Jaminan Keselamatan Makanan Lebih Mencabar




DALAM pasca dunia moden dengan jumlah populasi manusia mencecah seramai lapan bilion, pelaksanaan jaminan keselamatan makanan menjadi lebih mencabar untuk memastikan penduduk dunia mendapat makanan yang selamat.
Keselamatan makanan pada amnya merupakan proses kawalan bagi memastikan makanan bebas daripada pencemaran mikroorganisma, kimia, fizikal dan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, sekali gus menyebabkan jangkitan penyakit bawaan makanan.
Sehubungan itu, Hari Keselamatan Makanan Sedunia dengan slogan ‘Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama’ disambut hari ini di seluruh dunia selepas diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lalu.
Dengan adanya Hari Keselamatan Makanan Sedunia, ia menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada semua pihak dalam mencegah, mengesan serta menguruskan risiko penyakit bawaan makanan.
Di Malaysia, kerajaan memberikan tanggungjawab memantau keselamatan makanan yang dijual di pasaran termasuk yang diimport dan dieksport kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Pengarah Kanan BKKM, Mohd Salim Dulatti berkata, perancangan, pemantauan dan penilaian aktiviti kawalan keselamatan makanan dilaksanakan melalui BKKM melibatkan peringkat negeri, daerah serta pintu masuk negara.
“Makanan di pasaran tempatan atau diimport perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya bagi memastikan makanan yang dipasarkan selamat,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dari tahun 2018 sehingga 2019, nilai pengeksportan makanan telah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM158.5 bilion.
“Nilai pengeksportan yang tinggi membuktikan kepercayaan negara-negara pengimport terhadap jaminan keselamatan makanan dan kebolehpasaran produk keluaran Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.
Mohd Salim berkata, kawalan import makanan di pintu masuk dilaksanakan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) bagi menguruskan kawalan makanan import berdasarkan kepada risiko.“Pada tahun 2018 hingga 2019, kira-kira 250 juta tan metrik konsainan makanan dengan anggaran nilai RM80 bilion telah diimport ke negara ini,” katanya.
Mengulas mengenai sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertemakan ‘Keselamatan Di Pasar’ pada tahun ini, Mohd Salim berkata, kementerian akan mengadakan aktiviti kesedaran keselamatan makanan di pasar kerana ia merupakan tempat utama orang ramai mendapatkan sumber bekalan bahan mentah dan makanan.
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Peruma-han dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2019, terdapat sebanyak 480 pasar awam termasuk pasar basah dan pasar kering di seluruh Malaysia yang berlesen dengan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
Mohd Salim Dulatti
Menurutnya, pelbagai punca pencemaran boleh berlaku di pasar sekiranya pengendalian bahan mentah dan makanan tidak dikendalikan dengan bersih serta selamat.
“Maka, pihak yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan di pasar dan peniaga perlu sentiasa memastikan kebersihan sumber bekalan serta makanan yang dijual,” katanya.
Wujudkan garis panduan pasar bersih
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan untuk mewujudkan satu Garis Panduan Pasar Bersih dan Selamat sebagai rujukan serta panduan kepada pihak pengurusan dan peniaga di seluruh Malaysia.
Pengarah Kanan BKKM, Mohd Salim Dulatti berkata, dengan panduan tersebut, tahap kebersihan dan keselamatan makanan di pasar dapat dipertingkatkan, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna.
Menurutnya, BKKM juga merancang untuk mengadakan pertandingan pasar bersih pada tahun ini sebagai sebahagian daripada acara sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia.
“Ia dalam perancangan dan akan mendorong peniaga serta pihak pengurusan pasar untuk memberi lebih penekanan terhadap aspek keselamatan makanan,” katanya.
Beliau berkata, Hari Keselamatan Makanan Sedunia menyediakan peluang terbaik untuk mengingatkan semua pihak kepentingan keselamatan makanan tentang peranan yang boleh dimainkan.
“Masyarakat tidak usah panik apabila berdepan dengan perkara-perkara berkaitan keselamatan makanan. BKKM sentiasa memantau isu keselamatan makanan supaya makanan yang diambil terjamin,” katanya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat atau membuat aduan secara terus melalui laman sesawang http://moh.spab. gov.my atau Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (www.facebook.com/bkkmhq).
INFO
Fakta keselamatan makanan Di seluruh dunia:
– 1 dalam setiap 10 orang mengalami keracunan makanan setiap tahun.
– Sekitar 420,000 kematian setahun disebabkan pencemaran makanan.
– 125,000 kematian kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
– Makanan tercemar menyebabkan lebih daripada 200 penyakit seperti cirit-birit dan kanser.
– Penyakit bawaan makanan menghalang pembangunan sosioekonomi.
SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/jaminan-keselamatan-makanan-lebih-mencabar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jaminan-keselamatan-makanan-lebih-mencabar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengangguran Wujudkan Kupon Makanan Lebih Banyak Bantuan Tunai

Pengangguran Wujudkan Kupon Makanan Lebih Banyak Bantuan Tunai

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 374 hits
Penganalisis ekonomi meramalkan gelombang pemberhentian pekerja akan melanda negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan pakej pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kerajaan Perikatan Nasional mampu menangani masalah berkenaan...
Malaysia Airports Jaminan Keselamatan Di Semua Lapangan Terbang

Malaysia Airports Jaminan Keselamatan Di Semua Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 555 hits
Dengan pengumuman kerajaan Malaysia berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan lebih banyak kelonggaran bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos Malaysia Airports memberi jaminan bahawa kesemua lapangan terbang di Malaysia adalah selamat...
Buat Bawang Goreng Sendiri Lebih Rangup Sedap

Buat Bawang Goreng Sendiri Lebih Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 1495 hits
Bawang goreng memang sedap jika ditabur dalam masakan seperti sup bubur dan sebagainya Ia dianggap sebagai penambah rasa dan aroma Kadangkala bawang goreng yang dibeli di kedai tidak menepati cita rasa kita Jadi lebih baik buat sendiri di r...
Lost Generation Anak Anak Kita Makin Ketinggalan Dalam Pelajaran Mak Ayah Perlu Usaha Lebih

Lost Generation Anak Anak Kita Makin Ketinggalan Dalam Pelajaran Mak Ayah Perlu Usaha Lebih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 325 hits
Melihat anak anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian terselit rasa bimbang dalam hati Di manakah nasib masa depan anak anak kita kelak Bagaimana kelak mereka boleh berd...
Bisnes Food Delivery Dari Rumah Lebih Untung

Bisnes Food Delivery Dari Rumah Lebih Untung

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 362 hits
Bisnes Food Delivery Dari Rumah Ramai yang terkesan apabila wabak covid 19 melanda di seluruh dunia Malaysia tidak terkecuali terkena tempias wabak ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan bagi menghalang penularan wabak ...
15 Tips Membeli Tiket Flight Lebih Murah

15 Tips Membeli Tiket Flight Lebih Murah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 403 hits
1 Tempah awal tetapi jangan terlalu awal Tempah tiket sekurang kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh Maka sist...
Lebih 20k Perkongsian Ini Diy Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip Pvc Dengan Modal Murah

Lebih 20k Perkongsian Ini Diy Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip Pvc Dengan Modal Murah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 1206 hits
Langsir jenis ring yang menggunakan batang kayu rod menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang Namun kayu rod yang digunakan agak mahal dan menelan belanja yang besar Ditambah dengan upah pemasangannya ramai yang terp...
Kenapa Ada Individu Lahir Dengan Jari Lebih

Kenapa Ada Individu Lahir Dengan Jari Lebih

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 784 hits
Pernahkah anda melihat seseorang individu yang memiliki bilangan jari lebih Eh memang ada ya manusia berjari lebih Ya mereka mempunyai jari yang berlebihan sama ada di bahagian tangan atau kaki Untuk pengetahuan anda setiap 1 daripada 1 000...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap