Kes Adib Sultan Perak Menitiskan Air Mata



Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah mengenai insiden yang menimpa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang terkorban ketika menjalankan tugas.
Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menyifatkan Allahyarham Muhammad Adib, 24, sebagai seorang wira terbilang, berani, cekal dan berwibawa yang terkorban demi negara selepas cedera parah dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.
“Sesungguhnya Muhammad Adib ialah seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa telah terkorban untuk negaranya. Semoga ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja Muhammad Adib dianugerahi Illahi dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi peristiwa pahit ini,” titah baginda pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Hakim serta Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.
Baginda menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu dan mahu keadilan untuk anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba Subang Jaya itu ditegakkan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah yang disifatkan sebagai kejam itu dibawa ke muka pengadilan serta tidak terlepas daripada hukuman setimpal.
“Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib.
“Demi memastikan undang-undang didaulatkan dan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.
“Kepada Allah kita mohonkan akan berlaku keadilan setimpal, memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,” titah baginda dalam nada tersekat-sekat sambil menyeka air mata.
Sultan Nazrin bertitah negara dihujani gerimis hiba pada pagi 18 Disember lalu, sebaik jenazah Muhammad Adib diterbangkan untuk diabadikan selama-lamanya di Kuala Kedah, empat hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk beliau diijabkabulkan dengan Nurul Najihah Mohd Rodzi.
“Atas nama negara, beta menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada Encik Mohd Kassim Abdul Hamid, Puan Azma Aziz dan Cik Nurul Najihah serta seluruh keluarga atas pemergian Muhammad Adib secara tragik,” titah baginda.
Sebelum mengakhiri titah ucapannya, Sultan Nazrin turut meminta para hadirin membaca surah al-Fatihah sebagai sedekah kepada Allahyarham Muhammad Adib yang terkorban dalam insiden itu.
Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah negara akan berada dalam keadaan aman dan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni selagi undang-undang dipatuhi dan dihormati.
Sebaliknya, apabila undang-undang dipinggirkan dan manusia memilih kekuatan atau kelebihan dengan menggunakan jawatan, kekayaan, kekerasan, rasuah, nafsu dan tipu helah maka semakin ramai insan yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Mengambil contoh insiden rusuhan yang menimpa Muhammad Adib, Sultan Nazrin bertitah, pertikaian milik tapak tanah antara jawatankuasa kuil dan pemaju hartanah telah mendorong beberapa pihak mengetepikan proses undang-undang dan bereksperimen dengan kaedah penyelesaian yang mengumpan kepada berlakunya malapetaka yang sepatutnya tidak berlaku.
“Negara Malaysia, diasaskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) sebagai negara yang rakyatnya, walaupun terdiri daripada pelbagai penganut agama dan kaum, memiliki sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan yang saling menyayangi, saling menghargai.
“Tetapi pada pagi 27 November 2018, sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan tersebut bagaikan lenyap dan menyejat dengan berlakunya rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Seafield, Subang Jaya. Undang-undang telah disisihkan oleh manusia-manusia yang bertindak ganas kerana dipengaruhi prasangka dan emosi,” titah baginda. – Bernama
Sumber : Ismaweb.net


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/12/kes-adib-sultan-perak-menitiskan-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 289 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1116 hits
BERIKUT adalah kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim 26 November 2018 pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Seafield Subang Jaya jam 3 pagi 18 kenderaan terbakar dan ...
Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 410 hits
Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada SemuaIni Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua
Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini

Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 357 hits
Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman IniKes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini
Eksklusif Polis Berkas 12 Individu Bantu Siasatan Kes Adib

Eksklusif Polis Berkas 12 Individu Bantu Siasatan Kes Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 360 hits
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Seramai 12 orang telah diberkas bagi membantu siasatan kes...
Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 301 hits
Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji un Sebagai mewakili iPeguam saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum di atas kembalinya Al Marhum ke rahmat Allah setelah berminggu minggu berjuang menyabung nyawa di Institut Jantung Ne...
Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi Sultan Nazrin

Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 362 hits
Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah mengenai insiden yang menimpa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkor...
Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO merakamkan ucapan takziah atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya 27 November lalu Ketua pergerakan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi D...
Kes Adib Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh Menteri Gesa Pdrm Heret Penjenayah Ke Muka Pengadilan

Kes Adib Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh Menteri Gesa Pdrm Heret Penjenayah Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 367 hits
Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh Menteri gesa PDRM heret penjenayah ke muka pengadilanSusulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya November lalu kes itu k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba