Meriah Unik Ohana Specialist Hospital Rai Kelahiran Bayi Bayi Merdeka Di Malam 31 Ogos 2024
OHANA Specialist Hospital merupakan hospital pakar wanita dan kanak-kanak di Sri Rampai, Kuala Lumpur. OHANA menawarkan penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak termasuk perkhidmatan kecemasan (Accident & Emergency).
OHANA Specialist Hospital bersama Persatuan Warisan Anak Merdeka (WARISAN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) hari ini dengan penuh bangga,buat julung-julung kalinya meraikan malam kemerdekaan di OHANA dengan menyambut bayi baru lahir tanggal 31 Ogos 2024.
Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Santokh Singh and bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mewakili YAKEB turut hadir ke majlis sambutan Merdeka di OHANA.
Pada majlis yang sama, sambutan anak-anak yang lahir pada 31 Ogos di OHANA dari tahun 2020 hingga 2024 turut diraikan dengan penuh kemeriahan. Peristiwa bermakna ini diraikan dengan semangat perpaduan dan patriotisme yang menjadi asas kekuatan negara.
Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan pelancaran fasad baharu OHANA oleh Yang Berhormat, Nik Nazmi Nik Ahmad, Anggota Parlimen Cawangan Setiawangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, serta kehadiran ahli-ahli WARISAN yang diterajui oleh Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman dan YAKEB yang dipimpin oleh Datuk Noorul Ariffin Abdul Majed.
Gimik pelancaran yang disempurnakan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Anggota Parlimen Cawangan Setiawangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Dr. Noor Haliza Yussoff, Head of Healthcare OHANA Specialist Hospital; dari hujung kanan: Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi Yayasan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan kiri: Dr. Muhammad Yusof Sibert, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meraikan keharmonian dan semangat kemerdekaan, OHANA telah melaksanakan inisiatif istimewa yang bertujuan menanamkan sifat patriotik dan jati diri di kalangan semua lapisan masyarakat.
Inisiatif ini selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, yang bukan sahaja menggambarkan konsep utama tetapi juga nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam usaha mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara.
Pihak pengurusan OHANA bersama 7 bayi Merdeka yang dilahirkan di OHANA Specialist Hospital.
Dr. Noor Haliza, Ketua Penjagaan Kesihatan OHANA berkata, “Kami amat bersyukur dengan peluang berkolaborasi bersama WARISAN dan YAKEB dalam menjayakan program Anak Merdeka di OHANA. Bukan sahaja kami dapat menyambut bayi Merdeka yang baru sahaja lahir, kami juga berkesempatan menyambut hari jadi bayi OHANA dari tahun 2020 hingga 2024 dan ahli Warisan Anak Merdeka yang merupakan anak kelahiran Merdeka”.
“Saya berharap agar semangat kemerdekaan tidak akan pudar dikalangan Masyarakat Malaysia terutama generasi akan datang. Mereka harus didedahkan dengan kepentingan perpaduan, keharmonian sosial, dan keamanan kerana mereka merupakan asas utama kepada kejayaan dan kemajuan negara” ulas Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman, Pengerusi WARISAN.
“Saya memohon ibu bapa agar memberi dorongan kepada generasi muda untuk mengetahui lebih dalam tentang sejarah kemerdekaan dan menyertai pertandingan kemerdekaan dianjurkan oleh pihak sekolah demi menyemai sifat cinta kepada negara” ulas Datuk Noorul Ariffin Abdul Majed, Pengerusi YAKEB.
Bayi Merdeka bersama para ibu merayakan kelahiran di hari bersejarah ini dengan penuh rasa bangga.
Pada majlis yang sama, persembahan patriotk oleh kakitangan OHANA termasuk nyanyian koir dan mendeklamasikan sajak oleh ahli Persatuan Warisan Anak MERDEKA. Upacara memotong kek juga diadakan untuk menyambut hari lahir bayi kelahiran OHANA pada tahun sebelumnya dan mereka berpeluang membawa pulang hadiah berbentuk hamper dari OHANA.
Di OHANA, mereka percaya bahawa setiap kelahiran di hospital adalah satu anugerah yang besar, dan kelahiran bayi-bayi ini pada Hari Kemerdekaan memberikan harapan dan inspirasi untuk masa depan yang lebih cerah. Mereka adalah simbol masa depan Malaysia yang penuh dengan potensi dan peluang.
The post Meriah & Unik! OHANA Specialist Hospital Rai Kelahiran Bayi-Bayi Merdeka Di Malam 31 Ogos 2024 appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/meriah-unik-ohana-specialist-hospital-rai-kelahiran-bayi-bayi-merdeka-di-malam-31-ogos-2024/