Makcik Mula Mengelap Air Mata Cerita Anak2nya Buat Dia Macam Hamba




“Nak, boleh tak tukar seat bas dengan makcik? makcik tak boleh duduk dekat seat 1B ni, nampak jalan. Nanti makcik sakit dada sepanjang jalan”. “Boleh makcik”, aku balas dengan senyuman.
Bas transnasional bergerak menuju ke terminal bersepadu selatan (tbs) dari taiping. Mata aku mula rasa berat. Mengantuk. Baru nak terlelap tiba-tiba, “nak balik kl ni belajar ke kerja? tinggal dengan keluarga ke kat kl?” tanya makcik yang sama dekat aku. “Saya dah kerja makcik, menyewa dengan kawan-kawan dekat area kl makcik sebab takde family kat kl ni” jawab saya dengan malas sebab dah mengantuk sangat.
“Makcik ni duduk dengan anak dekat kl, mengasuh cucu-cucu. Tapi anak-anak makcik tak pernah ambil berat atau kisahkan makcik. Makcik dah lama kehilangan suami. Sebab rindu sangat kat kampung, makcik balik taiping kejap. Anak dengan menantu bising, katanya menyusahkan dia takde orang nak jaga anak-anak dia.
Sepanjang makcik duduk dengan anak ni, tak pernah pun anak makcik tnya pasal makcik penat ke tak jaga anak-anak mereka. Tak pernah tanya makcik, mak dah makan ke belum? lapar ke tak? Yang mereka tau rumah kemas. Makanan dah siap terhidang sebelum dan selepas dorang balik kerja. Makcik ni anak ramai, 10 orang. Kerja bagus-bagus semua tapi semua kedekut. Taknak upah orang jaga cucu-cucu dengan kemas rumah ni. Depa cakap membazir bayar lebih.” Aku terkejut bila makcik mula mengelap air matanya. Terdengar sedikit esakan. Tak tau macam mana nak comfort makcik tu.
“Makcik kadang-kadang terasa nak. Makcik selalu masak untuk anak, menantu dengan cucu-cucu. Perangai makcik lepas masak makcik pi rehat dulu. Selalu makcik tidur dulu. Bila makcik jaga, tengok semua makanan dah habis. Anak makcik siap cakap, kalau mak lapar masak sendiri atau makan je apa yang ada kat dapur tu.
Jangan sibuk nak minta saya masak atau belikan makanan dekat luar. Menyusahkan! Ni makcik balik dari tbs, confirm takde apa-apa makanan untuk makcik. Makcik kena makan siap-siap. Kalau beli bawa balik rumah mesti anak makcik marah sebab katanya makcik pentingkan diri. Tak beli untuk orang lain”.
“Makcik penat, nak. Bila balik rumah anak sulung asyik disuruh kemas rumah je. Bila balik rumah anak ke 2 makcik asyik kena sidai kain je. Bila balik rumah anak-anak yang lain, makcik kena jaga cucu-cucu sambil kemas rumah. Tak pernah dibayarkan duit kat makcik. Makcik pening, sakit atau demam tak pernah dibawa ke klinik. Ni makcik naik bas balik kl, jalan pun tak larat. Terketar-ketar kaki makcik nak turun tangga. Rumah anak makcik dari tbs dah la jauh. Makcik kena naik lrt kemudian naik teksi”. Kali kedua aku melihat makcik mengesat airmatanya.
“Makcik, nak saya call kan anak makcik ke minta satgi ambl makcik kat tbs? Mana tahu dorang segan dekat saya.” “Jangan nak, nanti bila balik anak-anak makcik marah pula.” Aku terdiam. Tak tahu nak bertanya apa. Suasana senyap je. Aku yakin semua penumpang bas terdengar perbualan kami sebab memang hanya suara makcik ni je dari tadi. Kebetulan radio bas tak dipasang. Penumpang belakang aku seorang makcik juga menitis air matanya. Sebak mungkin.
“Makcik rindu zaman anak-anak makcik masih kecil dulu. Makcik rindu nak bersembang dengan mereka. Rindu nak dengar cerita-cerita mereka. Cucu-cucu makcik rapat sangat dengan makcik. Tapi anak-anak dengan menantu tak suka. Pernah cucu makcik cakap, mak dia pesan jangan nak rapat dengan makcik sebab makcik ni ja hat.
Kotoq. Yelah, makcik ni orang kampung je nak. Mungkin betul la anak makcik kata. Makcik ni jahat. Mulut makcik ni jahat sangat. Bila makcik tegur kesalahan anak-anak semua memben ci. Kadang-kadang makcik doa kat Allah, biarlah makcik mati. Tak menyusahkan sesiapa lagi. Anak perempuan makcik cakap, makcik ni beban. Mulut makcik ni ja hat. Bila cakap je menyakitkan hati.” “Anak ko tu kurang ajar akak. Jangan dengar apa yang dorang cakap. Biarkan je.
Dorang ingat memang lahir je terus kaya ke. Kalau tak akak dgn arwah suami yang tanggung, dari kanak-kanak lagi dah mati”, balas makcik di kerusi belakang aku dengan beremosi sekali. Marah sangat.
Aku membiarkan sahaja makcik tu termenung melayan perasaan sedih. Kadang-kadang aku tak faham, seorang anak yang berjaya, doktor, peguam, planner kilang, cikgu tak kan tak mampu nak upah pengasuh dan bibik untuk kemas rumah, jaga anak-anak dan masak. Kenapa nak mengharapkan kudrat seorang mak yg dah tua untuk membuat semua kerja.
Tak cukup ke dari kecil smpai tua siap dah beranak-pinak nak menyusahkan juga seorang mak. Dah la tak dibayar. Didera perasaan, emosi dan fizikal seorang tua. Bas berhenti di rnr sg buloh. Makcik belakang aku memimpin tangan makcik td untuk turun tangga. Airmata aku mengalir juga.
Kesian aku tengok makcik ni sebab jalannya dah tak larat. Nak turun tangga bas ni bukan main lambat sebab takut jatuh. Anak-anak makcik mungkin berjaya dkt dunia tp kalau masih buat makcik mcm ni, mungkin dia akan menempah ne raka untuk diri sendiri sebab mereka anak der haka (maaf aku sangat marah masa taip ni).
Pukul 6 petang, telefon makcik ni berbunyi. Anak dia call. aku dengar sendiri anak dia marah mak dia sebab tak sampai lagi. Dia kata jangan balik lambat sebab takde org nak jaga anak-anak dia. Siap pesan suruh makan siap-siap kat tbs. Dorang dah habiskan lauk utk dinner. Remuk hati aku mendengar.
Banyak lagi yang makcik ni kongsi dengan aku. Sikap anak-anak perempuan makcik ni yang sangat kurang ajar. Mungkin bagi kalian syurga kalian dkt bawah tapak kaki suami tp korang kena ingat, bukan suami korang yg tanggung korang dari korang kecil sampai sebelum kahwin.
Aku terpaksa mening galkan makcik ni pulang sendiri dari tbs ke rumah anaknya sebab km ke laluan yg berbeza tp aku tahu makcik ni dah lama sgt pendam perasaan sedihnya. Sebelum km berpisah, makcik ni pesan kat aku, “nak, makcik tahu anak seorang anak yang baik. Sebab bila makcik tgk anak layan mak ayah masa tunggu bas tadi hati makcik jadi cemburu.
Beruntungnya keluarga anak. Dekat mana la salahnya kami ini mendidik anak-anak kami sampai begitu sekali sikapnya. Kalau anak lelaki makcik belum berkahwin, nak makcik jodohkan kamu dgn anak makcik sebab makcik tahu, kamu mungkin tak akan layan makcik macam anak-anak dan menantu makcik yang sekarang.
Ingat nak, walau buruk dan jahat macam mana sekali mak dan ayah kamu, jangan la sekali-kali tinggikan suara, herdik mereka. Kami cuma nak perhatian je. Cukupla dengar km bercerita, layan la km ni dengan baik. Makcik cuma nak anak-anak makcik manja dengan makcik macam zaman kanak-kanak dulu. Biarpun keluarga makcik miskin dulu, tapi kami bahagia. Bila anak-anak dah kaya dan berjaya, makcik rasa lagi fakir miskin dari dulu”.
Aku terlupa nak ambil no telefon makcik tadi. Aku berdoa semoga Allah beri kekuatan dekat makcik untuk hadapi dugaan ni. Anak-anak yang masih da ibu ayah, berbakti lah dekat mereka. Janganla jadi anak der haka. Tak guna kalian bina rumah istana dekat dunia ni tapi dekat akhi rat terpaksa mengemis untuk ke syurga Allah.
p/s: Doakan aku supaya da rezeki untuk berjumpa makcik ni balik. Aku nak tolong dia. Menyesal pula haritu tak minta no hp dan alamat. Mak aku pun bising. Huhu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/buat-emak-macam-hamba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jururawat Bergenang Air Mata Terasa Diperlakukan Sebagai Seorang Hamba

Jururawat Bergenang Air Mata Terasa Diperlakukan Sebagai Seorang Hamba

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 320 hits
Tugas sebagai jururawat bukanlah tugas yang mudah Pelbagi cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang menggalas pekerjaan ini terutamanya dalam berdepan dengan kerenah pesakit dan ahli keluarga mereka Seorang jururawat tampil berkongsi pen...
Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 451 hits
Teringat lebih daripada teringat dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah Melaka Mohd Hasbullah Mohamed Yasin...
Kes Adib Sultan Perak Menitiskan Air Mata

Kes Adib Sultan Perak Menitiskan Air Mata

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 291 hits
Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah mengenai insiden yang menimpa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkor...
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 282 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Cegah Imigran Masuk As Petugas Tembakkan Gas Air Mata Ke Meksiko

Cegah Imigran Masuk As Petugas Tembakkan Gas Air Mata Ke Meksiko

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 225 hits
Otoritas perbatasan Amerika Serikat menembakkan gas air mata ke wilayah Meksiko Penembakan dilakukan untuk mencegah ratusan imigran memasuki kawasan AS pada Senin malam waktu setempat Malam itu sekitar 150 imigran berusaha melintasi perbata...
Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 314 hits
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen Aku pun benti le tetiba bro saya nak mintak maaf sesangat dengan bro Apsal Rupanya Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Ist...
Macam Tidak Percaya Hanya Guna Cat Ini Cara Makeover Bilik Air Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah Dan Paling Senang

Macam Tidak Percaya Hanya Guna Cat Ini Cara Makeover Bilik Air Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah Dan Paling Senang

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 2060 hits
Dalam sebuah kediaman bilik air atau kamar mandi merupakan salah satu ruangan yang paling penting Bak kata orang kalau nak tahu individu itu pembersih atau tidak lihatlah bilik airnya Selain daripada kebersihan ada sesetengah orang sangat m...
Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 469 hits
Isteri kerja dekat dengan saya Satu hari saya hantar makanan padanya Sewaktu jumpa saya lihat isteri sedang makan sesuatu dengan kawan kawannya Hilang selera makan saya Hati rasa sedih Maafkan abang sebab tak mampu membahagiakan sayang Saya...
Cerita Tentang Telepon Trump Yang Mengubah Peta Perang Di Suriah

Cerita Tentang Telepon Trump Yang Mengubah Peta Perang Di Suriah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 234 hits
Setelah telepon Trump itu Turki kini masih kebingungan dalam menghadapi perubahan medan pertempuran yang berada di wilayah selatan perbatasannya dengan Suriah
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp