Malaysia Airports Jaminan Keselamatan Di Semua Lapangan Terbang


Dengan pengumuman kerajaan Malaysia berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan lebih banyak kelonggaran bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, Malaysia Airports memberi jaminan bahawa kesemua lapangan terbang di Malaysia adalah selamat dan bersedia dalam membolehkan pembukaan semula sektor pelancongan dan laluan udara domestik negara.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Malaysia Airports, organisasi tersebut akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kesemua rakan niaga udara dan peruncitan dalam memastikan semua langkah-langkah keselamatan dilaksanakan dengan penuh perhatian di setiap lapangan terbang dan memastikan setiap kakitangan lapangan terbang bersiap sedia untuk beroperasi dalam normal baharu pengangkutan udara.
Situasi di Malaysia yang semakin bertambah baik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 18 Mac akan melonjakkan permintaan ke atas penerbangan, dan dalam menjangkakan situasi ini Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, Malaysia Airports komited untuk memberikan sokongan penuh kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk kembali beroperasi dan menambahkan lagi tawaran penerbangan mereka.
Beliau menambah, Malaysia Airports memberikan jaminan kepada penumpang-penumpang bahawa mereka boleh menggunakan lapangan terbang dengan selamat serta lancar memandangkan kesemua lapangan terbang Malaysia Airports telah bersiap sedia dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan di sepanjang pengalaman penumpang di lapangan terbang.
“Objektif utama kami adalah untuk menyediakan aliran penumpang yang selamat dan selesa untuk kedua-dua penumpang ketibaan dan pelepasan. Daripada memberikan fokus kepada langkah penjarakan sosial yang ketat hingga ke memastikan barangan perlindungan peribadi yang mencukupi, kami juga berkhidmat untuk menyokong protokol keselamatan rakan niaga penerbangan kami,” kata Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh.
Penumpang-penumpang akan turut dilindungi dalam aspek kesihatan dan keselamatan agar mereka boleh menikmati pengalaman lapangan terbang tanpa kontak dengan pelaksanaan teknologi pengecaman wajah, pemeriksaan keselamatan tanpa kontak di checkpoint dan perlindungan perisai bersin di kaunter-kaunter, sementara pegawai-pegawai pematuhan keselamatan Malaysia Airports akan membuat rondaan di terminal untuk memastikan penjarakan sosial diamalkan secara bertanggungjawab oleh penumpang pada setiap masa.
Malaysia Airports turut bekerjasama dengan rakan-rakan niaga peruncitannya bukan sahaja dalam memastikan persekitaran yang disanitasi tetapi juga dalam memupuk pelaksanaan sistem pembayaran elektronik menerusi aplikasi pembayaran mobil seperti Boost, Touch ‘n Go, Grab Pay, mPAY dan Samsung Pay agar pengunjung dapat membeli-belah dengan ketenangan hati. Malaysia Airports turut memberikan sepenuh kerjasama terhadap usaha kerajaan negeri Selangor dalam menyediakan aplikasi pengesanan kontak ‘SELangkah’ oleh setiap peruncit lapangan terbang.
Dengan pembukaan semula pelancongan domestik, Malaysia Airports mengingatkan penumpang-penumpang kepada normal baharu dan meminta kesemua penumpang untuk mematuhi prosedur-prosedur di setiap lapangan terbangnya:
1. Penumpang diwajibkan untuk memakai topeng muka di lapangan terbang. Topeng muka harus dipakai sebelum memasuki bangunan terminal. Anda tidak akan dibenarkan memasuki terminal tanpa topeng muka.
2. Hanya penumpang yang memiliki tiket penerbangan atau pas masuk yang sah sahaja dibenarkan memasuki terminal. Orang lain tidak dibenarkan memasuki terminal. Untuk terminal klia2, orang lain hanya dibenarkan memasuki sehingga gateway@klia2 Shopping Mall sahaja.
3. Penumpang-penumpang pelepasan akan melalui pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki bangunan terminal. Penumpang-penumpang dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius tidak dibenarkan meneruskan perjalanan.
4. Mengekalkan jarak 1 meter di setiap bahagian terminal. Penumpang dinasihatkan untuk mematuhi penanda-penanda penjarakan sosial yang ditempatkan di kemudahan-kemudahan awam termasuk travellator, eskalator, lif dan di kawasan tempat duduk.
5. Gunakanlah bilik-bilik air bersih yang disediakan oleh Malaysia Airports untuk mencuci tangan sekerap mungkin sebelum dan selepas penerbangan anda. Malaysia Airports telah turut menempatkan cecair nyahkuman di sekitar lapangan terbang.
6. Penumpang-penumpang turut dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan berkaitan berhubung garis panduan selanjutnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menaiki pesawat.
7. Penumpang-penumpang pelepasan dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum penerbangan untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat pelaksanaan prosedur-prosedur tambahan ini.
Sumber: Malaysia Airports
The post Malaysia Airports: Jaminan Keselamatan di Semua Lapangan Terbang appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2020/06/12/malaysia-airports-jaminan-keselamatan-di-semua-lapangan-terbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Airports Assures Safety And Seamless Travel Experience At Airports

Malaysia Airports Assures Safety And Seamless Travel Experience At Airports

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 249 hits
With the Malaysian government s announcement of Recovery Movement Control Order with more relaxed conditions from 10 June to 31 August Malaysia Airports reassures all passengers that its airports are safe and well prepared to enable the reo...
Malaysia Airports Acts Against Rude Staff After Singer S Complaint

Malaysia Airports Acts Against Rude Staff After Singer S Complaint

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 260 hits
Nourul Huda Abdul Wahab says her family was treated rudely by an aviation security employee at KLIA PETALING JAYA Malaysia Airports today said it had taken disciplinary action against an aviation security employee after singer Nourul Huda A...
Penerbangan Batal Akibat Perintah Berkurung Pemain Bola Sepak Tidur Di Lapangan Terbang 74 Hari

Penerbangan Batal Akibat Perintah Berkurung Pemain Bola Sepak Tidur Di Lapangan Terbang 74 Hari

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 367 hits
Penerbangan batal akibat perintah berkurung pemain bola sepak tidur di lapangan terbang 74 hariMuller kini dipindahkan ke sebuah hotel dan akan tinggal di situ sehingga penerbangan antarabangsa beroperasi semula Skiphonda com myLearn MoreSE...
Kapal Terbang Pos Asia Cargo Milik Pos Malaysia

Kapal Terbang Pos Asia Cargo Milik Pos Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 753 hits
POS MALAYSIA MULA MENGGUNAKAN PESAWAT SENDIRIPenerbangan pertama Kapal Terbang Pos Asia Cargo Jumaat lalu di KLIA Perkhidmatan pos menggunakan kapal terbang bagi meningkatkan urusan penghantaran surat dan bungkusan Tahniah Pos Malaysia Berh...
Malaysia Airports Sees Increase In Local Flights Under Rmco

Malaysia Airports Sees Increase In Local Flights Under Rmco

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 271 hits
MAHB says the flight schedule by AirAsia for the June 10 30 period showed an average of 22 domestic flight movements daily from Kuala Lumpur to both domestic and international destinations PETALING JAYA Malaysia Airports has seen a gradual ...
Foodpanda Perkenalkan Contactless Delivery Sebagai Langkah Keselamatan Pelanggan Di Malaysia

Foodpanda Perkenalkan Contactless Delivery Sebagai Langkah Keselamatan Pelanggan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 632 hits
Assalamualaikum Hi Korang Foodpanda Perkenalkan Contactless Delivery Sebagai langkah Keselamatan Pelanggan di Malaysia Harini saya nak share berita gembira dengan anda semua Ya berita gembira buat semua rakyat Malaysia yang kini tidak perlu...
Nasi Kari Atuk Kini Di Kfc Malaysia Yang Pasti Memikat Hati Semua

Nasi Kari Atuk Kini Di Kfc Malaysia Yang Pasti Memikat Hati Semua

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 403 hits
Nasi Kari Atuk Menu Terbaharu KFC Malaysia Kalau pikir ayam goreng pasti akan terbayang jenama KFC kan Sure ramai yang akan terbayang ayam goreng yang cukup rangup dan fresh Keenakkan rasa ayam yang tiada tandingannya serta menjadi kegemara...
Lapangan Terbang Baghdad Dibedil Serangan Roket

Lapangan Terbang Baghdad Dibedil Serangan Roket

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 255 hits
BAGHDAD 17 Syawal 1441H Selasa Sebuah roket telah membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Isnin dipercayai sebagai serangan lain ke atas pasukan Amerika Syarikat Menurut pegawai keselamatan serangan berkenaan tidak menyebabkan
Jaminan Keselamatan Makanan Lebih Mencabar

Jaminan Keselamatan Makanan Lebih Mencabar

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 200 hits
DALAM pasca dunia moden dengan jumlah populasi manusia mencecah seramai lapan bilion pelaksanaan jaminan keselamatan makanan menjadi lebih mencabar untuk memastikan penduduk dunia mendapat makanan yang selamat Keselamatan makanan pada amnya...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti