Benarkah Berlaku Penambahan Dalam Al Quran Al Karim



Soalan:
Benarkah berlaku penambahan dalam al-Quran al-Karim?

Jawapan:
Kami mulakan dengan takrif al-Quran al-Karim. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab. Al-Quran ditulis dalam mashaf yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara mutawatir dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya. Ia dimulakan dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas. (Lihat Mabahith fi Ulum al-Quran, hlm. 17)

Berkenaan dengan persoalan di atas, kami nukilkan dari al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah yang menyebut bahawa al-Quran al-Karim adalah kalam Allah yang mukjizat, diturunkannya kepada Rasul-Nya SAW dan dipelihara daripada sebarang penambahan dan kekurangan. Benarlah firman Allah SWT:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [Surah al-Hijr (9)]

Ibn Kathir berkata: “Kemudian Allah SWT menetapkan bahawa Dia lah yang menurunkan al-Zikr (الذِّكْر) yakni al-Quran dan Dia lah Pemeliharanya dari sebarang pindaan dan perubahan.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/527)

Justeru, perkataan al-Zikr adalah al-Quran al-Karim mengikut kebanyakan ulama’ tafsir. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 24/78-79)

Muhammad Quraisy Syihab berkata: “Dari hari ke hari, bertambah jelas bukti-bukti kebenaran janji tersebut, berkat kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang digunakan dalam pemeliharaannya. Dahulu ketika turunnya ayat ini, pernyataan tersebut baru merupakan janji sebagaimana difahami dari bentuk kata 'لَحَافِظُونَ', tetapi kini setelah berlalu lebih daripada seribu lima ratus tahun, janji itu telah menjadi kenyataan walaupun sekian banyak upaya yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah atau menghapusnya, dan walaupun upaya tersebut dilaksanakan pada masa-masa umat Islam dalam keadaan lemah dan dijajah. Orang-orang Yahudi yang memiliki pengalaman dan keahlian dalam mengubah dan memalsukan kitab suci, walaupun berhasil memalsukan ribuan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW serta memutarbalikkan sejarah Islam, tetapi sedikit pun mereka tidak berhasil melakukan perubahan terhadap al-Quran. Ini semua adalah bukti kebenaran janji Allah SWT itu.” (Lihat Tafsir al-Misbah, 7/99)

Ayat ini menunjukkan bahawa al-Quran itu selamat daripada ditambah atau dikurangkan. Qatadah dan Thabit al-Banani berkata: “Allah memeliharanya daripada ditambahkan oleh syaitan secara kebatilan atau dikurangkannya dari kebenaran. Maka Allah SWT memeliharanya dan sentiasa dalam keadaan terpelihara.” Firman Allah SWT:

بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتَابِ اللَّـهِ
“Sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah itu.” [Surah al-Ma’idah (44)]

Maka Allah lah yang memeliharanya kepada mereka, kemudian mereka (Ahlul Kitab) telah mengubah dan memindanya. Kemudian Allah SWT menyifatkan al-Quran sebagai Aziz (mulia) iaitu selamat daripada manusia untuk berkata seumpamanya sebagaimana kata Ibn Abbas R.Anhuma.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ ﴿٤١﴾ لَّا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.” [Surah Fussilat (41-42)]

Makna firman Allah SWT “لَّا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ” yang bermaksud “Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya”; sepertimana kata al-Qurtubi yang menukilkan daripada al-Suddi dan Qatadah, iaitu bahawa syaitan sekali-kali tidak mampu untuk mengubahkannya, menambahkannya, dan mengurangkannya (yakni al-Quran). (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 10/5)

Al-Alusi mentafsirkan ayat di atas dengan maksud memisalkannya untuk mentasybihkannya dengan seseorang, nescaya dipelihara dari semua pihak. Justeru, tidak mungkin musuh-musuh Allah sampai kepadanya kerana ia adalah benteng yang amat teguh dari pemeliharaan Tuhan yang Haq lagi nyata. (Lihat Ruh al-Ma’ani, 24/127)

Kami menutup perbincangan ini dengan menukilkan kenyataan Syeikh al-Maraghi yang berkata: “Menurut tafsiran daripada Sa’id ibn Jubair dan al-Kalabiy ada menyatakan bahawa al-Quran tidak dapat menerima sedikit pun kebatilan dan mustahil ia dapat didustakan oleh kitab Taurat dan Injil atau kitab selepasnya.

Sedangkan menurut pendapat al-Zujaj, maksud ayat ini ialah, al-Quran itu terpelihara daripada sifat kekurangan dan kebatilan dari hadapannya. Malah al-Quran juga terpelihara daripada sifat penambahan, iaitu maksudnya al-Quran tidak diselubungi kebatilan dari arah belakangnya seperti pendapat Qatadah dan al-Suddi.

Kesimpulannya, semua isi al-Quran itu adalah benar; terpelihara daripada pengurangan dan penambahan, dan seluruh isinya sesuai berdasarkan kepada yang nyata, benar dan tidak bertentangan dengan apa yang berlaku.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 12/6081)

Kami berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan kita cinta kepada al-Quran dan suka membacanya.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِناَ، وَنُوْرَ صُدُوْرِناَ، وَجلاَءَ أَحْزَانِناَ، وَذهَابَ هُمُوْمِناَ
“Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/benarkah-berlaku-penambahan-dalam-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Quran Tajwid Terjemahan Siap Tagging Dari Sahabat Enuur

Al Quran Tajwid Terjemahan Siap Tagging Dari Sahabat Enuur

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 575 hits
Pernahkah anda terlihat atau terdengar mengenai kewujudan Al Quran Tagging Ya sebuah Al Quran yang telah disiapkan tag dengan penuh pengisian DOA PANDUAN bagi melengkapkan lagi penghayatan kalian terhadap AL QURAN Al Quran Tag ini menggunak...
Dropship Al Quran Tagging Dibuka Jom Sertai Team Sahabat Enuur Hari Ini

Dropship Al Quran Tagging Dibuka Jom Sertai Team Sahabat Enuur Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 380 hits
Bismillah Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjadi dropship al quran tagging Alhamdulillah team saya masih dibuka penyertaan bagi sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan berniaga al quran taggingKami buka ruang untuk and...
Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 339 hits
Soalan Apakah dibolehkan bagi seorang yang ziarah akan kubur membaca Quran sebelum berdoa Adakah sampai menafaat bacaan tersebut kepada si mati Jawapan Berikut dikutip perkataan ulama dari empat mazhab untuk bagi jawapan persoalan di atas 1...
Tuntut Cerai Suami Pukul Kepala Isteri Dengan Al Quran

Tuntut Cerai Suami Pukul Kepala Isteri Dengan Al Quran

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 907 hits
Tindakan isteri menuntut perceraian mengundang kemarahan suaminya yang hilang pertimbangan lalu memukul kepala mangsa dengan al Quran sebelum memukul anak perempuannya dengan rotan sehingga cedera nbsp Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan...
Adam Corrie Bidas Anti Vaksin Flat Earth Nak Faham Al Quran Kau Kena Berguru

Adam Corrie Bidas Anti Vaksin Flat Earth Nak Faham Al Quran Kau Kena Berguru

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 398 hits
Pelakon terkenal Adam Corrie Lee Abdullah hari ini tampil memberi nasihat ringkas buat pihak tertentu yang menggunakan hujah hujah keliru tetapi disandarkan kepada Islam misalnya untuk menyebarkan fahaman antivaksin dan bentuk Bumi Tidak ad...
Quran Tag With Ayesha Ustazah Liyana Musfirah

Quran Tag With Ayesha Ustazah Liyana Musfirah

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 377 hits
Quran Tag With Ayesha Ustazah Liyana Musfirah adalah rancangan penuh islamik pengisian dan refleksi berepisod ditayangkan di channel 125 Astro Naura Setiap episod menampilkan topik perkongsian dan tetamu undangan yang berbeza Quran Tag dala...
Tafsir Al Quran E Braille Dalam Bahasa Mandarin Akan Dilancarkan Jakim

Tafsir Al Quran E Braille Dalam Bahasa Mandarin Akan Dilancarkan Jakim

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 312 hits
JAKIM yang bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia ki sedang dalam usaha bagi mewujudkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya kelihatan Ini juga di...
Bentuk Muka Bumi Menurut Al Quran

Bentuk Muka Bumi Menurut Al Quran

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 946 hits
BENTUK MUKA BUMI MENURUT AL QURAN 1 Saiz bumi yang berdiameter 4000 mil menunjukkan satu saiz yg sangat besar Bila kita duduk di satu globe yang sebesar dan seluas itu itu yg nampak mendatar ja tu 2 Dalam surah al kahfi Allah sebut dahaaha ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri