Maksud Perkataan Dalam Surah Yusuf



Soalan:
Saya terbaca satu ayat dalam Surah Yusuf berkenaan kisah Nabi Yusuf dan wanita yang tertarik kepadanya. Saya ingin tahu lebih lanjut, apakah maksud perkataan “هَمّ” yang disebut dalam surah Yusuf ayat 24 dan apa tafsiran atas perkataan tersebut?

Jawapan:
Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.” [Surah Yusuf (24)]

Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim (4/381) berkata, maksud keinginan (هَمّ) di sini seperti yang disebut oleh al-Baghawi dalam Ma’alim al-Tanzil (4/231) ialah gelora yang tercetus oleh kata-kata nafsu. Keinginan yang ingin ditampilkan Allah SWT di sini memuncak dalam jiwa dan diri Nabi Yusuf AS serta wanita tersebut. Ataupun secara literalnya kedua-dua mereka bersyahwat. Akan tetapi terdapat beberapa ulama’ tafsir yang menyangkal pentafsiran sebegini, antaranya Ibn Hazm al-Andalusi yang memberi maksud al-Hamm (الهمّ) dengan berdendam untuk memukul. Maksudnya di sini ialah disebabkan kehendak syahwat wanita itu tidak dituruti oleh Nabi Yusuf AS, dia menjadi marah dan tertekan kerana merasakan dirinya lebih berkuasa dari Nabi Yusuf AS, lalu dikejarnya Nabi Yusuf AS untuk dipukul. Nabi Yusuf AS juga menjadi marah dan ingin memukulnya juga.

Syeikh Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar (12/223) juga menyokong pendapat Ibn Hazm dan ulama’-ulama’ yang sependapat dengannya. Hal ini kerana terdapat kalimah al-Hamm (الهمّ) yang membawa maksud hendak memukul atau berniat jahat, antaranya dalam ayat 11 Surah Ali Imran, ayat 122 Surah al-Nisa’, ayat 13 dan 73 surah al-Taubah serta beberapa ayat lain lagi.

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat di atas menyebut: “Nabi Yusuf AS pun semakin hebat dan gah terhadap wanita itu kerana keteguhan dirinya berpegang dengan agama dan amanah, menghindari pengkhianatan dan mencegah kehormatan tuannya dan tuan wanita itu kecuali dengan menghina Nabi Yusuf AS melalui balas dendam. Inilah yang mungkin direncanakan oleh wanita tersebut untuk segera dilaksanakan atau hampir sahaja dia bermaksud untuk mengajarnya.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/3326)

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Tafsir al-Munir (12/240) menyebut, pentafsiran ayat ini perlu dilihat secara keseluruhan ayat. Apabila ditafsirkan secara menyeluruh, tiada unsur keinginan dikemukakan di dalam ayat di atas. Hal ini kerana konsep ta’lik (لو لا) yang digunakan di sini. Maksudnya keinginan tersebut tertegah dengan pertandaan Allah SWT. Menurut beliau lagi, sekiranya dimaksudkan dengan keinginan di sini ialah gelora yang dicetuskan kata-kata nafsu serta keinginan melakukan zina berdasarkan ciri manusiawi, ia tidak dipersalahkan dalam syarak. Buktinya tindakan diambil apabila keinginan disertakan dengan keazaman dan tekad melakukannya. Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi yang menyebut:

فَمَنْ هَمّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا الله عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا الله عَزّ وَجَلّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ. وَإِنْ هَمّ بِسَيّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا الله عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً... وَإِنْ هَمّ بِهَا فَعَمِلَهَا، كَتَبَهَا الله سَيّئَةً وَاحِدَةً
“Sesiapa yang bercita-cita untuk melakukan satu kebajikan sedangkan dia tidak melakukannya, nescaya Allah tulis baginya dengan satu kebaikan penuh. Sebaliknya, jika dia bercita-cita untuk melakukan satu kebajikan, kemudian dia melakukannya, nescaya Allah menulis pahalanya sepuluh kebajikan sehingga digandakan 700 dan kepada gandaan-gandaan yang banyak. Sedangkan sesiapa yang bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan, kemudian tidak melakukannya, nescaya Allah tulis baginya satu kebajikan yang penuh. Sebaliknya jika dia bercita-cita untuk melakukan satu kejahatan kemudian dilakukannya, maka Allah akan tulis satu dosa.” [Riwayat Muslim (355)]

Daripada perbincangan di atas, difahami bahawa perbezaan kalimah al-Hamm yang terbit daripada Nabi Yusuf AS dan wanita tersebut bahawa al-Hamm yang terbit daripada wanita tersebut berdasarkan dendam yang membara disebabkan keinginannya ditolak oleh Nabi Yusuf AS dan berasaskan maksiat. Manakala al-Hamm Nabi Yusuf pula ialah mempertahan dan melepaskan diri daripada godaan wanita itu seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ
“Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji.” [Surah Yusuf (24)]

Di hujung ayat ini, Allah SWT membersihkan Nabi Yusuf AS daripada dosa tersebut serta menggolongkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/maksud-perkataan-dalam-surah-yusuf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Sebut Sahaja Surah Al Fatihah

Bila Sebut Sahaja Surah Al Fatihah

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1418 hits
Assalammualaikum wbtBILA SEBUT SAHAJA SURAH AL FATIHAH Surah Al Fatihah merupakan surah lazim Menjadi salah satu daripada 13 rukun dalam solat Bila rukun silap boleh menyebabkan solat kita tidak sah wallahi PC takut sendiri boleh jadi banya...
Malam Jumaat Surah Yasin Atau Al Kahfi

Malam Jumaat Surah Yasin Atau Al Kahfi

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 336 hits
1 Apa hukum membaca Yaasin Membaca surah Yasin adalah besar pahalanya kerana masuk dalam perintah yang umum olih agama anjuran membaca al Quran Dari Abi Umamah Al Bahili ra katanya Saya mendengar Rasulullah saw bersabda Bacalah kamu sekelia...
Kemenag Ganti Terjemahan Surah Al Kafirun Jadi Non Muslim Cek Fataknya Disini

Kemenag Ganti Terjemahan Surah Al Kafirun Jadi Non Muslim Cek Fataknya Disini

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 294 hits
Publik digegerkan oleh artikel laman daring yang menyebut Kementerian Agama RI sudah mencetak terjemahan Alquran yang memuat kata Nonmuslim sebagai ganti kafir pada surah Al Kafirun Klaim yang diperiksa Akun Facebook bernama Qowiyah Althafu...
Inilah 7 Surah Dalam Al Quran Berupaya Mendatangkan 7 Jenis Kebaikan

Inilah 7 Surah Dalam Al Quran Berupaya Mendatangkan 7 Jenis Kebaikan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 326 hits
Banyak cerita cerita yang kita dengar tentang kelebihan surah surah di dalam Al Quran Namun setelah menilai berikut antara surah surah yang didapati disebutkan dengan jelas di dalam riwayat riwayat yang dipercayai 1 Surah Al Fatihah Mencega...
Bertawassul Dengan Surah Al Fatihah

Bertawassul Dengan Surah Al Fatihah

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1012 hits
Bertawassul Dengan Surah Al Fatihah Assalamualaikum wbt Pernah tak dengar perkataan tawassul Mommy sebenarnya baru juga dengar tentang tawassul ni Tak pernah lagi buat Tapi bila dengar ada orang share tentang tawasssul dengan surah Al Fatih...
Semak Balik Bacaan Kita Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al Fatihah

Semak Balik Bacaan Kita Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al Fatihah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 1769 hits
Semak Balik Bacaan Kita Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al FatihahSurah al Fatihah Pembukaan surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al Muddathir Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang ditur...
Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Selepas Solat Untuk Meminta Hajat Insyaallah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Selepas Solat Untuk Meminta Hajat Insyaallah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 772 hits
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat Al Fatihah merupakan surah yang pertama tama diturunkan...
Surah Al Fatihah Doa Paling Mustajab

Surah Al Fatihah Doa Paling Mustajab

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 643 hits
Al Fatihah adalah Pembuka Al Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan doa yang paling mustajab Nabi Muhammad SAW bersabda Seutama utama Al Quran adalah Alhamdulillahi Rabbil Alamin FADILAT DAN KHASIAT Surah ...
Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 846 hits
KISAH NABI YUSUF BAGIAN KE 2PERJALANAN KE MESIR Imam As Sudai berkata Nabi Yusuf tinggal di sumur selama tiga hari dan pada hari keempat datanglah rombongan pedagang dari kota Madyan hendak mengadakan perniagaan di Mesir Mereka beristirahat...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam