Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan


Isteri kerja dekat dengan saya. Satu hari saya hantar makanan padanya. Sewaktu jumpa,saya lihat isteri sedang makan sesuatu dengan kawan-kawannya. Hilang selera makan saya.Hati rasa sedih…Maafkan abang sebab tak mampu membahagiakan sayang..
Saya mempunyai ahli keluarga sangat baik. Walaupun bukan orang yang sangat kaya, tetapi setidaknya bukan orang yang miskin. Kerana ibu saya sakit, kami hampir menghabiskan semua duit simpanan keluarga kami, hingga perlu berhutang kepada ramai kenalan. Pada akhirnya, setelah ibuku meninggal dunia, kami sekeluarga sedar duit tersebut juga tidak dapat menyelamatkan hidupnya.
Orang tua saya hanya memiliki seorang anak, iaitu saya sendiri. Semua tekanan serta tanggungjawab akhirnya saya seorang perlu pikul, namun disaat itu mujur saya masih ada isteri yang banyak membantu. Sejujurnya, dahulu hubungan isteri saya dengan ibu tidak terlalu baik, tetapi setelah ibu saya jatuh sakit, saya percaya isteri saya adalah orang yang baik. Nampak dia sangat baik dan tulus ikhlas saat merawat segala masalah ibu saya. Dalam perbelanjaan, dia membiarkan saya yang menentukan, dia hanya menerima apa adanya tanpa mengeluh.
Saat ibu masih ada ketika itu, keluarga kami hidup dalam keadaan terhimpit, ada sedikit duit simpanan pun akan dihabiskan untuk membeli ubat-ubatan ibu. Setelah ibu sudah meninggal, kehidupan seharian kami masih tidak seperti yang mungkin orang ramai akan bayangkan kembali baik atau senang seperti sebelumnya. Namun saya masih memiliki hutang di luar sana yang perlu saya lunaskan, kami tidak sedikitpun merasa mudah ataupun rasa dapat bersenang-lenang. Demi untuk membayar hutang ini, isteri saya terpaksa membantu dengan bekerja, dia bekerja hanya di sebelah pejabat saya.
Tempat dia bekerja hanya sebuah perusahaan kecil, dia bekerja dengan jawatan sebagai admin di perusahaan itu, Walaupun gaji yang dia dapat tidaklah banyak, tetapi cukup untuk digunakan untuk keperluan keluarga kami. Dengan cara itu gaji saya boleh digunakan untuk membayar hutang. Untuk menjimatkan wang perbelanjaan, setiap malam isteri saya terlebih dahulu memasak nasi agar keesokan harinya kami boleh membawa bekal itu ke tempat kerja. Tempat kerja isteri saya kecil, tidak ada kelengkapan oven atau microwave. Jadi setiap hari menjelang makan tengahari, saya yang membantunya untuk memanaskan dan menghantar makanan untuknya dia.
Kemudian kami berdua akan makan bersama dengan suka ria menghabiskan makan tengahari kami. Tetapi, pada suatu hari, ketika saya pergi ke pejabat isteri, saya melihat dirinya dan rakannya sedang makan bersama. Disaat itu, saya lihat isteri menerima satu paha ayam goreng, apa yang membuatkan saya begitu terharu adalah ketika dia memakannya dengan begitu lahapnya ayam itu. Saya melihat sendiri sayuran yang saya bawa jika dibanding apa yang mereka makan, hati saya seperti sudah hilang selera makan kerana sedih.
Gara-gara untuk membayar hutang kami, isteri saya tahan keinginan untuk tidak mahu makan daging ayam atau lembu untuk jangka waktu yang lama demi berjimat cermat. Tiba-tiba isteri saya menyedari kehadiran saya, dia datang menghampiriku dengan cepat lalu memasukkan daging ayam itu ke mulutku. Saya sudah tidak mampu untuk menahan air mata saya lagi. Melihat isteri saya seperti itu, saya benar-benar merasa kasihan padanya. Isteri saya selalu akur mengikuti apa kemahuan saya, tetapi tidak ada sedikitpun kebahagiaan untuk dirinya.
Sebagaimana susahnya kehidupan kami ketika ini dikira sudah sangat susah, hingga sekarang ini seperti sudah lebih susah dari seorang petani. Begitulah keadaannya hingga saya tidak mampu meluahkan apapun. Saya hanya mampu menyimpan kata-kata ini di dalam hati saya. Di tempat itu juga, saya bersumpah di depan semua orang, saya nekad untuk berusaha lebih tekun untuk memberikan isteri saya menikmati hari yang baik. Demi keluarga ini, saya berjanji akan bekerja keras untuk menjaga keluarga kami dengan lebih baik dan selesa.
Walaupun saya telah mengalami begitu banyak penderitaan dan kepedihan, tetapi saya sangat bersyukur memiliki seorang isteri yang baik, dikala susah dan terhimpit saya masih dapat menemui kebahagiaan dari dirinya. Semenjak ibu saya sakit, isteri dan saya tidak berani menimang cahaya mata, saya menyedari hatinya sangat sedih. Dia sangat menyukai kanak-kanak, tetapi kerana keadaan keluarga kami dalam terhimpit, dia takut nanti keadaan anak kami turut terhimpit.
Hidup kami sudah lalui pelbagai kepahitan dan kesusahan. Masa depan yang perlu kami jalani serta tempuhi masih terlalu jauh, semua ini tidak tahu bila kami baru dapat hidup yang lebih baik lagi.
Semoga memberikan pengajaran buat kita semua.
Sumber : Pixpo via kitaviral.com
The post Satu hari, saat hantar makanan tengahari kepada isteri, Air mata saya menitis lihat keadaan isteri sedang makan appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/01/satu-hari-saat-hantar-makanan-tengahari-kepada-isteri-air-mata-saya-menitis-lihat-keadaan-isteri-sedang-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 449 hits
Teringat lebih daripada teringat dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah Melaka Mohd Hasbullah Mohamed Yasin...
Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 711 hits
foto Acehportal SEORANG lelaki nekad menyiram isterinya dengan air panas selepas wanita itu menuntut perceraian Akibatnya mangsa melecur teruk dan perlu menjalani pembedahan Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai HR 60 bertindak sedemi...
Tak Tahan Hari Hari Asyik Kena Isteri Hantar Santau Pada Suami

Tak Tahan Hari Hari Asyik Kena Isteri Hantar Santau Pada Suami

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 454 hits
salam krt hide profil kawan aku min aku dah kawen aku suri rumah baru sebulan aku bhnti keje 5 tahun da usia rumahtangga aku aku ade anak 2 orang aku xtau kadang2 somi aku layan aku terlalu baik kadang xbaik kadangkala dia pukul aku bile di...
Isteri Pernah Gugur Akibat Minum Air Bergas Lelaki Ini Wajibkan 5 Makanan Untuk Isteri Sepanjang Hamil

Isteri Pernah Gugur Akibat Minum Air Bergas Lelaki Ini Wajibkan 5 Makanan Untuk Isteri Sepanjang Hamil

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 600 hits
Ketika kehamilan terutama pada awal kehamilan penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan oleh ibu hamil serta suami Ini kerana pemakanan akan mempengaruhi kandungan tersebut Seorang pengguna Facebook telah berkongsi 5 makanan tambahan yang w...
Suami Saya Bukanlah Orang Ada Ada Tapi Alhamdulillah Masih Cukup Makan Niena Azman Isteri Rody Kristal

Suami Saya Bukanlah Orang Ada Ada Tapi Alhamdulillah Masih Cukup Makan Niena Azman Isteri Rody Kristal

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 623 hits
Hujung tahun dan sambutan tahun baru menjadi pilihan golongan selebriti untuk melancong dan bercuti bersama insan tersayang Sudah tentu negara negara beriklim sejuk menjadi destinasi pilihan mereka sempena meraikan kedatangan tahun baru 201...
Suap Isteri Dan Anak Makan Pasti Rezeki Akan Datang Pada Kamu

Suap Isteri Dan Anak Makan Pasti Rezeki Akan Datang Pada Kamu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 338 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv AllahuSemasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun ber...
Diterjang Tsunami Saat Manggung Satu Personel Seventeen Meninggal Dan Lainnya Belum Ditemukan

Diterjang Tsunami Saat Manggung Satu Personel Seventeen Meninggal Dan Lainnya Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 285 hits
Tanpa ada peringatan saat Seventeen menyanyikan lagu kedua tiba tiba tsunami menerjang dari arah belakang panggung Semua yang berada di atas panggung termasuk penonton langsung terbawa arus
Heboh Kotak Suara Kpu Di Bali Rusak Terendam Air Saat Banjir

Heboh Kotak Suara Kpu Di Bali Rusak Terendam Air Saat Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 296 hits
Kotak suara KPU di Bali rusak terendam Air saat banjir sebanyak 2065 kotak suara KPU di Bali yang terbuat dari kardus rusak dan tidak bisa digunakan lagi pada saat pemilu 2019 nanti Ada sebanyak Baca selengkapnya di https www a dhea com
Satu Butang Menyelamatkan Anda Di Saat Kecemasan

Satu Butang Menyelamatkan Anda Di Saat Kecemasan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 343 hits
MM Synergy Sdn Bhd Kuala Lumpur MMSOS Panic Button merupakan aplikasi bantuan kecemasan Creating Awareness Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini dengan hanya menekan Panic Button para pen...
Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

Rachel Zegler S Legs And Feet In Tights 6

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran

Drama One Cent Thief 2

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Tahun 2025

Biodata Vivy Yusof Usahawan Ikon Fesyen Malaysia

Gantung Jawatankuasa Bersatu Bahagian Bentong Bendahari Bersama 40 Ahli Umum Keluar Parti