Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025


 
FOTO BERITA: Sidang Media oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan NGO-NGO mengenai isu gejala buli di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 14hb Ogos 2025 (Khamis)
KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2025 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden buli yang kerap melibatkan pelajar-pelajar sekolah mutakhir ini. Satu sidang media yang menghimpunkan beberapa tokoh masyarakat dan aktivis telah diadakan di ibu negara bagi membincangkan penubuhan Anti-Bully Centre (ABC), sebuah pusat aduan khusus untuk memerangi budaya buli di Malaysia.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau Toqqi, mantan Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan, Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Mahalela Malaysia, En. Faisalkamal, serta Dato’ Jeff Amin daripada Pertubuhan Kebajikan Bekas-Bekas Pekerja Hospitaliti Kuala Lumpur.Menurut En. Faisal Kamal, budaya buli di sekolah dan institusi pendidikan telah wujud sejak puluhan tahun dan berulang tanpa tindakan tegas. Berkongsi pengalaman peribadi sebagai mangsa buli, beliau menegaskan bahawa fenomena ini perlu dihentikan segera. “Tak ada sebab nak buli. Budaya ini tak masuk akal dan mesti dihentikan,” tegasnya.ABC akan menjadi pusat aduan terbuka bagi mangsa atau saksi kejadian buli. Menerusi talian khas ( 013-611-6666) aduan akan dijamin kerahsiaan dan diambil tindakan segera oleh pasukan ABC.Toqqi menjelaskan, ABC akan bertindak pantas di seluruh negara untuk melindungi pelajar serta memberi amaran keras kepada pembuli. “Kami akan terus ke lapangan, berjumpa pihak terlibat, dan memastikan pembuli tahu mereka tidak akan terlepas,” katanya.Datuk Seri Mohd Redzuan pula menekankan keperluan melatih fasilitator orientasi di sekolah dan universiti supaya program pengenalan tidak disalahguna menjadi medan buli. “Orientasi sepatutnya membina ketahanan fizikal dan mental, bukan mengundang penderaan atau kematian,” ujarnya.Sementara itu, Dato’ Jeff Amin menyokong penuh inisiatif ini dan menyeru semua NGO, pihak sekolah, serta ibu bapa untuk berganding bahu membanteras budaya buli. Menurutnya, kesedaran mesti bermula dari rumah. Ramai pembuli adalah bekas mangsa yang mahu membalas dendam ketika berstatus senior. ABC, tegas mereka, adalah platform untuk memutuskan kitaran dendam ini. Antara langkah yang akan diambil ABC sebaik menerima aduan termasuk membuat laporan polis, mengadakan pertemuan dengan pembuli, ibu bapa mereka, pihak sekolah, serta memaparkan wajah pembuli di media sosial. Kementerian Pendidikan digesa agar memberi sokongan penuh kepada ABC sebagai usaha bersama rakyat dan NGO dalam melindungi maruah dan keselamatan pelajar di seluruh negara.
Artikel oleh: Harapan Daily
ANTI BULLY CENTRE (ABC) DILANCAR, PPIM & NGO BERSATU PERANGI BUDAYA BULI
https://harapandaily.com/2025/08/15/anti-bully-centre-abc-dilancar-ppim-ngo-bersatu-perangi-budaya-buli/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/08/anti-bully-centre-abc-dilancar-ppim-ngo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Lancar Anti Bully Centre Buka Saluran Aduan Tanpa Takut Refleks 14 08 2025

Ppim Lancar Anti Bully Centre Buka Saluran Aduan Tanpa Takut Refleks 14 08 2025

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 3267 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Anti Bully Centre sebagai platform bagi orang ramai membuat aduan dan memberi cadangan berkaitan isu buli Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pusat itu memberi ruang kepada mangsa atau...
Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 2586 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Anti Bully Centre sebagai platform menerima aduan dan cadangan berkaitan isu buli daripada orang ramai Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pusat itu diwujudkan bagi member...
Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1376 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan gejala buli yang semakin berleluasa Lebih merisaukan gejala buli bukan sekadar masalah pelajar di sekolah ia kini menjadi isu sosial yang memberi kesan kepada mental emosi dan masa depan...
Mini Maha Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari

Mini Maha Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1269 hits
Mini MAHA Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari Temerloh 16 Ogos Mini MAHA Pahang 2025 diadakan dengan penuh warna warni menggabungkan dunia pertanian inovasi teknologi moden cita rasa makanan tempatan dan persemb...
Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1339 hits
12 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris di Banquet Hall Syed Bistro KL Sidang media bertujuan menuntut keadilan dan pembelaan ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris
Pas Pembuli Agama Memburukkan Lagi Budaya Buli

Pas Pembuli Agama Memburukkan Lagi Budaya Buli

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 266 hits
K PRAGALATHAugust 21 2025Setiausaha agung AMANAH Faiz Fadzil mengkritik Pas sebagai pembuli agama yang memainkan sentimen perkauman sehingga ke tahap boleh mempengaruhi dan memburukkan lagi perangai pembuli Sentimen perkauman dimainkan mere...
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 271 hits
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah Perbuatan buli di sekolah berasrama tidak lagi boleh dianggap sebagai kes displin yang terpencil Malah kejadian buli yang meragut nyawa Allahyarhamah adik Zara Qairina telah...
Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah Akan Merosakkan Paru Paru

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pekasam Puyu

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Police Tracking Down Suspects Behind Johor Tesla Break In Rm100 000 Stolen