Maksud Hadith Waktu Solat Isyak Sehingga Pertengahan Malam



SOALAN:
Apakah status dan maksud hadith ini?: Daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ
“Waktu solat Isyak adalah sehingga pertengahan malam.” [Riwayat Muslim (612)]

JAWAPAN:
Berdasarkan soalan di atas, para ulama' berselisih pendapat dalam menentukan waktu terakhir untuk ditunaikan solat Isyak. Hal ini kerana wujudnya dalil-dalil yang berbeza dalam membahaskan berkaitan perkara ini.

Berbalik kepada hadith di atas, hadith di atas adalah hadith yang sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya apabila Nabi SAW ditanya berkaitan waktu-waktu solat. Di sana juga terdapat hadith lain yang menyatakan berkaitan perbuatan Nabi SAW melewatkan solat Isyak sehingga ke pertengahan malam iaitu:

Daripada Anas bin Malik R.A berkata:

أَخَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ العِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ صَلَّى، ثُمَّ قَالَ: قَدْ صَلَّى النَّاسُ وَنَامُوا، أَمَا إِنَّكُمْ فِي صَلاَةٍ مَا انْتَظَرْتُمُوهَا
“Nabi SAW pernah melewatkan solat Isyak ke pertengahan malam, kemudian Baginda SAW solat. Kemudian Baginda bersabda setelah selesai menunaikan solat: “Manusia semuanya telah selesai menunaikan solat lalu mereka tidur, adapun kamu akan terus berada di dalam solat walaupun dalam tempoh menunggumu untuk menunaikan solat.” [Riwayat al-Bukhari (572)]

Imam al-Nawawi berkata ketika mensyarahkan hadith ini, maksud waktu solat Isyak sehingga pertengahan malam adalah dengan mengatakan waktu tersebut adalah waktu ikhtiyar (terpilih). Adapun waktu yang jawaz (dibenarkan untuk solat) berlangsung sehingga sebelum terbitnya fajar (fajar sodiq). [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 5/111]

Waktu ikhtiyar bermaksud Allah telah memilih waktu tersebut untuk ditunaikan solat sekiranya dia tidak melakukannya pada waktu yang afdhal. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 181]

Untuk itu, waktu ikhtiyar bagi solat Isyak bermula selepas berakhirnya waktu afdhal sehingga satu pertiga awal malam. Pandangan Imam al-Nawawi ini disokong dengan hadith yang umum bahawa waktu sesuatu solat itu berakhir dengan datangnya atau masuknya waktu solat yang seterusnya sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith:

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيَّ النَّوْمِ تَفْرِيطٌ، إِنَّمَا التَّفْرِيطُ عَلَى مَنْ لَمْ يُصَلِّ الصَّلَاةَ حَتَّى يَجِيءَ وَقْتُ الصَّلَاةَ الْأُخْرَى
“Tidaklah dianggap meremehkan solat bagi seseorang yang tidur itu, adapun orang yang meremehkan solat itu adalah orang yang tidak solat dengan satu solat sehingga datangnya waktu solat yang seterusnya.” [Riwayat Muslim (681)]

Di samping itu juga, Imam Zakaria al-Ansari menyatakan hadith ini secara zahirnya menunjukkan berterusan setiap waktu solat itu sehingga masuknya waktu solat yang seterusnya daripada solat lima waktu melainkan solat Subuh kerana apabila tiba waktunya akan keluarnya fajar sadiq. [Lihat: Fath al-Wahab, 1/36]

Tambahan pula, bilakah berakhirnya waktu solat Isyak ini menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama' sepertimana yang telah kami sebutkan di awal artikel ini.

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menyatakan berkaitan waktu solat Isyak sehingga pertengahan malam adalah hadith yang sahih riwayat Imam Muslim. Akan tetapi, para ulama' berbeza pandangan dalam memahami maksud hadith tersebut. Walau bagaimanapun, di sisi mazhab Imam al-Syafie waktu solat Isyak berakhir apabila keluarnya fajar sodiq atau ketika masuknya waktu solat Subuh. Di samping itu juga, waktu yang terbaik untuk ditunaikan solat adalah di awal waktu kerana di sana banyak hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bagi seseorang yang solat di awal waktu. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini agar kita digolongkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kebaikan. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/maksud-hadith-waktu-solat-isyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 450 hits
SOALAN Antara solat pada awal waktu dengan solat berjemaah mana patut diutamakan Contohnya si isteri ingin solat pada awal waktu tetapi suami jenis solat lewat tetapi ingin berjemaah bersama JAWAPAN Solat pada awal waktu dan solat berjemaah...
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 862 hits
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak Pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati muka dan badan anak kesayangan mereka tiba tiba bengkak sebelum membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan Pada ...
Bayi Tak Berhenti Menangis Waktu Malam Doktor Dedahkan Puncanya

Bayi Tak Berhenti Menangis Waktu Malam Doktor Dedahkan Puncanya

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 387 hits
Penat juga memikirkan kenapa si kecil asyik menangis pada waktu malam Untuk ibu bapa yang baru keadaan ini boleh menimbulkan stress kepada anda Jom ketahui apa penyebab anak anda menangis pada waktu malam MENGAPA BAYI MENANGIS DI WAKTU MALA...
Fakta Ilmiah Al Qur An Tentang Waktu Istirahat Di Malam Hari

Fakta Ilmiah Al Qur An Tentang Waktu Istirahat Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 431 hits
Al Qur an bukan hanya sebagai pedoman hidup bagi manusia yang mengatur tentang hubungan manusia dengan Penciptanya antar sesama manusia dan alam sekitarnya Lebih dari itu terdapat banyak fakta ilmiah yang dapat digali dari Al Qur an yang be...
Semua Masjid Di Pulau Pinang Mesti Dibuka Untuk Tujuan Solat Fardhu 5 Waktu Maipp

Semua Masjid Di Pulau Pinang Mesti Dibuka Untuk Tujuan Solat Fardhu 5 Waktu Maipp

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 879 hits
Semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid di Pulau Pinang perlu membuka semua masjid di negeri berkenaan untuk tujuan solat fardhu 5 waktu sekali gus menafikan memo dikeluarkan sebuah masjid yang mengehadkan waktu operasinya kata Majlis ...
Dua Lelaki Samun Di Kedai Dobi Pada Waktu Tengah Malam

Dua Lelaki Samun Di Kedai Dobi Pada Waktu Tengah Malam

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 483 hits
Korang tengok tak video yang tular baru baru ini di media sosial mengenai dua lelaki berbangsa india menyamun di kedai dobi layan diri yang terletak di Sri Damansara pada waktu malam jam 12 pagi Menerusi video CCTV yang dimuatnaik oleh Nasi...
Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1430 hits
Pada lewat November 2019 yang lepas sebuah masjid di Temerloh viral dimana dikatakan setiap waktu solat pastinya ramai jemaah sekali pun waktu Solat Subuh dan telah melaporkan berita ini dimana Masjid Temerloh Jaya antara masjid yang paling...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku