Maksud Mimpi Melihat Haiwan


Haiwan biasanya diletakkan di kedudukan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan manusia, walau bagaimanapun kita disaran agar sentiasa memperlakukan haiwan dengan belas kasihan dan tidak menganiaya mereka.


Namun, apabila berada di alam tidur, apakah maksudnya jika kita bermimpi tentang haiwan?

Berikut adalah tafsir mimpi melihat binatang di dalam mimpi:

Mimpi Anjing
Mimpi melihat anjing berkelahi; anda akan berdamai dengan seorang teman.Bermimpi melihat anjing atau memelihara anjing atau memegang anjing; akan bahagia.
Mimpi Angsa
Bermimpi mendengar angsa berbunyi; akan menerima nasihat-nasihat yang baik.
Mimpi Arnab
Mimpi melihat kelinci; Anda akan mengalami kehidupan yang senang dan bahagia dalam perkawinan.
Mimpi Ayam
Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung; anda akan beroleh orang gaji yang baik.Jika bermimpi bermain telur ayam; menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat.Mimpi memelihara anak ayam; akan mendapat kesusahan.Mimpi memberi makan ayam; akan mendapat seorang anak.Bermimpi makan telur ayam, pisang atau minyak; alamatnya akan memperoleh keuntungan.Jika bermimpi mengejar ayam; alamatnya akan memperolehi anak lelaki atau perempuan, juga boleh diertikan sebagai pembantu atau akan dikunjungi saudara yang lama tak berjumpa.Jika bermimpi menyembelih ayam dan makan dagingnya; akan memperolehi kebaikan dari sesama manusia.Mimpi menyembelih ayam yang banyak jumlahnya; akan menjadi orang dihormati atau mulia.Jika bermimpi memperolehi ayam jantan; akan mempunyai anak lelaki dan jika ayam betina akan memperolehi anak perempuan.Bermimpi kehilangan ayam, dicuri atau disembelih orang; akan kehilangan anak atau cucu meninggal atau saudara yang lain.Jika bermimpi melihat ayam betina tetapi tiba-tiba berubah menjadi ayam jantan; alamatnya anda akan mempunyai anak lelaki yang baik.
Mimpi Babi
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya; menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk.Mimpi menyembelih seekor babi; akan mendapat keuntungan.Jika bermimpi membunuh babi; anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.Bermimpi tentang babi hutan, alamat akan memperoleh kebaikan dari orang lain.
Mimpi Beruang
Mimpi dikejar beruang, anda akan mendapat kesusahan dari seseorang.
Mimpi Buaya
Melihat buaya dalam mimpi adalah simbolik kepada polis, Buaya di dalam laut merujuk kepada seseorang yang tidak boleh dipercayai, samada dianya kawan atau lawan.Melihat buaya, juga adalah merujuk kepada peniaga yang zalim dan tidak boleh dipercaya.Sesiapa yang bermimpi melihat buaya menariknya ke dalam air dan membunuhnya, sesungguhnya dia akan ditangkap polis yang akan mengambil hartanya dan membunuhnya. Sekiranya dia selamat daripadanya, maka dia terselamat.Melihat buaya dalam mimpi juga merujuk kepada kebiadaban, dosa, perompak, pendapatan yang tidak menepati syarak, ketakutan dan tekanan. Ia juga bermaksud meninggalnya seseorang, digambarkan dengan keadaannya yang lemas.Melihat buaya di laut, menandakan keburukan dan melihatnya di daratan menunjukkan buaya tersebut lemah dan hina.Sekiranya bermimpi buaya menarik seseorang ke dalam air di dalam mimpi, ia bermakna seseorang yang berkuasa akan memaksanya melakukan sesuatu yang dia benci.Jika seseorang melihat dirinya sendiri sedang makan daging buaya, atau sekiranya seseorang melihat dirinya menarik buaya keluar daripada air, ia bermakna dia akan berjaya mengatasi musuhnya.Mimpi melihat buaya masuk ke dalam rumah, akan mendapat keuntungan.Mimpi melihat buaya di sungai, akan menemui bahaya.Bermimpi melihat buaya, akan mendapat kecelakaan dari musuh yang tidak disangka-sangka.
Mimpi Burung
Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda; menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia.Bermimpi mencari burung; alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.Sekiranya anda bermimpi burung Merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya; menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.Mimpi melihat burung merak; Akan mendapat pertolongan seseorang yang budiman.Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain; menandakan anda akan berduka cita.Mimpi melihat burung sedang terbang; Akan memperoleh kehidupan yang menyenangkan.Mimpi memegang burung dara; Akan mendapat sebuah berita.Mimpi melihat burung gereja; Akan mendapat jalan untuk melakukan sesuatu usaha.Bermimpi burung putih datang ke rumah; menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.Bermimpi mendapat burung; akan mendapat suami/isteri (jika belum berkahwin).
Mimpi Cengkerik
Mimpi memegang cengkerik; Anda akan dikurniakan anak yang kurang baik.Mimpi GagakBermimpi didatangi burung gagak di rumah; akan didatangi harta.
Mimpi Gajah
Bermimpi naik gajah; anda akan dimuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah; anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang; alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.Mimpi melihat seekor gajah; akan mendapat pujian dari orang lain.Mimpi melihat gajah masuk ke dalam rumah; akan mendapat kenaikan pangkat.Mimpi melihat gajah keluar dari rumah; akan mendapat seorang tamu yang terhormat.
Mimpi Harimau
Jika bermimpi harimau datang kepada anda; alamatnya anda akan memperoleh kehinaan.Sekiranya bermimpi ditangkap harimau; alamatnya anda akan diperdayakan orang.Mimpi dikejar harimau; Akan mandapat seorang pendamping yang setia.Mimpi melihat harimau masuk ke dalam rumah; Akan memperoleh kesusahan.Barangsiapa yang melihat harimau dalam mimpinya, hendaklah dia beristighfar kepada Allah atas dosa-dosanya. Dalilnya adalah ia melambangkan raja-raja Parsi yang bertakwa. Harimau itu juga melambangkan kegagahan dan manusia ketakutan yang amat sangat kepadanya.Mimpi melihat harimau juga melambangkan, seorang yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang.
Mimpi Ikan
Bermimpi memukat ikan; alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.Mimpi memancing ikan; akan mendapatkan rezeki yang tidak terduga.Mimpi melihat seekor ikan berenang di air; Akan mendapat suatu pekerjaan yang diharap-harapkan.Mimpi melihat seekor ikan yang boleh terbang; Akan mengalami kemerosotan dalam pekerjaan atau usaha.
Mimpi Itik
Mimpi melihat seekor itik; akan mendapat ketenangan jiwa.
Mimpi Katak
Mimpi melihat katak; anda akan mendapat keuntungan.
Mimpi Kambing
Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak; menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.Mimpi melihat kambing; Akan mendapat keuntungan, kesihatan yang baik dan keluarga yang disayangi.Mimpi memakan daging kambing; Akan mendapat harta benda yang banyak.Jika bermimpi memberi makan kepada anak kambing atau domba atau biri-biri; Anda akan beruntung sebab anak-anak anda akan memperolehi kehidupan yang sempurna.Jika bermimpi melihat anak domba atau kambing atau biri-biri bermain-main; Kehidupan rumah tangga anda akan bahagia sepenuhnya.
Mimpi Keldai
Mimpi membeli seekor keledai; Anda tidak dapat menyelesaikan suatu masalah.Mimpi menaiki seekor keledai; Anda akan mengalami masalah dalam sebarang usaha.
Mimpi Kelawar
Mimpi melihat seekor kelawar; Anda akan mengalami masalah kewangan.Sering bermimpi tentang kelawar, menunjukkan jin yang dikirim untuk perbuatan sihir.
Mimpi Kera
Mimpi digigit seekor kera; Anda akan dibayangi kegelisahan.Mimpi melihat seekor kera; Anda akan diganggu oleh orang yang merasa tidak senang.
Mimpi Kijang
Mimpi dikejar oleh kijang; Akan mendapat simpati dari ramai orang.
Mimpi Kucing
Mimpi dicakar kucing; Akan menjadi sasaran fitnah dan umpatan yang datang dari orang-orang bodoh.Mimpi kucing hitam, ini menunjukkan adanya jin yang ingin mengganggu.
Mimpi Kuda
Sekiranya bermimpi menunggang kuda atau unta; anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.Mimpi melihat kuda yang melompat; anda akan bebas dari belenggu ketakutan.Mimpi memelihara kuda di dalam rumah; anda akan mendapat seorang anak yang sangat baik.
Mimpi Kutu
Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian; menandakan anda akan mendapat bencana.
Mimpi Kupu-kupu
Mimpi melihat seekor kupu-kupu; Anda akan mendapat kebahagiaan atau kehadiran tetamu dari jauh.
Mimpi Labah-labah
Mimpi digigit seekor labah-labah; Anda harus berhati-hati dalam membelanjakan wang.Mimpi melihat labah-labah; Anda akan mengalami banyak dugaan.
Mimpi Lalat
Mimpi melihat banyak lalat berterbangan; anda akan dihargai dan dihormati ramai orang.Mimpi dikerumuni banyak lalat; anda akan mengalami gangguan dalam hidup.Mimpi membunuh lalat; anda akan mendapat kesenangan.
Mimpi Lebah
Bermimpi melihat lebah mati; maknanya nasib akan buruk.Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga; Menandakan anda akan dimuliakan orang.Mimpi disengat lebah; Anda akan membalas kebaikan orang tua.Mimpi melihat sekelompok lebah; Anda akan mencapai kejayaan dalam pekerjaan.
Mimpi Lembu
Mimpi menyembelih seekor lembu; Akan mendapat keuntungan yang tidak terduga.Mimpi melihat lembu masuk ke dalam rumah; Akan mendapat rezeki yang banyak.Bermimpi melihat lembu; akan mendapat kebahagian dalam hidup tanpa halangan.Mimpi menunggang lembu, ini merupakan sebuah petanda baik bahawa anda akan mendapat suatu keuntungan atau kejayaan dalam hidup tidak lama lagi.Mimpi dikejar lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda baik bahawa anda akan mendapat rezeki berlimpah yang tidak disangka-sangka.Mimpi membajak sawah dengan lembu, maka ini merupakan satu petanda baik bahawa anda akan mendapat khabar yang membahagiakan sekali kerana anda akan mendapat anak.Mimpi melihat bangkai lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi kerugian dalam ekonomi atau hilang pekerjaan.Mimpi melihat lembu sihat, maka hal ini merupakan petanda baik bahawa anda akan mendapat suatu kesejahteraan atau kemakmuran dalam hidupmu kerana memiliki pekerjaan atau usaha yang baik.Mimpi melihat lembu sakit, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi keburukan dimasa yang akan datang kerana kehidupanmu penuh dengan kegagalan, dan mungkin juga tentang pekerjaan, kekasih atau usaha.Mimpi melihat lembu kurus, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi kesulitan dalam hidup dan tidak mampu menyelesaikannya sendirian kerana kelemahanmu dan anda memerlukan bantuan dari orang lain.Mimpi mengembala gerombolan lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kerana ramainya orang yang iri hati atas kejayaanmu dan ingin merosakkannya.
Mimpi Lipan
Mimpi melihat seekor kelabang; Anda sedang diintai oleh seorang.Mimpi digigit oleh seekor kelabang; Anda akan mendapat godaaan dari seseorang.
Mimpi Lintah
Mimpi digigit oleh lintah; Anda akan mendapat godaan dari wanita jahat.Mimpi melihat seekor lintah; Anda akan mendapat godaan seorang wanita.
Mimpi Naga
Jika bermimpi menunggang naga; menandakan semua kehendak diperoleh.
Mimpi Nyamuk
Bermimpi digigit nyamuk; alamat kurang baik.
Mimpi Pelanduk/Kijang
Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda; alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
Mimpi Singa
Mimpi melihat seekor singa; Akan mendapat kedudukan tinggi.
Mimpi Tikus
Jika bermimpi membunuh tikus; anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.Mimpi memegang seekor tikus/luka/mati; Akan mendapat aib atau malu.Mimpi membunuh tikus; Akan mendapat keuntungan dalam usaha.
Mimpi Ular
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan; menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.Mimpi dililit ular; Anda akan melaksanakan hajat.Mimpi melihat ular yang banyak; Akan mendapat kebahagiaan yang tak terduga.Mimpi dikejar ular; Ada seseorang mencintai anda.Mimpi melihat ular masuk rumah; Akan didatangi tetamu yang membawa kebahagiaan.Jika bermimpi dipatuk ular; akan mendapat suami atau isteri.Mimpi melihat seekor ular naga; Akan mendapat keuntungan atau mendapat seorang anak yang bijaksana.Mimpi dikejar seekor ular naga; Akan mendapatkan rezeki.Mimpi melihat ular naga yang sedang tidur; Akan mengalami kerugian dalam usaha.
Mimpi Binatang
Jika anda bermimpi melihat haiwan yang mati, anda mungkin mempunyai masa yang sukar dalam kehidupan sebenar.Bermimpi memandikan binatang; menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak; alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda.Bermimpi disengat binatang bisa; menandakan anda akan mendapat kecelakaan.Mimpi memelihara binatang memamah seperti lembu, kuda dan sejenisnya; Anda akan memperoleh anak yang bijaksana.Bermimpi bercakap-cakap dengan haiwan; impiannya akan tercapai.Mimpi mengembala haiwan yang kurus kering; Akan mengalami kesukaran rezeki, terutama bahan makanan.Jika bermimpi dirinya adalah haiwan atau menyerupai haiwan; Alamat akan jatuh sakit.Jikalau bermimpi menggembala haiwan; Segala yang dicita-citakan akan terkabul, jika dijalankan dengan sempurna dan jujur.Jika bermimpi melihat bermacam-macam haiwan; Anda akan diajak bekerja keras, tetapi akhirnya akan menemui kejayaan dan kepuasan hati.
Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang DikenaliKenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/maksud-mimpi-melihat-haiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Mimpi Buaya Menurut Cakap Orang Maksud Baik Atau Buruk

Maksud Mimpi Buaya Menurut Cakap Orang Maksud Baik Atau Buruk

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 471 hits
15 Maksud Mimpi Buaya Menurut Cakap Orang Maksud Baik Atau Buruk Mimpi melihat buaya memang ku tak sanggup bukannya apa seram kot Bayang sekejap bentuk buaya pun dah naik takut inikan pula kalau bermimpi Mau tak lena tidur sepanjang malam B...
Arti Mimpi Nyamuk Masuk Rumah

Arti Mimpi Nyamuk Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 289 hits
Mimpi tentang serangga menjadi hal yang cukup aneh terutama ketika kamu bermimpi nyamuk Pengalaman mimpi ini akan mengganggu tetapi mencerminkan berbagai sikap yang terkait dengan
Arti Mimpi Buah Pepaya

Arti Mimpi Buah Pepaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 251 hits
Bermimpi tentang pepaya mewakili vitalitas karena buah ini bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit pencernaan Pada saat yang sama mimpi ini juga dapat melambangkan bahwa kamu harus
Arti Mimpi Bermain Gitar Rusak

Arti Mimpi Bermain Gitar Rusak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 285 hits
Gitar memainkan peran mendasar dalam musik Kadang kadang gitar dapat mengungkapkan pertanda tertentu tergantung pada peristiwa dalam mimpi Secara umum ketika kamu bermimpi tentang gitar kamu
Arti Mimpi Berdebat Bertengkar

Arti Mimpi Berdebat Bertengkar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 177 hits
Setiap orang pernah memiliki perdebatan dan pertengkaran pada momen tertentu dalam kehidupan Suatu kondisi membuat kamu bersitegang dengan orang lain Perdebatan timbul karena perbedaan pikiran
Arti Mimpi Mata Penglihatan

Arti Mimpi Mata Penglihatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 305 hits
Bermimpi tentang mata mewakili jendela jiwa Mata telah membawa simbol kekuasaan dan kecerdasan Budaya kuno menunjukkan bahwa mata memiliki kekuatan untuk melihat segala sesuatu Jika
Arti Mimpi Jumpa Musuh

Arti Mimpi Jumpa Musuh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 353 hits
Bermimpi musuh adalah faktor yang biasanya sering hadir dalam tidur Mimpi ini tergantung pada apa yang kamu liaht dalam tidur Ini juga sinonim untuk momen momen
Arti Mimpi Buku Tulis Sobek Hilang

Arti Mimpi Buku Tulis Sobek Hilang

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 435 hits
Buku adalah sumber informasi hiburan dan pembelajaran Bermimpi tentang buku adalah pemberitahuan penting tentang perubahan dalam hidup kamu Itu sebagai fakta positif jika kamu sudah
Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 353 hits
Semakin meningkat dewasa anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat mimpi basah dan anak perempuan didatangi haid Sebagai...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment