Ikan Pari Jenis Tips Pilih Pari Segar Dan Resepi Wajib Cuba


Berbadan leper dan sering ditemui di dasar laut, ikan pari merupakan ikan jenis pemangsa yang tangkas dan agresif.
Oleh sebab itu, ia menjadi salah satu spesis wajib tangkap dan menjadi kebanggaan buat kaki pancing pantai.
Ikan ini juga sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dijadikan masakan lazat seperti asam pedas dan ikan bakar.
Jenis Ikan Pari Walaupun mempunyai rupa yang mudah dikenalpasti iaitu berbadan leper dan berekor panjang dan tajam, sebenarnya terdapat 12 jenis spesis pari yang dengan pelbagai ciri unik di Malaysia iaitu :
Pari beting Pari tanjung Pari Dedap Pari lalat Pari Pasir Pari Rimau Pari Daun Pari Karang Pari Minyak Par Lang Pari Bendera / Kelawar Pari Sungai Sumber : umpan.com Kenapa Ada Pari Berbau Hancing? Mungkin ada orang tidak gemar makan ikan pari kerana takut terbeli yang berbau hancing. Mana tidaknya, jika dicuci dengan apa-apa petua sekalipun, baunya tidak akan hilang.
Jika sudah dimasak pun, baunya masih ada. Silap-silap hidangan anda terpaksa dibuang begitu sahaja.
Sejak dahulu lagi, orang Melayu percaya bahawa pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Mitos ini cukup popular dalam kalangan masyarakat sehingga ada yang percaya sampai ke hari ini.
Sebenarnya, ia hanyalah mitos semata-mata kerana pari bukanlah mamalia yang boleh datang bulan.
Apa yang membuatkan ia hancing adalah kandungan uera dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein apabila kepekatan urea tinggi.
Apabila ikan ini mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein akan terurai kepada cyanate dan ammonium. Hasilnya, karbon dioksida dan ammonia akan dibebaskan.
Ammonia inilah yang mengakibatkan bau hancing pada pari. Semakin lama ikan tersebut mati, semakin kuat bau hancing yang melekat padanya, lebih-lebih lagi dalam organ ikan ini.
Bau hancing yang kuat pada pari juga sekaligus menandakan ikan tersebut sudah tidak segar. Oleh itu, elakkanlah daripada membeli ikan pari yang berbau hancing.
Jadi, bagaimana cara untuk memilih pari segar? Kita akan kongsikan tipsnya.
Tips Pilih Pari Segar Seeloknya pilih ikan pari yang siap dipotong supaya kita boleh lihat isi di dalamnya. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan dari membeli pari yang pucat warnanya atau isinya gelap kehitaman dan lembik. Hidu bau pari dan pastikan tiada bau hancing Resepi Ikan Pari Yang Mudah dan Lazat Berikut kami kongsikan beberapa resepi pari yang menarik untuk dicuba.
1. Ikan Pari Bakar Sambal
Sumber : Facebook Anna Aziz Bahan-bahan :
Ikan pari bersaiz sederhana Daun pisang 4 biji bawang besar * 3 ulas bawang putih * 10 tangkai cili kering* (boleh tambahkan cili padi merah jika suka pedas) 1 inci lengkuas * 1 1/2 inci halia * 2 batang serai * 3 biji buah keras * 20 gram belacan * Air asam jawa Garam Gula melaka Bahan perasa Bahan tambahan :
Limau kasturi/ limau nipis Cencaluk Cara-cara :
Kisarkan semua bahan bertanda * Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Tuangkan sambal di atas ikan pari yang dibakar. Sedia untuk dinikmati bersama perahan limau kasturi/limau nipis dan cencaluk. Asam Pedas Nyonya Ikan Pari
Sumber : Facebook Arianie La’RosSa Bahan-bahan :
1 ekor ikan pari – dipotong 5 atau 6 bahagian 1 sudu kecil pes asam jawa Bahan Tumbuk :
2 sudu biji ketumbar 2 sudu jintan manis Serai Bahan Kisar :
8-9 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 5 sudu besar cili kering kisar, boleh ditambah jika suka pedas 2 inci kunyit hidup 2 inci halia Bahan tambahan :
Daun kesum Bunga kantan Tomato Bendi Halba Daun limau purut Cara-cara :
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan bahan kisar sehingga wangi, garing dan pecah minyak. Seterusnya, masukkan air secukup. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan. Biarkan masak seketika kemudian masukkan bahan tambahan jika ada. Akhir sekali. Masukkan garam, air asam, sedikit gula dan bahan perasa jika suka. Sedia untuk dihidang. Pari Cicah Sambal Kerisik Bersantan
Sumber : Facebook Dtn Seri Nor Bahan-bahan :
Ikan pari Kunyit Garam Asam jawa Bahan Sambal :
10 biji cili api 5 biji cili besar 4 sudu besar kerisik 3 biji bawang besar 4 biji limau kasturi Sedikit belacan Santan atau susu cair Kerisik Gula Garam serbuk perasa Cara-cara :
Rebuskan ikan pari bersama kunyit, garam dan asam jawa Kisarkan cili api, belacan, garam, gula, dan serbuk perasa bersama santan.  Gaulkan bahan yang telah dikisar bersama kerisik dan perahkan limau kasturi. Letakkan bawang besar yang telah dihiris pada sambal kerisik. Sedia untuk dihidang. Pari Masak Pecel
Sumber : Facebook Suhani Hani Bahan-Bahan :
Ikan pari dibakar setengah masak (boleh juga digoreng dengan sedikit minyak supaya tak melekat) 4 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 20 batang cili padi (boleh kurang atau lebihkan ikut citarasa) Pokok cekur (asingkan ubi dan daunnya) Sedikit belacan Asam keping / air asam jawa Santan pekat Garam dan serbuk perasa Cara-cara :
Sediakan ikan pari yang dibakar atau digoreng setengah masak Kisar kering atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi, ubi cekur dan belacan Hiris halus daun cekur Panaskan santan dalam kuali dan masukkan bahan-bahan tumbuk bersama sedikit minyak. Tambahkan air secukupnya dan biarkan masak seketika. Seterusnya, masukkan ikan, daun cekur, asam dan garam secukup rasa. Masakkan lagi sehingga mendidih dan biarkan seketika sambil kacau supaya tidak terlalu pecah minyak. Pari masak pecel sedia untuk dihidang. Gulai Ikan Pari
Sumber : Jaja Emyzar Bahan-Bahan A (untuk dihiris) :
1 biji bawang putih 2 ulas bawang besar 1 camca besar halba campur Daun kari Bahan-Bahan B :
1 bungkus kecil rempah kari ikan Baba’s 1 bungkus kecil rempah kari ikan cap O 1 camca besar  bawang putih yang sudah dikisar Nota : Satukan kesemua bahan B dan bancuhkan dengan air
Bahan-Bahan C :
Terung atau bendi Air asam jawa Santan Bahan-bahan lain :
Ikan pari yang dipotong kecil Cili hijau dan merah Tomato Cara-Cara :
Panaskan kuali dan tumis Bahan A sehingga kekuningan Kemudian, masukkan bahan B dan masak sehingga pecah minyak. Gunakan api perlahan Seterusnya, masukkan bahan C. Setelah mendidih baru masukkan ikan. Biarkan mendidih sekali baru masukkan cili hijau, cili merah dan tomato. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. Gulai pari sedia untuk dihidang. Ikan yang popular ini bukan sahaja boleh dibuat asam pedas atau dibakar, rupanya terdapat pelbagai resepi menarik untuk dicuba.
Sekarang, anda juga boleh memilih ikan pari terbaik di pasar menerusi tips yang kami kongsikan.
InsyaAllah ikan yang dipilih segar dan enak untuk dimasak dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Sumber : Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) (1), (2), (3), (4), (5), (6), Profishganda
Baca Juga : Resepi Ikan Nyok Nyok Yang Wajib Dicuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-pari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-pari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Ikan Jenahak Yang Mudah Dan Wajib Dicuba

10 Resepi Ikan Jenahak Yang Mudah Dan Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 281 hits
Ikan jenahak merupakan antara ikan yang cukup popular di Malaysia Ia juga merupakan ikan yang popular dalam kalangan pemancing Ikan dengan nama saintifik Lutjanus johnii ini turut dikenali secara global dengan nama John s Snapper atau Golde...
Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat

Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 161 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat Assalamualaikum dan salam sejahtera Salam Ramadhan ke 10 hari ini Apa juadah korang masa berbuka tadi Mesti meriahkan KG hari ini masak Buntut Ayam masak kicap Ikan Goreng Bihun goreng dan R...
Jangan Takut Ini Tips Aman Cabut Gigi Geraham Bungsu Yang Wajib Anda Tahu

Jangan Takut Ini Tips Aman Cabut Gigi Geraham Bungsu Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 216 hits
Agar proses pencabutan gigi bungsu lancar pasien perlu mengikuti seluruh instruksi yang diberikan dokter
Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak

Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum Kari Ikan Tenggiri Resepi Sedap Ala Restoran Mamak Haih Lama betul den tak kongsi resepi atau cara masak masak yang mudah kat korang kan Sebenarnya ramai jugak yang bertanya dan berharap harap supaya saya kongsikan lagi rese...
Resepi Rendang Konfirm Sedap 587k Share Jom Cuba

Resepi Rendang Konfirm Sedap 587k Share Jom Cuba

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 341 hits
Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share Katanya sangat sedap Dalam resepi masakan sudu bererti sudu besar dan kalau sudu kecil barulah akan disbut sudu kecil Inilah resepi saya untuk cicah ketupat dan lemang RENDANG AYAM ini sang...
Sooyoung Tengah Pilih Penyanyi Lelaki Ini Kongsi Cerita Nampak Sooyoung Jung Kyungho Keluar Dating

Sooyoung Tengah Pilih Penyanyi Lelaki Ini Kongsi Cerita Nampak Sooyoung Jung Kyungho Keluar Dating

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 243 hits
Sukanya tengok pasangan Soo young dan Jung Kyung ho ni kerana mereka ada sentiasa untuk satu sama lain Artikel Berkaitan Terbaru menerusi saluran YouTube MMTG yang diacarakan oleh JaeJae Sung jong INFINITE yang tampil sebagai tetamu telah b...
Dulu Dan Sekarang Menukar Bilik Yang Sama Supaya Lebih Segar Kemas Dan

Dulu Dan Sekarang Menukar Bilik Yang Sama Supaya Lebih Segar Kemas Dan

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 159 hits
Sebelum dan Selepas Kita transform bilik yang sama menjadi lebih segar kemas dan teratur dengan IKEA item Kredit Anis Syuhada The post appeared first on
Resepi Aiskrim Coklat Homemade Guna Blender Je

Resepi Aiskrim Coklat Homemade Guna Blender Je

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 234 hits
Guna 5 bahan je Kalau buat pagi malam dah boleh ngapp Kalau buat malam pulak paginya dah boleh makan Hihi Baca resepi memang senang sangat gerenti semua boleh buat Jom tengok bahan dia Bahan bahan 1 tin susu cair 1 sudu kecil esen vanila 1 ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025