Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah



SOALAN:
Antara solat pada awal waktu dengan solat berjemaah, mana patut diutamakan? Contohnya si isteri ingin solat pada awal waktu, tetapi suami jenis solat lewat tetapi ingin berjemaah bersama.

JAWAPAN:
Solat pada awal waktu dan solat berjemaah sememangnya tsabit kelebihannya dalam banyak hadith, antaranya:

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏"‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏‏
“Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT?” Nabi menjawab: “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Jihad pada jalan Allah SWT.” [Sahih al-Bukhari (5970)]

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat sendirian sebanyak 27 rakaat.” [Sahih Muslim (1509)]

Maka pada asalnya, yang paling utama ialah menghimpunkan kedua-dua solat berjemaah dan dilakukan pada awal waktu. Namun apabila tidak mampu menghimpunkan kedua-duanya, mana yang lebih diutamakan? Menurut Imam Nawawi, para ulama’ mazhab Syafie berselisih pandangan dalam isu ini.

Abu al-Qasim al-Daraki, Abu Ali al-Tobari dan Imam al-Mawardi mengutamakan kelebihan solat berjemaah meskipun lewat berbanding solat sendirian pada awal waktu, sementara Imam al-Juwaini dan Imam al-Ghazali mengutamakan solat sendirian pada awal waktu ke atas melewatkan solat untuk mendapat kelebihan berjemaah.

Imam al-Ruyani pula membawakan dua nukilan daripada Imam al-Syafie yang saling bertentangan, di mana nukilan pertama daripada kitab al-Imlaa’ yang mewakili qaul qadim (pandangan lama) mazhab Syafie yang mensunatkan melewatkan solat untuk mendapat pahala berjemaah, manakala nukilan kedua daripada kitab al-Umm (qaul jadid atau pandangan baharu) pula mengutamakan solat sendirian pada awal waktu.

Qadhi Abu al-Toyyib pula meletakkan syarat, jika diyakini akan dapat berjemaah, maka melewatkan solat itu lebih utama, adapun jika diyakini tidak sempat berjemaah, maka lebih baik solat pada awal waktu secara sendirian.

Imam al-Nawawi menyimpulkan bahawa yang paling afdhal ialah isteri solat pada awal waktu secara sendirian terlebih dahulu untuk mendapat kelebihan awal waktu, kemudian dia solat bersama suami untuk kelebihan berjemaah. Namun jika hanya ingin berpada dengan solat sekali sahaja, maka yang lebih afdhal ialah menunggu suami untuk solat berjemaah, dengan syarat diyakini akan dapat berjemaah, dan masih banyak waktu berbaki. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/262-263)

Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Dzar R.A bahawa Nabi SAW bersabda kepadanya:

كَيْفَ أَنْتَ إِذَا بَقِيتَ فِي قَوْمٍ يُؤَخِّرُونَ الصَّلاَةَ عَنْ وَقْتِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ قَالَ مَا تَأْمُرُ قَالَ ‏"‏ صَلِّ الصَّلاَةَ لِوَقْتِهَا ثُمَّ اذْهَبْ لِحَاجَتِكَ فَإِنْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَأَنْتَ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلِّ
“Bagaimana keadaanmu sekiranya kamu berada di dalam kalangan satu kaum yang melewatkan solat mereka?” Abu Dzar bertanya Nabi SAW: “Apa yang kamu perintahkan supaya aku lakukan?” Nabi SAW bersabda: “Solatlah pada waktunya, kemudian pergilah tunaikan hajatmu. Sekiranya solat jemaah didirikan dan engkau pada waktu itu berada di dalam masjid, solatlah bersama mereka pula.” [Sahih Muslim (648) dan Sunan al-Nasa’ie (859)]

Begitu juga dengan hadith lain, di mana Nabi SAW bersabda:

لَعَلَّكُمْ سَتُدْرِكُونَ أَقْوَامًا يُصَلُّونَ الصَّلاَةَ لِغَيْرِ وَقْتِهَا فَإِنْ أَدْرَكْتُمُوهُمْ فَصَلُّوا الصَّلاَةَ لِوَقْتِهَا وَصَلُّوا مَعَهُمْ وَاجْعَلُوهَا سُبْحَةً
“Kelak kalian akan bertemu dengan sekolompok manusia yang solat di luar waktunya (di luar waktu ikhtiyar); jika ini berlaku, hendaklah kalian tetap solat pada waktunya, dan solatlah sekali lagi bersama mereka, dan solat yang kedua itu menjadi solat sunat bagi kalian.” [Sunan al-Nasa’ie (779)]

Kesimpulan

Tuntasnya, yang terbaik ialah untuk isteri solat pada awal waktu secara sendirian terlebih dahulu, kemudian solat berjemaah bersama suami, dan solat yang kedua menjadi solat sunat baginya. Adapun jika ingin berpada dengan solat sekali sahaja, maka lebih utama untuk menunggu suami dan melewatkan sedikit solat untuk mendapat kelebihan berjemaah, dengan syarat tidak sampai terlajak daripada waktu solat.

Situasi ini juga terpakai bagi solat jemaah bersama rakan sekerja di pejabat atau solat jemaah di musolla asrama, di mana dalam banyak keadaan solat berjemaah pada awal waktu tidak dapat dilakukan kerana kekangan jadual kerja dan kelas. Maka dalam keadaan ini, diutamakan untuk melewatkan sedikit solat berjemaah berbanding solat sendirian pada awal waktu.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/solat-awal-waktu-sendirian-atau-lewat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1157 hits
Pada lewat November 2019 yang lepas sebuah masjid di Temerloh viral dimana dikatakan setiap waktu solat pastinya ramai jemaah sekali pun waktu Solat Subuh dan telah melaporkan berita ini dimana Masjid Temerloh Jaya antara masjid yang paling...
Jokowi Kapal Asing Boleh Lewat Zee Tapi Cuma Ri Yang Berhak Atas Sda Nya

Jokowi Kapal Asing Boleh Lewat Zee Tapi Cuma Ri Yang Berhak Atas Sda Nya

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 232 hits
Saya ke sini juga ingin memastikan penegakan hukum atas hak berdaulat kita hak berdaulat negara kita Indonesia atas kekayaan sumber daya alam laut kita di zona ekonomi eksklusif ucap Jokowi dikutip dari keterangan resmi Sekretariat Presiden
Kempen Solat Berjemaah Di Terengganu Terus Diperhebat

Kempen Solat Berjemaah Di Terengganu Terus Diperhebat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 382 hits
Wan Sukairi melancarkan kempen KUALA TERENGGANU 10 Januari Kerajaan Terengganu terus memperhebat kempen solat berjemaah dalam setiap kalangan masyarakat bagi membina suasana harmoni dan sejahtera di negeri itu Pengerusi Jawatankuasa Pembang...
Waktu Subuh Di Melaka Lewat 8 Minit Mulai 2020

Waktu Subuh Di Melaka Lewat 8 Minit Mulai 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 579 hits
Waktu solat fardu subuh akan dilewatkan selama lapan minit bermula tahun 2020 di negeri ini berikutan pertukaran darjah paksi ketinggian matahari Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata perubahan itu telah diputuskan meneru...
Maksud Hadith Waktu Solat Isyak Sehingga Pertengahan Malam

Maksud Hadith Waktu Solat Isyak Sehingga Pertengahan Malam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 310 hits
SOALAN Apakah status dan maksud hadith ini Daripada Abdullah bin Amr R A bahawa Nabi SAW telah bersabda Waktu solat Isyak adalah sehingga pertengahan malam Riwayat Muslim JAWAPAN Berdasarkan soalan di atas para ulama berselisih pendapat dal...
Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 572 hits
Gerhana bulan berlaku awal pagi esok tiada solat sunat Khusuf dilakukan Jika sebelum ini rakyat di Malaysia telah berpeluang melihat sendiri fenomena gerhana matahari penuh berbentuk cincin pagi esok gerhana bulan pula terjadi lebih kurang ...
Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 529 hits
Ketika hangat isu penolakan tulisan jawi dalam silibus Bahasa Melayu oleh Dong Zong dan sekutunya pentadbiran negeri Johor kekal berpendirian Baru baru ini Jabatan Mufti Johor mengumumkan perubahan waktu solat Subuh di negeri berkenaan dala...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut