Empat Malam Di Selatan Tanah Air Catatan 4 8 September 2024


Alhamdulillah minggu lepas saya dan Encik Suami berkesempatan pulang ke kampung halaman kami di selatan tanah air. Kali terakhir kami berada di kampung adalah sewaktu sambutan hari raya Aidilfitri


⏵ RABU, 4 SEPTEMBER 2024Kami bertolak dari rumah Perlis sebelum waktu Zohor dan tiba di Cyberjaya kira-kira pukul 8.30 malam. Encik Suami pergi berjumpa seseorang, sementara menunggu tu saya makan di Saba Restaurant

Selesai urusan, kami balik ke rumah NS untuk bermalam

Kunafa di Saba Restaurant. Sedap tapi tak mampu nak habiskan makan


⏵ KHAMIS, 5 SEPTEMBER 2024RESTORAN SALOMAK SAMPODEH | Paginya rancang nak bersarapan di Restoran Salomak Sampodeh. Tapi bertukar jadi makan tengah hari sebab kami sampai sekitar pukul 10 pagi, makanan tengah hari dah terhidang. Rezeki sungguh! Dapatlah kami makan masakan cita rasa Nismilan (Negeri Sembilan) di negeri asalnya

Deretan lauk-pauk yang cukup menggoda. Tapi sebab masih awal, ada menu yang belum siap dimasak

5 jenis lauk pilihan kami. Sedap semuanya 😋
Sedang kami menikmati makanan, pemilik restoran iaitu pasangan suami isteri jiran belakang rumah kami pun tiba. Terkejut mereka nampak kami orang jauh ada di restoran mereka. Dulu kerap jugalah saya dan jiran berborak di lorong belakang rumah kami, tapi sejak berpindah jauh ni memang dah lama kami tak berborak

Alhamdulillah…tumpang seronok dengan kejayaan jiran kami mengusahakan restoran ini. Syukur juga sebab memudahkan saya nak menikmati masakan Nismilan - lokasinya tak begitu jauh dari rumah NS, menawarkan pelbagai jenis hidangan tradisi dan harganya yang berpatutan dengan rasanya yang memenuhi selera saya. Moga Restoran Salomak Sampodeh terus maju jaya


VECHAIR TECHNOLOGY |  Selepas makan, kami ke showroom menjual kerusi roda di Seri Kembangan, Selangor. Sejak awal tahun ini Mak saya dah mula menggunakan kerusi roda. Dan baru-baru ini kami adik-beradik sepakat nak belikan pula kerusi roda elektrik, lebih mudah Mak bergerak tanpa perlu bantuan orang tolak kerusi roda. Tangan Mak dah tak kuat untuk gerakkan sendiri kerusi roda

Tapi tak banyak pilihan dan tiada stok kerusi roda elektrik di Pontian, berbeza di bandar besar kawasan Lembah Klang ni memang lebih banyak pilihan dan harganya kompetitif. 
Terdapat pelbagai jenis alat bantuan pergerakan dijual di sini. Kita boleh cuba sendiri sebelum membeli

Kami beli kerusi roda elektrik jenis begini. Boleh guna di dalam rumah dan luar rumah. Ada 5 kelajuan dan perlu cas penuh selama 8 jam untuk pergerakan anggaran sejauh 16 km.
Bagi yang nak cari alat bantuan pergerakan, saya syorkan beli di sini. Harga berpatutan, layanan yang cukup mesra, sangat mudah berurusan dan penerangan produk yang jelas. Boleh lawati media sosial mereka di Instagram, Facebook, TikTok, Youtube - @vechair


RUMAH KOPI SOGAMA | Alhamdulillah kami sampai di Pontian, Johor sekitar pukul 6.30 petang. Sebelum sampai rumah mak, kami singgah makan di Rumah Kopi Sogama. Keadaan di hadapan kedai sesak dengan kenderaan sebab masa ni budak-budak balik sekolah agama

Biasanya kalau ke sini, kami duduk di bahagian luar belakang/tepi. Kali ini kami dapat duduk dalam sebab pelanggan tak ramai

Saya suka makan di sini sebab servis pantas walaupun sewaktu ramai pelanggan. Pilihan menu memang tak banyak, tapi yang ada ni pun dah cukup sedap memuaskan selera saya


⏵ JUMAAT, 6 SEPTEMBER 2024Petang hari Jumaat, saya dan ahli keluarga yang ada di Pontian datang berkumpul di rumah Mak kami. Alhamdulillah seronok dapat berkumpul dan berborak sambil menikmati hidangan ringkas. Tak ramai pun, semuanya 13 orang saja termasuk kami suami isteri

Sate, nasi lemak dan carrot cake kami beli di Rumah Kopi Sogama

Beli sate 150 cucuk je, tak perlu tempahan awal. Kami cuma maklumkan beberapa jam sebelum nak ambil. Sate ni disediakan oleh penjual yang menyewa gerai di Rumah Kopi Sogama. Sedap rasa sate dan kuah satenya


⏵ SABTU, 7 SEPTEMBER 2024PAK LURAH BISTRO | Dari kampung saya, kami menuju ke kampung Encik Suami di Batu Pahat, Johor. Sebelum sampai rumah mak mentua, kami singgah makan di Pak Lurah Bistro. Kedai makan di tepi Jalan Besar Parit Sulong ni dah jadi macam satu tempat wajib singgah setiap kali kami balik kampung

Kopi chandu ais, kacang pool dan nasi kambing dengan dendeng kambing. Sebab sedap sungguh dendeng kambingnya, kami beli bawa balik dua bekas dendeng kambing - satu untuk rumah mak mentua dan satu lagi kami bawa ke Perlis

SERI MEGA SEAFOOD | Lewat petangnya, kami keluar makan malam bersama mak mentua dan adik ipar sekeluarga


Kali ini saya puas hati dapat makan sotong celup tepung, bukan cekodok sotong. Makanan lain yang dipesan juga semuanya sedap. Alhamdulillah


⏵ AHAD, 8 SEPTEMBER 2024Seawal pukul 8.30 pagi kami bertolak dari rumah mak mentua menuju ke rumah Perlis. Ikut rancangan asal, kami nak gerak lewat sedikit dan di pertengahan jalan akan bermalam di hotel. Tapi tiba-tiba Encik Suami ada urusan penting di Perlis pada pagi Isnin. Maka terpaksalah ubah rancangan

Dalam perjalanan, kami keluar tol untuk singgah ambil barang di rumah NS. Lepas tu terus makan tengah hari dan membeli keperluan di Aeon Nilai. Gitu gini, lebih dua jam jugalah habis masa di Nilai

Perjalanan balik ke utara lancar tanpa halangan. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Perlis pada pukul 10 malam. Jumlah jarak perjalanan dari negeri paling utara ke negeri paling selatan (pergi dan balik) - 1,915 km. Satu lagi rekod yang pahit untuk ditelan - berat badan saya naik 2 kg dek berselera makan di sana sini 😂

Terima kasih Allah atas segala kurnia 💙








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/09/empat-malam-di-selatan-tanah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Jawatan Suk Negeri Melaka September 2024

Pengambilan Jawatan Suk Negeri Melaka September 2024

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 121 hits
Perkongsian mengenai jawatan SUK Negeri Melaka September 2024 Calon yang mencari peluang kerjaya boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan SUK Negeri Melaka September 2024 yang disiarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peluan...
File September 2024

File September 2024

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 198 hits
Pasukan GHTS PorisGHTS Voyager Scania baru masuk parkiranBerlian Jaya mirip Vernom STJ dari FRCBerlian Jaya Dream Class JB5 MHD27 Trans Odim JB5 SDD Malang PorisGHTS Scania K360iB Jetbus 5 SHD27 Trans SHD Single Glass JB5STJ Rexsus SLSTJ An...
Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi Polis

Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Pulang Ke India Malam Tadi Polis

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR 2 Sept Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang ke India malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan dan memasuki fasa search and recovery Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP ...
7 Rekomendasi Film Baru September 2024 Ada Seni Memahami Kekasih

7 Rekomendasi Film Baru September 2024 Ada Seni Memahami Kekasih

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 219 hits
BloggerBorneo com Banyak film yang menanti untuk kamu tonton hingga akhir tahun 2024 ini Jadi kamu tidak perlu bingung dengan tontonan akhir pekan untuk mengisi waktu luang Nah pada bulan September mendatang akan ada beberapa film spesial d...
Pengambilan Jawatan Jabatan Perangkaan September 2024

Pengambilan Jawatan Jabatan Perangkaan September 2024

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 191 hits
Info jawatan Jabatan Perangkaan September 2024 Calon yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan Jabatan Perangkaan September 2024 yang dihebahkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia peluang kerja menarik dibuka Sebaran...
Kelas Offline Totiq Batch 3 Putrajaya 15 September 2024

Kelas Offline Totiq Batch 3 Putrajaya 15 September 2024

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 246 hits
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW isteri dan ahli keluarga Baginda para sahabat Baginda serta orang orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat Alhamdulil...
Iphone 16 Diperkenalkan 10 September 2024

Iphone 16 Diperkenalkan 10 September 2024

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 180 hits
Peranti pintar paling ikonik iPhone generasi baharu dijangka akan dilancarkan pada 10 September ini Ia berikutan pengeluar peranti berkenaan Apple sudahpun melancarkan jemputan atas talian berhubung satu majlis khusus bertemakan It s Glowti...
Hi September 2024

Hi September 2024

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera 1 September sudah ya hari ni setiap hari hari baru dan hari ni juga kita semua dah menganjak masuk ke bulan baru September Moga bulan ni bulan yang penuh dengan kegembiraan serta kejayaan Aamiin aamiin mo...
Pengambilan Jawatan Pppt Spp September 2024 Pengambilan Spp Semenanjung Dan Sabah

Pengambilan Jawatan Pppt Spp September 2024 Pengambilan Spp Semenanjung Dan Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 181 hits
Makluman jawatan PPPT SPP September 2024 Pemohon yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan PPPT SPP September 2024 yang disiarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan mengenai peluang kerja terbaru untuk dipoho...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa