja pakej tapi juga kualiti minuman mereka. Kalau nak info lanjut boleh layari laman web dan sosial media mereka seperti di bawah ok.
Laman web : https://arissto.com/my/Facebook : https://www.facebook.com/arisstoofficial
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/07/malaysia-coffee-fest-2019-arissto-kopi-itali-sebenar.html