Maksud Kafir Dalam Al Quran Dan Hadis


Soalan: Ustaz, penyokong pemimpin kafir berpendapat bahawa perkataan ‘kafir’ tidak sama maknanya dengan ‘non-Muslim’. Istilah ‘kafir’ katanya adalah lawan daripada ‘iman’ bukan lawan daripada ‘Islam’. Jadi orang Yahudi atau Nasrani pada hari ini berkemungkinan tergolong orang yang ‘beriman’ kerana katanya terdapat dalil dalam al-Quran [TMQ al- Baqarah (2):62; al- Ma’idah (5):69]. Apakah makna kafir sebenarnya?


Jawapan: Sesungguhnya makna bagi istilah kafir adalah sangat jelas, iaitu orang yang tidak beragama Islam atau dalam erti kata lain orang yang tidak beriman dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dia kafir asli, seperti orang Yahudi atau Nasrani atau kafir murtad iaitu asalnya Muslim tetapi mengingkari salah satu ajaran asas yang dipastikan sebagai ajaran Islam seperti kewajipan solat. (Sa’di Abu Jaib, Mausu’ah Al Ijma’, hlm. 963)

Sesiapa yang mengkaji terminologi kafir dalam pelbagai kitab yang dipercayai (muktabar) akan mendapat kesimpulan yang sama iaitu secara dasarnya pengertian kafir adalah sesiapa yang tidak memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab Mu’jam Lughah al-Fuqaha` oleh Prof. Rawwas Qal’ah Jie menyatakan bahawa;

“Kafir adalah sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad SAW atau sesiapa yang mengingkari apa jua ajaran yang diketahui secara pasti berasal daripada Islam (seperti kewajipan solat, keharaman zina, dan lain-lain), atau yang merendahkan kedudukan Allah dan risalah Islam.” (Man laa yu`minu billahi wa laa bi muhammadin rasulillah aw man yunkira ma huwa ma’lumun minal islam bidh dharuurah aw yantaqisu min maqaamillah ta’ala aw ar risalah)." (Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughah al-Fuqaha,`hlm. 268)

Dalam kitab al-Mu’jam al-Wasit disebutkan;

“Kafir adalah sesiapa yang tidak beriman kepada keEsaan Allah atau tidak beriman kepada kenabian Muhammad SAW atau tidak beriman kepada risalah Islam atau tidak beriman kepada ketiga-tiganya.” (la yu`min bil-wihdaniyyah aw an nubuwwah aw ar risalah aw bi-thalathatiha)." (Kamus al-Mu’jam al-Wasit, Juz II hlm. 891).

Dalam kitab at-Ta’rifat al-Fiqhiyyah disebutkan;

“(Kafir adalah orang yang) mendustakan (tidak beriman) kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perkara yang secara pasti termasuk agama Islam.” (takziib an nabi SAW –na’uudzu billah– mimma ja`a min ad diin bidh dharuurah). (Musti Sayyid ‘Amim Al Ihsan Al Barkati, At-Ta’rifat al- Fiqhiyyah, hlm. 183)

Daripada definisi-definisi istilah kafir di atas, jelas bahawa yang dimaksudkan dengan istilah kafir pada dasarnya adalah non-Muslim (ghairu Muslimin), sama ada kafir asal mahupun kafir murtad.

Dalam kitab Ahkam at- Ta’amul Ma’a Ghayr al-Muslimin, Syekh Khalid Muhammad al-Majid membuat kesimpulan;

“Orang-orang non-Muslim (ghayru al- muslimin) adalah sesiapa yang tidak beriman kepada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau sesiapa yang tidak beriman kepada salah satu ajaran asas yang diketahui secara pasti sebagai sebahagian daripada agama Islam. Mereka ini dalam istilah syarie disebut kafir.” (Syekh Khalid Muhammad al-Majid, Ahkam At-Ta’amul Ma’a Ghair Al Muslimin, hlm. 3)

Sementara pendapat bahawa kafir itu adalah lawan daripada iman (Mukmin) dan bukan lawan daripada Islam (Muslim) adalah tidak benar. Kerana walaupun terdapat nas al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan kafir adalah lawan daripada iman, tetapi ada juga nas-nas syariah yang menunjukkan kafir adalah lawan daripada Islam (Muslim).

Hal ini semakin menegaskan bahawa istilah kafir bermakna non-Muslim. Sebagai contoh, sabda Nabi SAW;

”Orang Muslim tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi Muslim.” (laa yarithu al muslimu al kafira wa la al kafiru al muslima)." [HR Bukhari No. 6383; Muslim No. 1614; Abu Dawud No. 2911]

Mengenai pendapat bahawa orang-orang Yahudi atau Nasrani pada hari ini berkemungkinan tergolong orang yang beriman (Mukmin), merupakan tafsiran yang batil. Mereka yang mengkaji kitab-kitab tafsir muktabar seperti Tafsir al-Jalalayn, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Jarir at-Tabari, dan lain-lain akan mendapatkan penafsiran yang benar mengenai ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 62 dan al-Ma`idah ayat 69.

