Makcik Kiah Pun Akan Marah



Oleh: Tamrin Tun Ghafar
1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Mak Cik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah.
2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM 250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura.
3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID-19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila-bila masa dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.
4. Samada nama sebenar Mak Cik Kiah ialah Rokiah dan sama ada beliau merupakan ibu kepada Dr. Marzuki Mohamad, orang kanan Muhyiddin sendiri, itu tidak penting.
5. Selesai sahaja Pakej Rangsangan itu diumumkan, ribuan rakyat menadah tangan menzahirkan kesyukuran mereka.
6. Suasana kesyukuran ini mengimbau kembali peristiwa di Temerloh apabila Najib, bekas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan rancangan FELDA Global Venture (FGV) anak syarikat FELDA mengapungkan sahamnya, manakala yang memberontak tidak setuju dengan rancangan itu dilabel sebagai ‘Haram Jadah’ oleh beliau.
7. Janji Najib setiap peneroka FELDA akan jadi kaya dan ada yang bakal jadi jutawan luntur apabila saham FGV menjunam jauh dari nilai pengapungan sebenar – itulah nasib malang peneroka FELDA.
8. Ahli-ahli akademik dan hampir kesemua akhbar termasuk yang berbahasa Cina dan Tamil menzahirkan kegembiran mereka di muka hadapan dengan segala pujian; apa tidaknya dalam suasana ekonomi di mana ‘Dapur Mula Tak Berasap’ hampir majoriti rakyat akan mendapat sekurang-kurang RM 4,000 seorang; rakyat tersenyum lebar seolah-olah bermimpi berada di taman bunga.
9. Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan Muhyiddin ‘The Best Prime Minister Since Merdeka’ atau ‘Perdana Menteri Yang Terhebat Sejak Merdeka’.
10. Tak sampai seminggu pun sudah ada komen-komen dan analisa dari beberapa tokoh dan penulis terkemuka berhubungan Pakej Rangsangan bagi Mak Cik Kiah itu.
11. A Kadir Jasin mengemukakan secara terpinci dan amat mudah difahami umum jumlah sebenar yang Mak Cik Kiah akan dapat iaitu HANYA RM 800 sahaja BUKAN RM 4,000 seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin.
11. Yang hairannya analisa Kadir DISAHkAN tidak lain tidak bukan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menyediakan pakej tersebut.
12. Pengesahan atau pengakuannya semasa ditemuramah di Stesen TV baru-baru ini oleh Tengku Zafrul yang dikatakan ‘Pakar Kewangan’ yang dibawa khas dari CIMB ke dalam Kabinet ini sudah barang tentu menjadi tajuk perbualan umum.
13. Rakyat kini terutama kalangan B40 yang pernah mendapat bantuan Kerajaan melalui beberapa skim mula mengesyaki ada yang tak kena dengan pengumuman tersebut.
14.i. Jika Kerajaan begitu yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran dicadangkan diberi secara berperingkat-peringkat:
a) Pembayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan Puasa bermula pada 24hb April ini.
b) Pembayaran kedua pada bulan Mei berkemungkinan besar selepas Hari Raya.
Rakyat kini TERLALU perlukan bantuan kewangan secepat mungkin bukannya seminggu lagi apatah lagi pada hujung bulan April dan Mei.
ii. Betulkah Kerajaan mempunyai sumber kewangan sebanyak itu (RM 250 Billion) sedangkan Petronas yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara kini berada dalam keadaan AMAT KRITIKAL?
iii. Ekoran penutupan kilang-kilang dan lain-lain perniagaan, sumber kewangan kedua terbesar iaitu kutipan cukai turut merosot begitu ketara sekali.
iv. Industri pelancongan sebagai salah satu sumber negara kini terjejas dengan teruk; MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo TERPAKSA mengurangkan penerbangan, begitu juga pendapatan hotel, restoran dan lain-lain yang berkaitan.
v. Dalam masa yang sama, segala hutang negara termasuk 1MDB perlu dibayar selain dari gaji kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.2 juta serta bayaran pencen untuk pesara.
15. Rayuan dan suara-suara sumbang sudah mula kedengaran, namun rakyat masih ternanti-nanti penjelasan dari mulut Muhyiddin sendiri:
i. Apakah Mak Cik Kiah akan dapat RM 4,000 atau hanya RM 800 seperti yang disahkan oleh Tengku Zafrul – jika Muhyiddin masih mempertahankan angka yang disebut iaitu RM 4,000 maka ini bermakna Zafrol tidak sepintar yang digambarkan, justeru beliau MESTI dipecat serta merta dari Kabinet seperti juga Menteri Kesihatan ‘Air Suam’ yang juga telah melanggar Akta Kesihatan 1971 kerana mendedahkan nama pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.
ii. Jika Muhyiddin ‘pusing’ atau buat ‘u- turn’, ini bermakna beliau seorang Perdana Menteri yang telah menipu rakyat, maka secara gentleman atau anak jantan, beliau HARUS MELETAKKAN JAWATAN yang disandangnya kini.
16. Lebih buruk, Muhyiddin juga didapati melanggar arahan PKP daripada kerajaan pimpinannya sendiri apabila keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya pada Ahad lalu bersama isterinya, sedangkan peraturan hanya membenarkan ketua keluarga saja keluar membeli-belah.
17. Itulah akibatnya apabila ‘Yang Kalah Jadi Kerajaan, Yang Menang Jadi Pembangkang’.
18. Jangan sampai Mak Cik Kiah merajuk kerana akibatnya akan diterjemahkan pada PRU ke-15 nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26941

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 242 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Makcik Kiah Trending On Social Media Newspapers Today

Makcik Kiah Trending On Social Media Newspapers Today

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 221 hits
CORONAVIRUS The enforcement of the movement control order enters its 11th day today with newspapers flashing stories on Makcik Kiah The name has been on almost everyone s lips since yesterday even trending on Twitter after Prime Minister Ta...
Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 238 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan kewangan kepada kumpulan B40 seperti Makcik Kiah tidak akan berakhir pada Mei kerana kerajaan akan terus membantu dalam bentuk bantuan isi rumah pada bulan berikutnya Di bawah...
Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 399 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Pkp Makcik Kiah Dan Covid 19

Pkp Makcik Kiah Dan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 580 hits
Keupayaan COVID 19 menjangkiti sesama manusia adalah 2 2 Apa maksud pemalar 2 2 tu Contohnya Mak Cik Kiah dijangkiti COVID 19 dan disahkan positif Penyakit Covid19 dari Mak Cik Kiah itu berupaya menular kepada 2 2 orang Maknanya suami dan a...
Makcik Kiah Dapat Rm8000

Makcik Kiah Dapat Rm8000

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 272 hits
SEDIKIT SEBANYAK TENTANG MAKCIK KIAHDaripada semua bantuan kerajaan ini saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara saudari senang kira Contohnya Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak yang suaminya adalah pes...
Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 279 hits
PAKEJ MAKCIK KIAH TERTIPU MAKCIK KIAH JGN TERTIPU NOTA EDITOR Di bawah adalah huraian berfakta Pakej Ransangan Ekonomi untuk B40 dan M40 yang baru sahaja dibaca oleh Perdana Menteri kita Muhyiddin Yaasin Ia sumbangan dari sumber yang tidak ...
Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang Pun Dah Boleh Tersenyum Sikit

Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang Pun Dah Boleh Tersenyum Sikit

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 266 hits
MENGGUNAKAN analogi penjual goreng pisang bernama Makcik Kiah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada bantuan diumumkan kerajaan rakyat mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan Daripada semua bantuan kerajaan ini...
Makcik Kiah Vs Cash Is King

Makcik Kiah Vs Cash Is King

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 235 hits
Kredit Ipohmali 2 Minggu lalu Ketika Menteri Kewangan Singapore membentangkan pakej rangsangan Ekonomi Heng Swe Keat Ketika membuka ucapannya dia berkata For businesses cash is king dia menggariskan Frontliners itu terbahagian ekapda Medica...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025