Malam Pesona Seni 2024 Di Seremban
Lepas membeli air limau jelly, encik suami tanya nak pergi mana-mana lagi tak? nak beli apa lagi tak? Hmmm...fikir punya fikir, jomlah kita pergi Malam Pesona Seni 2024. Macam awal lagi nak balik rumah. Kita jalan-jalan lah kejap.
Malam Pesona Seni 2024 diadakan sempena ulang tahun ke-4 Majlis Bandaraya Seremban pada hari Sabtu, 13 Julai 2024 jam 8.00 malam bertempat di Padang NS@MBS, Jalan Yamtuan, Seremban.
Kebetulan je nampak sepanduk/kain rentang Malam Persona Seni ni di media sosial. Kita pun tak ada rancangan lain. Jadi jomlah kita pergi tengok apa yang menariknya. Jarang seorang Fiza nak pergi tempat-tempat sesak begini.
Ada persembahan artis, muzik, tarian kebudayaan, food truck, soopa doopa dan pertunjukan bunga api.
Saya fikir macam tak ramai orang je, itu yang pergi juga saja buat meriah. Mujur dapat parkir yang berdekatan. Sekali sampai, boleh tahan ramai juga orangnya. Cari tempat kosong dekat tepi pentas
Masa kami sampai dah jam 9 lebih macam tu. Banyak persembahan dah terlepas. Sampai-sampai je penyanyi Santesh baru nak nyanyi. Kemudian Ameng Spring pula buat persembahan. Fuhh..suara steady macam dalam kaset. Seronok juga layan lagu lama-lama ni. Evergreen
Lepas Ameng, Azlan Typewriter pula buat persembahan. Dan akhir sekali Aina Abdul. Tak tunggu sampai habis Aina Abdul nyanyi. Kita pun gerak balik lah. Gambar agak mengecewakan sebab zoom dekat sangatlah pula.
Acara penutup baru ada bunga api tapi kami malas nak tunggu. Baiklah gerak awal nanti tak sesak nak keluar pun.
Kami datang pun dah pertengahan majlis. Tak sesak nak masuk dan tak sesak nak keluar. Pergi padang pun cari port tepi yang tak ramai orang, berlaga dengan orang pun tak. Okay lah macam tu tak bersesak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/09/malam-pesona-seni-2024-di-seremban.html