Secara ringkasnya, orang Yahudi dan Nasrani yang tergolong beriman hanya ada dua;

Pertama, orang Yahudi dan Nasrani yang masih memegang agamanya yang murni yang hidup sebelum diutuskan Nabi SAW.

Kedua, orang Yahudi dan Nasrani yang hidup pada masa atau setelah diutuskan Nabi SAW yang masuk Islam.

Selain itu terdapat nas al-Quran yang tegas (qathie) bahawa Ahli Kitab (orang Yahudi dan Nasrani) adalah orang yang tidak beriman [at-Taubah: 29] dan orang kafir [al-Bayyinah: 6], demikian juga bahawa orang Nasrani adalah orang kafir [al-Ma`idah (5): 72-73].

Jadi, orang Yahudi atau Nasrani adalah kafir dan tidak dapat dikategorikan sebagai Mukmin (orang beriman) atau Muslim (orang Islam).

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:
Apa Dan Siapa Sebenarnya Kafir Harbi?Ujian Dahsyat Terhadap Iman Pada Akhir Zaman
sumber: facebook



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/maksud-kafir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bentuk Muka Bumi Menurut Al Quran

Bentuk Muka Bumi Menurut Al Quran

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 939 hits
BENTUK MUKA BUMI MENURUT AL QURAN 1 Saiz bumi yang berdiameter 4000 mil menunjukkan satu saiz yg sangat besar Bila kita duduk di satu globe yang sebesar dan seluas itu itu yg nampak mendatar ja tu 2 Dalam surah al kahfi Allah sebut dahaaha ...
Doa Memancing Ikan Seperti Yang Ada Dalam Al Quran Dan Ianya Sangat Mustajab

Doa Memancing Ikan Seperti Yang Ada Dalam Al Quran Dan Ianya Sangat Mustajab

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 495 hits
Berdoa dalam memulai pekerjaan apapun merupakan satu tindakan terpuji Termasuk jika Anda ingin memulai memancing ikan Doa mancing ikan yang sering kali dilakukan para pemancing seakan menjadi ritual wajib jika ingin mendapatkan hasil yang m...
Sempatkan Baca Al Quran Saat Waktu Istirahat Siswa Smk Di Bone Bikin Salut

Sempatkan Baca Al Quran Saat Waktu Istirahat Siswa Smk Di Bone Bikin Salut

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 227 hits
Jam istirahat di sekolah merupakan waktu yang paling dinanti nanti oleh setiap siswa Hal itu lantaran mereka bisa menenangkan otak sejenak dari pelajaran yang kadang membuat jenuh Selain makan di kantin biasanya para siswa akan menikmati wa...
Tafsir Al Quran E Braille Dalam Bahasa Mandarin Akan Dilancarkan Jakim

Tafsir Al Quran E Braille Dalam Bahasa Mandarin Akan Dilancarkan Jakim

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 305 hits
JAKIM yang bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia ki sedang dalam usaha bagi mewujudkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya kelihatan Ini juga di...
Benarkah Berlaku Penambahan Dalam Al Quran Al Karim

Benarkah Berlaku Penambahan Dalam Al Quran Al Karim

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 328 hits
Soalan Benarkah berlaku penambahan dalam al Quran al Karim Jawapan Kami mulakan dengan takrif al Quran al Karim Al Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab Al Quran ditulis dalam mashaf yang dipind...
Tengah Baca Al Quran Tiba Tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja

Tengah Baca Al Quran Tiba Tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 366 hits
Nak cari kerja dah lah susah Lagi lagi dengan ekonomi sekarang Bapa ni pula tergamak buat macam ni dekat anak dia semata mata sebab anak dia tak dapat kerja Menurut seorang bapa yang berasal dari Perak telah memukul kepala anaknya menggunak...
Yapeim Komited Lahirkan Generasi Celik Al Quran

Yapeim Komited Lahirkan Generasi Celik Al Quran

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 322 hits
Liputan Akhbar oleh Utusan Malaysia Tarikh Terbitan 6 Mac 2019 Ruangan Mega Mimbar
Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al Quran Dalam Pertandingan Tilawah

Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al Quran Dalam Pertandingan Tilawah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 538 hits
Tilawah Al Quran bermaksud membaca al Quran Pembacaan al Quran boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berkumpulan Pembacaan Al Quran secara berkumpulan dinamakan tadarus al quran iaitu dibaca secara bergilir gilir saling menyema...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba