Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat



Pada lewat November 2019 yang lepas, sebuah masjid di Temerloh viral dimana dikatakan setiap waktu solat pastinya ramai jemaah sekali pun waktu Solat Subuh. Sinar Harian dan Harian Metro telah melaporkan berita ini dimana Masjid Temerloh Jaya (MTJ) antara masjid yang paling imarah di Malaysia dengan kehadiran solat secara berjemaah.

Masjid Temerloh Jaya (MTJ) terletak di daerah Temerloh di Negeri Pahang. Lokasinya pula berada di dalam sebuah taman perumahan yang pastinya diketahui oleh orang Temerloh khususnya iaitu Taman Temerloh Jaya. Nama masjid itu pun diambil sempena nama taman itu sahaja.

Baca Juga : Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Betul ke masjid ni imarah dengan kehadiran jemaat yang ramai? Kalau betul apa yang dieorang buat sampai masjid lain agak sukar untuk lakukan? Ikuti pandangan peribadi aku sebagai salah seorang penduduk di sana dan qariah MTJ. ermm ada juga bersangkut paut dengan Masjid Temerloh Jaya. Yang tahu, tahulah haha


Masjid Temerloh Jaya Terus Imarah Dengan Kehadiran Jemaah Setiap Waktu Solat
Secara jujur, MTJ ini sama sahaja dengan masjid-masjid yang ada di seluruh Malaysia dari segi mata kasar. Tetapi mereka mempunyai pihak pengurusan yang baik dan cekap. Kita sedia maklum dalam mana-mana keratan akhbar dimana, MTJ telah menekankan Pelan Strategi 2016-2020 yang menjadikan masjid ini mempunyai visi dan misi tersendiri. Kalau korang datang sini pun, korang boleh tengok bilik mesyuarat dah macam bilik mesyuarat menteri kabinet. Barulah pihak pengurusan semangat nak perah otak dan berdiskusi kan.



Sebenarnya Pelan Strategik 2016-2020 mempunyai 6 agenda dan agenda pertama dan utama adalah Meramaikan Solat Jemaah. Rasanya qariah tetap MTJ pasti tahu macam mana agenda ini dititikberatkan selamat berbulan-bulan. Seingat aku sebagai jemaat disana, pada awalnya saf solat jemaah mempunyai 3-4 saf sahaja daripad 13 saf. Jadi pihak pengurusan telah melancarkan kempen 10 Saf terutamanya bagi solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Cara nak tahu dah sampai 10 saf, ada bunting diletakkan 2 tiang di dalam masjid yang menunjukkan situlah saf ke-10 (tiada gambar). 

Disamping itu, pihak pengurusan MTJ setiap masa memperingatkan kepada jemaah yang datang supaya cabar diri, datang solat jemaah dan ajak juga jiran sebelah rumah datang sekali. Kalau dulu, biasa mereka akan ingatkan setiap kali solat Jumaat. Setiap minggu ada sahaja peringatan untuk memenuhkan ruang masjid. Dengan tag line 'Masjid TJ, Masjid Kita' juga membuatkan seolah-olah MTJ ini milik semua penduduk Taman Temerloh Jaya. Jadi ianya membuatkan ianya lebih terasa dekat dengan masjid.

Baca Juga : Kelas Mengaji Al-Quran Terus Di Rumah Anda Buat Warga Temerloh
Selain itu juga, dijemput juga penceramah setiap hari bagi mengingatkan tentang bawah kelebihan solat jemaah, tentang ganjaran solat jemaah dan sebagainya. Jadi sedikit sebanyak, setiap hari jemaah lain terkesan dengan peringatan daripada penceramah tersebut



Oh setiap hari Khamis minggu pertama setiap bulan, pihak Masjid ada sediakan makan malam kepada semua jemaah. Ini juga antara cara mereka menarik minat untuk orang ramai datang Masjid. Biarlah orang tu datang masjid sebab nak makan je. Atleast setiap minggu dia datang 2 kali ke masjid, solat jumaat dan solat pada hari makan. Insya Allah pasti Allah bukakan pintu hatinya pada suatu hari. 


Cara lain lagi, mereka telah melantik Imam Muda yang baik pembacaannya dan sedap didengar bagi setiap kali waktu solat. Orang solat pun, sedap je dengar imam baca surah dariapda al-Quran. Imam juga faham akan makmumnya. Tidak memanjangkan bacaan kerana beliau tahu ada antara jemaah yang tidak boleh berdiri lama. Jadi solat kat sini, just nice je.


Bila Masjid Temerloh Jaya sudah mula bertambah ke beberap saf lain, pihak pengurusan lancarkan pula pembelian kipas gergasi bagi tujuan keselesaan jemaah yang ramai. Sebelum itu hanya menggunakan kipas dinding sahaja, di tengah pasti panas. Ada yang mengatakan, MTJ antara masjid yang pertama menggunakan kipas gergasi di Negeri Pahang. Tak cukup selesa lagi, masjid tersebut tukar karpet keras kepada karpet tebal dan lembut bagi keselesaan jemaah terutamanya jemaat yang sedikit berumur. Yang menakjubkan, bayaran semunya adalah daripada sumbangan derma jemaah sendiri. Sedekah Jariah akan terus mengalir ke kita, ingat tu. Akhir sekali, MTJ tambah fasiliti lain lagi iaitu Aircond yang pastinya lebih sejuk berbanding kipas. Ianya juga sumbangan daripada jemaah sendiri

Sehingga hari ini, kipas gergasi atau aircond terus digunakan setiap kali waktu solat. Tiada isu tunggakana bil di sana kerana masjid itu murah dengan sumbangan. Kerana sumbangan mereka juga telah memberi keselesaan kepada diri sendiri dan jemaah lain


Masjid Temerloh Jaya juga bebas dengan agenda partisan. Ada je jemaah lari daripada Masjid atau Surau tersebut kerana jemaah disitu lebih kepada parti A sedangkan dia parti P. Sangguplah pergi ke surau yang lebih jauh supaya tak jumpa geng tersebut. Ianya masih wujud sehingga sekarang

Tetapi di MTJ ianya tidak berlaku, anda parti mana pun, masjid ini untuk anda. Salah satu punca juga datang daripada penceramah. Jadi disini apa-apa yang berkaitan dengan parti politik tidak akan disebut bagi menjaga setiap perasaan jemaah disini.Walaupun mereka berbeza parti tetapi di dalam masjid mereka bersatu hati untuk menghadap Allah. 
Parti Politik ditinggalkan di pintu masjid, masuk je masjid, semua hati bersatu untu menghadap Allah - pihak pengurusan
Ceramah juga tidak menggangu kawasan jiran yang lain, tidak menguatkan pembesar suara. Walaupun orang cakap, kita takut pada golongan bukan Muslim tetapi hakikatnya ianya suatu penghormatan. Buat apa ceramah kuat-kuat. Kalau ada baby nak tidur, pasang kuat-kuat nak buat macam mana? Nak suruh baby pakai earplug?


Melalui wawancara TV9 dengan Pengurusi Masjid, Dr. Abdullah, 10 saf yang di target pada awal tahun 2016 dicapai pada tahun 2017 dan kemuncak dimana setiap ruang di dalam masjid itu dipenuhi dengan para jemaah adalah pada tahun 2018 sehingga sekarang. 
Pihak Berita Harian sendiri laporkan jemaah ramai bukan pada waktu Maghrib atau Isyak sahaja tetapi pada waktu Subuh juga dan perkara ini sangat jarang berlaku dimana-mana masjid. Jadi lebih 600 jemaah yang hadir untuk solat Subuh setiap hari.

Pengurusi Masjid juga beritahu, tanggungjawab ini bukan sepenuhnya terletak pada pihak pengurusan sahaja tetapi juga daripada jemaah sendiri. Ramainya jemaah ini bukan sebab pihak pengurusan yang ada beberapa orang, tetapi sebab kehadiran orang ramai itu sendiri. Pihak pengurusan hanya menyediakan kelengkapan dan kemudahan sahaja. Tetapi yang paling besar adalah kerana ianya mendapat keizinan daripada Allah. Allah telah membuka hati para penduduka Taman Temerloh Jaya untuk datang ke masjid ini.

Dengan berjayanya agenda yang utama ini, 5 lagi agenda berjalan dengan baik antaranya membina budaya ilmu dengan mengadakan ceramah, kelas al-Quran, tazkiran dan sebagainya. Agenda lain seperti merapatkan ukhwah, budaya sedekah, kebersihan, kecantikan dan prasarana dan terakhirnya pembangunan Kafa dan Remaja. Disini pihak pengurusan tidak susah untuk dapatkan sedekah, ianya menjadi seperti budaya. Ingat pahala sedekah tu mengalir sampai kita mati tau.

Sejurus selepas viralnya perkara ini, terdapat banyak pihak pengurusan Masjid daripada seluruh Malaysia datang ke MTJ untuk pelajari sesuatu. Kalau lihat di facebook page Masjid Temerloh Jaya, ada datang daripada Johor, Selangor, Kelantan hatta daripada Sabah pun ada. Baru-baru ini juga MTJ mendapat pengiktirafan 4 bintang daripada Kerajaan Negeri bagi Masjid Gemilang Pahang Tahun 2019.



Selain daripada pihak pengurusan masjid lain, terdapat ramai lagi individu luar daripada Pahang yang singgah di MTJ untuk merasai solat subuh dengan kehadiran jemaah yang ramai. Nasihat juga kepada mereka yang berpengaruh ni, kalau nak datang, bagi tahulah. Sebab nak suruh tulis kehadiran je hehe


Jadi itulah serba sedikit cerita disebalik kejayaan yang dikecapi bagi Masjid Temerloh Jaya sehingga hari ini daripada pengalaman dan kacamata aku sendiri. Jadi diharap masjid lain yang berpotensi, cubalah cari pendekatan yang baik bagi menarik lebih ramai orang untuk solat di Masjid. Tak tahu cara, datang ke Masjid Temerloh Jaya. Tak tahu alamat MTJ? Boleh tengok sini. Nak hubungi semua, ada je di page facebook Masjid Temerloh Jaya.



Media Sosial MTJ pun tangkas bekerja tau. Setiap masa suka update di page facebook tersebut. Supaya lebih ramai lagi yang tahu tentang kelebihan yang ada pada masjid. Sebenarnya banyak je lagi cerita pasal MTJ ni, belum cerita pasal ketika bulan Ramadhan, masa iftar, masa hari raya, ada orang bukan islam sumbang lembu untuk kenduri setiap kali raya qurban, sukarelawan, sukan dan sebagainya. Takut takda orang nak baca je tulis panjang-panjang.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca. Kalau suka, kongsilah artikel ini kepada media sosial korang keh. Terima kasih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/12/rahsia-masjid-taman-temerloh-jaya-imarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Masjid Di Pulau Pinang Mesti Dibuka Untuk Tujuan Solat Fardhu 5 Waktu Maipp

Semua Masjid Di Pulau Pinang Mesti Dibuka Untuk Tujuan Solat Fardhu 5 Waktu Maipp

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 725 hits
Semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid di Pulau Pinang perlu membuka semua masjid di negeri berkenaan untuk tujuan solat fardhu 5 waktu sekali gus menafikan memo dikeluarkan sebuah masjid yang mengehadkan waktu operasinya kata Majlis ...
Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 545 hits
Di usia yang panjang Tuhan kurniakan kesihatan yang baik supaya kita lebihkan untuk beribadah dan melakukan kerja kerja harian Perkongsian seorang wanita mengenai ibunya kini tular di media sosial setelah mendapat reaksi daripada Tunku Aziz...
Georgetown Had Waktu Operasi Jheaipp Akan Panggil Pengerusi Masjid

Georgetown Had Waktu Operasi Jheaipp Akan Panggil Pengerusi Masjid

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 750 hits
GEORGETOWN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan memanggil Pengerusi Masjid Jalan York berhubung notis waktu operasi masjid tersebut yang dihadkan antara jam 9 30 pagi hingga 9 30 malam sahaja Pengarahnya Zulkifli Long berkata bel...
Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Solat Jemaah Ini Penjelasan Mufti

Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Solat Jemaah Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 774 hits
Masjid boleh mengajar kita erti persamaan Orang tua duduk di samping anak anak kecil orang kaya di samping orang miskin menteri di samping buruh pemimpin di sebelah rakyat dan ternyata kesemuanya tidak ada perbezaan di antara mereka Namun s...
Setiap Kali Prk Mesti Wajib Fitnah Najib

Setiap Kali Prk Mesti Wajib Fitnah Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 444 hits
Akuan bersumpah oleh banduan yang menunggu ke tali gantung Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang mengejutkan Menurut Presiden Parti Cinta Malaysia Dat...
Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih Terbeban Dengan Hutang Amalkanlah Doa Ini

Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih Terbeban Dengan Hutang Amalkanlah Doa Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 461 hits
Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih Terbeban Dengan Hutang Amalkanlah Doa Ini Jadi seorang mak mak dan isteri bukannya mudah Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya Setiap Kali Jiwa Teras...
Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 509 hits
SOALAN Saya tinggal dan bermastautin di Subang Jaya tetapi bekerja di Putrajaya Adakah dibolehkan untuk saya solat Jumaat di masjid kariah lain JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai orang orang yang beriman Apabila diserukan az...
Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 530 hits
Ketika hangat isu penolakan tulisan jawi dalam silibus Bahasa Melayu oleh Dong Zong dan sekutunya pentadbiran negeri Johor kekal berpendirian Baru baru ini Jabatan Mufti Johor mengumumkan perubahan waktu solat Subuh di negeri berkenaan dala...
Buasir Otak Tv Lawak Hambar Setiap Kali Tahun Baru

Buasir Otak Tv Lawak Hambar Setiap Kali Tahun Baru

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 783 hits
Setiap kali tahun baru pasti lawak hambar kembali menghantui media sosial Jom tonton video animasi ini
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur