Maksud Asertif Ciri Ciri Kelebihan Dan Tips Untuk Katakan Tidak


Adakah anda tahu maksud asertif dan sejauh mana anda mampu praktikannya dalam kehidupan?
Memang tidak dinafikan ada kalanya sukar untuk anda mengatakan ‘tidak’ terhadap sesuatu permintaan atau menolak tawaran daripada orang lain lebih-lebih lagi daripada keluarga atau kawan rapat.
Namun, tahukah anda jika perkara ini dibiarkan berlarutan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada diri anda sendiri?
Oleh itu, adalah penting untuk anda pelajari kemahiran dan maksud asertif bagi melindungi diri anda daripada bebanan atau situasi yang tidak diingini.
Maksud Asertif Asertif atau ketegasan diri merupakan keupayaan seseorang dalam menyatakan fikiran atau perasaan sama ada secara positif atau negatif secara jujur dan jelas.
Individu dengan kemahiran asertif yang baik mampu membuat sesuatu keputusan dengan tegas dan baik tanpa dipengaruhi orang lain.
Mereka juga dapat jalani kehidupan seharian yang positif tidak kira di rumah mahupun di tempat kerja.
Di samping itu, mereka juga mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak berani menolak atau mengatakan ‘tidak’.
Pada masa yang sama, individu yang asertif juga akan rasa lebih berpuas hati dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Ciri-Ciri Individu Asertif Individu yang asertif boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut :
Bersikap tegas dan jujur Mampu membezakan kesan baik dan buruk bagi sesuatu tindakan terhadap diri dan orang lain Tidak mudah terpengaruh Berkeyakinan tinggi dan tegas dalam menjaga harga diri Bersikap matang dan rasional Berani mengatakan tidak terhadap ajakan dan perbuatan negatif Cara Kenali Keupayaan Asertif Adakah anda tahu tahap keupayaan asertif diri? Cuba jawab Ya/Tidak kepada kenyataan berikut untuk ketahuinya :
Anda berani untuk mengatakan ‘tidak’ kepada perkara yang anda tidak sukai. Anda akan bertanya jika tidak memahami sesuatu Anda merasakan diri anda cantik dan berharga Anda akan menegur jika ada orang memotong barisan atau giliran anda Anda boleh minta pertolongan tanpa rasa malu Anda boleh menolak ajakan atau permintaan rakan apabila mereka mengajak anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip anda tanpa rasa bersalah. Anda berani menyuarakan pendapat walaupun ia bertentangan dengan pendapat orang lain. Anda boleh menerima kritikan dan penolakan orang dengan baik. Anda berani mempertahankan hak sekiranya dibuli atau dimanipulasi. Sekiranya separuh daripada jawapan anda adalah ‘Ya’ berdasarkan kenyataan di atas, ini bermakna anda mempunyai kemahiran asertif yang kukuh dalam kehidupan.
Jika sebaliknya, anda boleh pelajari maksud asertif dan kemahirannya dengan lebih mendalam.
Kelebihan Bersikap Asertif  Mengatakan ‘Tidak’ secara asertif boleh memberi kelebihan kepada individu antaranya :
Dapat memupuk hubungan interpersonal yang lebih positif. Mengurangkan salah faham antara individu. Dapat meningkatkan komunikasi berkesan Mengurangkan tekanan dalam hubungan serta kehidupan Mampu mendorong kerjasama dan semangat sepasukan. Dapat membantu seseorang menjadi lebih produktif dalam tugas masing-masing Dapat melindungi diri daripada individu atau situasi negatif Dapat mengurangkan pembaziran tenaga terhadap perkara yang sia-sia. Tips Untuk Mengatakan ‘Tidak’ Secara Asertif Meskipun ada kalanya sukar untuk mengatakan tidak, namun asertif boleh dipelajari dan diasah.
Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda mengatakan tidak secara asertif.
Percaya bahawa anda bertanggungjawab atas segala keputusan yang diambil serta kesannya. Oleh itu, ambil tanggungjawab untuk katakan ‘tidak’ dan jangan berharap kepada orang lain untuk lakukannya. Belajar untuk kenalpasti perasaan, keperluan, hak dan kehendak anda ketika itu. Tanya pada diri sendiri jika anda selesa dengan situasi tersebut. Jika tidak pasti, anda boleh katakan “Saya akan beritahu kemudian”. Cari maklumat berkaitan sebelum mengambil keputusan. Tanamkan pada diri yang anda juga mempunyai hak untuk katakan ‘tidak’ jika anda tidak bersetuju dengan sesebuah situasi. Tak perlu menjustifikasikan atau memberi alasan. Sebaliknya, tutup perbualan dengan ringkas dan jelas supaya yang bertanya tidak tertunggu-tunggu jawapan daripada anda. Elakkan menggunakan “Kamu/Awak” dalam perbincangan kerana ini boleh menimbulkan perasaan dituduh kepada penerima. Contohnya, ayat seperti “ Awak membuatkan saya marah” akan membuatkan penerima rasa defensive. Sebaliknya, gantikannya perkataan “Saya”. Sebagai contoh, “Saya rasa marah bila awak cakap begini. Saya harap awak tak ulanginya lagi lain kali.” Amalkan sikap give and take. Sebagai contoh, anda boleh katakan “Saya rasa begini… apa pendapat awak?” atau “Mari kita fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini”. Anda juga boleh mengatakan tidak dengan tegas seperti berikut :
“Maaf kali ini saya tak boleh…” “Terima kasih atas undangan, tetapi saya tidak dapat hadir” Ingatlah bahawa apabila anda mengatakan ‘tidak’ pada sesuatu permintaan, ia tidak bermaksud anda menolak atau menyingkirkan seseorang.
Hakikatnya, maksud asertif yang sebenar adalah memberi kebebasan kepada diri untuk bersikap tegas bagi melindungi diri daripada tekanan, beban dan termasuklah perkara negatif dalam hidup.
Sumber : myhealth.gov.my
Baca Juga : Maksud Play Victim, Punca, Tanda-Tanda dan Cara Tanganinya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/maksud-asertif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=maksud-asertif

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkung Bersalin Fungsi Kelebihan Tips Penggunaan

Bengkung Bersalin Fungsi Kelebihan Tips Penggunaan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 232 hits
Bengkung bersalin telah menjadi antara keperluan utama para ibu setelah melahirkan anak Penggunaan bengkung juga telah diamalkan sejak dahulu kerana dikatakan dapat membantu para ibu mendapat tubuh badan ramping seperti sebelum bersalin Nam...
10 Tips Cara Menggunakan Vacuum Cleaner Yang Efektif Agar Tahan Lama

10 Tips Cara Menggunakan Vacuum Cleaner Yang Efektif Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 340 hits
Vacuum cleaner adalah peralatan rumah yang sangat membantu dalam menjaga kebersihan rumah Untuk memastikan vacuum cleaner berfungsi dengan optimum dan tahan lama berikut adalah beberapa tips dan cara penggunaannya yang efektif 1 Pilih Vacuu...
Ikan Pari Jenis Tips Pilih Pari Segar Dan Resepi Wajib Cuba

Ikan Pari Jenis Tips Pilih Pari Segar Dan Resepi Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 372 hits
Berbadan leper dan sering ditemui di dasar laut ikan pari merupakan ikan jenis pemangsa yang tangkas dan agresif Oleh sebab itu ia menjadi salah satu spesis wajib tangkap dan menjadi kebanggaan buat kaki pancing pantai Ikan ini juga sering ...
Planning A Private Yacht Adventure Tips From Miami Yacht Rentals

Planning A Private Yacht Adventure Tips From Miami Yacht Rentals

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 336 hits
Imagine floating along the shimmering waters of Miami as the sun sets over the horizon and the vibrant city skyline shining in the distance Chartering a boat in Miami is a wonderful option to get a glimpse of the Magic City and its beauty C...
Mira Filzah Kongsi Tips Jaga Solat Paling Penting Usaha Untuk Perbaiki Diri Saya Pun Kadang Kadang Terlajak Tertinggal

Mira Filzah Kongsi Tips Jaga Solat Paling Penting Usaha Untuk Perbaiki Diri Saya Pun Kadang Kadang Terlajak Tertinggal

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 143 hits
Aktres Mira Filzah sering meluangkan masa terluang yang dimilikinya untuk menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram Baru baru ini salah seorang daripada mereka ada bertanya bagaimana Bintang Paling Popular ABPBH 32 itu menjaga s...
Ini Tips Dan Trik Cerdas Memilih Hewan Kurban

Ini Tips Dan Trik Cerdas Memilih Hewan Kurban

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 169 hits
Ternak yang sedang dalam keadaan sakit tidak diperbolehkan menjadi hewan kurban
A Beginner S Guide To Card Magic Tips From Magicworld

A Beginner S Guide To Card Magic Tips From Magicworld

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 233 hits
MagicWorld in the UK is a place that aims to create delight and excitement within the world of magic MagicWorld has a wide range of tricks and tools that are suitable for everyone whether you re an experienced magician or just starting out ...
Kelebihan Pouch Packaging Untuk Produk Anda

Kelebihan Pouch Packaging Untuk Produk Anda

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 167 hits
Pouch packaging telah menjadi pilihan popular dalam pelbagai industri kerana ia menawarkan pelbagai kelebihan yang unik Daripada fleksibiliti rekaan hingga kepada penjagaan kualiti produk pouch menyediakan penyelesaian yang inovatif dan ber...
Kerjasama Semakin Serasi Ph Bn Ada Kelebihan Di Sungai Bakap

Kerjasama Semakin Serasi Ph Bn Ada Kelebihan Di Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 161 hits
Nora MahparPETALING JAYA Berdepan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang kerjasamanya semakin kukuh selain mentadbir Pulau Pinang mungkin menyukarkan Perikatan Nasional mempertahankan DUN Sungai Bakap menurut penganalisis Mereka berpenda...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord