Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit


Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung. Tak jemu, tak muak dan sangat membuka selera. Di musim PKP ni, susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara. Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan, bolehlah cuba masak sendiri di rumah guna resipi perkongsian Puan Norasida Yasin ni. Sesekali makan lauk kenduri simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
ANEKA RESIPI LAUK KENDURI SELERA KAMPUNG MUDAH & ENAK
1. GULAI DAGING KERISIK

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
300ml santan
Air secukupnya
3 sudu makan kerisik
3 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3cm halia
3 cm lengkuas
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Daging dibersihkan dan tos.Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi.Tambah ke dalamnya bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.Masukkan dagiang, kacau hingga layu. Tambahkan air dan biarkan mereneh hingga empuk.Setelah daging empuk dan air kering, masukkan asam gelugor serta santan.Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.Akhir sekali masukkan kerisik, dan kecilkan api.Selepas mereneh lebih kurang lima minit, tutup api.Gulai daging merisik sedia dihidangkan.2. DAGING KISMIS

BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci bersih dan tos
3 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap masin
4 sudu makan puri tomato
1 keping gula melaka
200 ml santan
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3cm halia
5 batang serai
1 cawan kismis
BAHAN PENUMIS:
5 ulas bawang merah| hiris
4 kuntum bunga lawing
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Campurkan daging yang telah dihiris dan dibersihkan bersama bahan kisar, puri tomato, semua jenis kicap, kerisik, pes cili, gula melaka dan santan.Gaul rata hingga sebati, masukkan dalam bekas bertutup dan perapnya semalaman di dalam peti sejuk.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang hingga wangi kemudian masukkan rempah penumis.Setelah harum, masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.Jika daging agak liat tambah sedikit air dan biarkan mereneh hingga empuk.Setelah daging empuk, keringkan kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila cukup rasa dan timbul minyak, bolehlah tutup api.Daging Kismis boleh dihidangkan.INFO CHEF: Selain kismis, anda boleh tukar dengan buah prune. Atau campurkan kedua-dua bahan ini dalam masakan.
3. DAGING SOS TIRAM & CENDAWAN SHITAKE

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam halus
6-8 biji cendawan shitake | hiris
1 biji lada banggala merah | hiris
1 biji lada banggala hijau | hiris
2 biji bawang besar | hiris bulat
5 ulas bawang putih |titik
4cm halia muda | hiris batang mancis
3 sudu makan sos tiram
Garam dan sedikit gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging bersama lada sulah dan garam, gaul rata.Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging hingga bertukar warna.Angkat dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.Seterusnya, campurkan hirisan cendawan dan cili benggala merah dan hijau ke dalamnya.Kacau rata, masukkan pula daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama sos tiram.Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.4. DAGING TUMIS KARI

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris, cuci dan tos
1 biji bawang besar | hiris
2 batang serai | titik
3 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kumtum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama serai titik, bawang besar.Setelah wangi masukkan daun kari, kacau seketika masukkan bahan kisar serta pes cili.Kacau rata, setelah pecah minyak masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.Apabila tumisan timbul minyak, masukkan yogurt dan daging, kacau rata.Jika daging agak liat tambahkan air, biarkan hingga masak.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api, terus kacau hingga daging garing dan timbul minyak.Tutup api dan daging sedia dihidangkan.5. DAGING GULAI LEMAK BERSAMA CENDAWAN HITAM

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis, cuci dan tos
1 litter santan
4 batang serai |titik
2 keping asam gelugor
3 hirisan lengkuas | titik
1 mangkuk cendawan hitam | rendam dan hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
4cm kunyit hidup
25-30 cili padi
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan ke dalam periuk hirisan daging bersama bahan kisar.Gaul rata dan letakkan atas api dapur, kacau hingga air daging kering.Masukkan pula santan dan serai, biarkan gulai mereneh atas api sederhana.Setelah daging empuk masukkan asam gelugor, cendawan.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setelah masak, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.6.AYAM MASAK TOMATO

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (bebih kurang1.5 kg) potong kecil
3 biji tomato| buang biji dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 tin puri tomato
1 tin susu cair
4 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Ayam yang dipotong kecil tadi dicuci bersih dan toskannya.
2. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
3. Panaskan minyak , goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
6. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan pes cili kering.
7. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan puri tomato.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Kacau rata dan masukkan santan dan tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Setelah cukup rasa, tutup api dan Ayam Tomato sedia dihidangkan.
7. AYAM KICAP SERAI CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (lebih kurang 1.5kg) | potong kecil dan bersihkan.
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili hijau | hiris memanjang
6 batang serai |titik kasar
25-30 biji cili padi |titik
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula jika perliu
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit.Tumiskan serai dengan hirisan bawang besar hingga wangi.Kemudian baru masukkan bahan kisar dan cili padi yang dititik.Kacau hingga pecah minyak baru masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan manis.Gaul rata dan masukkan ayam.Kecilkan api, dan terus gaul sebati. Tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.Setelah sekata, masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.Tutup api, dan sedia dihidangkan.8.KARI AYAM DENGAN NANGKA MUDA ALA UTARA

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
500gm nangka | potong dadu saiz sederhana dan rebus
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
250gm santan kotak
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
5 ulas buah pelaga
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.Masukkan pes cili, kacau rata .Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Setelah tumisan garing dan pecah minyak.Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam kecut.Masukkan nangka dan sedikit air rebusan nangka serta air asam jawa.Biarkan mereneh atas api sederhana hingga ayam empuk.Masukkan santan, kemudian perasakan dengan garam dan gulu secukupnya.Setelah masak, kecilkan api.Masa yang sama, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rempah penumis serta daun kari hingga wangi.Tutup api dan tuangkan rempah penumis ini ke dalam periuk kari ayam dengan nangka tadi.Kacau rata, tutup api kari dan, ia sedia dihidangkan.9. UDANG MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang | saiz L atau XL
5 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1/2 cawan yogurt
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili merah
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Udang dibersihkan, kemudian gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga bertukar warna kemerahan.Angkat dan ke tepikannya.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.Masukkan bahan kisar serta pes cili kering.Tumis hingga pekat dan pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan tomato.Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.Setelah cukup rasas, tutup api.Udang Masak Merah sedia dihidangkan.10. SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun pucuk ubi | hiris halus
4 helai daun kunyit | hiris halus
20 helai daun kaduk | hiris halus
5 papan petai | ambil isi dan hiris
8 batang serai | hiris halus
300 ml santan pekat
1 cawan tempoyak
1 cawan ikan bilis | kopek dan cuci bersih
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1/2 cawan cili padi | buang tangkai
4 cm kunyit hidup
Segenggan ikan bilis
CARA MEMASAK:
Cuci besih bahan hirisan di bawah air mengalir, kemudian tos.Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama tempoyak serta santan pekat.Seterusnya masukkan ke dalamnya semua bahan hirisan serta ikan bilis tadi.Masak atas api sederhana hingga dedaun dan petai lembutPerasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masak hingga kuah pekat.Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah
Cara Masak Kuah Bakso Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/koleksi-resipi-lauk-kenduri-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

Resipi Pucuk Ubi Goreng Ala Dato Rizalman Rangup Sedap Boleh Tahan Sampai 2 Minggu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 363 hits
Bagi yang pernah melihat Dato Rizalman menyediakan pucuk ubi goreng pastinya teringat ingat akan resipi yang satu ini Nampak sedap dan paling penting rangup ketika dimakan bersama nasi panas Memang sedap Nak tahu macam mana nak masak pucuk ...
Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung Lauk Simple Je Tapi Ramai Suka

Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung Lauk Simple Je Tapi Ramai Suka

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 343 hits
Sambal Tumis Ikan Kembung ni adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk membuka selera keluarga Menu ringkas sebegini pun dah cukup membuatkan suami dan anak anak makan bertambah M...
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 360 hits
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan Memang sedap pedas dan menyelerakan Bertambah tambah nasi dibuatnya Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni Simple sangat Jom kita cuba res...
Resipi Mushroom Sizzling Yee Mee Begini Cara Masak Kuahnya Yang Sedap

Resipi Mushroom Sizzling Yee Mee Begini Cara Masak Kuahnya Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 372 hits
Semua orang sukakan hidangan Sizzling tidak kiralah bersama mi atau nasi Kalau nak makan biasanya Sizzling ni dijual di food court dan merupakan satu sajian yang sangat mengenyangkan Tetapi jenuh juga kalau kesana semata mata nak makan hida...
Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes Dan Jagung

Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes Dan Jagung

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 371 hits
Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes dan Jagung Macam biasa lah kan bila PKP ni aktiviti masak masak dan masak aje lah kita Kali ini mummy nak share pada semua yang mummy ada masak pemanis mulut PKP iaitu Bubur Beni Nagomi Japanese Swe...
Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 326 hits
Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan Jika dimakan secara terus atau segar rasanya agak letar Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni boleh cub...
Buat Sendiri Pun Boleh Resipi Daging Bakar Harimau Menangis Sos Ala Thai

Buat Sendiri Pun Boleh Resipi Daging Bakar Harimau Menangis Sos Ala Thai

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 1217 hits
Dari berabis jom buat sendiri sedap gila Ini resepinya RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGISDaging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai Resepi asal dari My Resepi
Resipi Daging Masak Black Pepper

Resipi Daging Masak Black Pepper

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 501 hits
Resipi Daging Masak Black Pepper Dah lama tak buat sharing resipi kat sini Bukan tak masak hari hari masak Ada lauk yang sama ada lauk yang simple sangat dan ada yang akak buat pengubahsuaian pada resipi asal Dah musim PKP kenalah cuba tuka...
Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 714 hits
Bagi ibu ibu lepas bersalin penting untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat Ini untuk memastikan ibu dapat zat yang cukup setelah bertarung nyawa selepas bersalin Banyak darah dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak dan wakt...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa